jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

27/09/2012

Ada Gerakan Jatuhkan Najib Razak!?

Pasti Dato Najib kena tahu pekara ini. Sudah terdapat gerakan halus yang mungkin sekarang ini sudah di peringkat melobi supaya calon Ahli Parlimen atau DUN adalah terdiri dari kumpulan mereka sendiri bagi memudahkan untuk membuat kejutan kepada PM Dato Najib supaya berundur apabila keputusan PRU 13 agak kurang memuaskan.
Gerakan ini akan sama seperti mana kes Pak Lah satu masa dulu. Kononya kelihatan Pak Lah gagal dalam membawa kemenangan besar kepada BN seperti sebelumnya.
Ketika saat semua komponen BN fokus untuk menang PRU13 samada majoriti 2/3 BN dapat atau keputusan lebih baik dari PRU12 atau mungkin kurang..kumpulan "kuda kayu" atau virus hanyir ini telahpun buat kerja cucuk semua ahli UMNO supaya tolak Najib kiranya tak capai 2/3 majoriti !!

Kononnya Dato Najib  naik menjadi PM dan Presiden parti bukan atas undi ahli UMNO dan pelbagai konon lagi. Kumpulan ini mula tanamkan rasa kebencian kepada Najib yang tak mampu jaga isteri. Dialog ini sama dengan dialog pihak pakatan haramjadah !!


Dato Najib  kena berani. perlu berani meletak calon yang sememangnya calon pilihan rakyat. Ketika mula Dato Najib menyebut ayat calon pilihan rakyat maka kumpulan yang tamak haloba ini mula rasa kepanasan dan akhirnya bila jarum dicucuk  mereka berjalan..slogan "calon pilihan rakyat" ini sudah malap dan mula nak hilang. Kumpulan ini menggunakan balik slogan ini dan tujukan kepada Dato Najib. Mereka lupa Dato Najib naik menjadi Presiden Parti bukan atas pilihan ahli atau rakyat, Dato Najib ambil alih tanggungjawab atas dasar hirarki parti, kedudukan beliau ketika itu sebagai Timbalan Presiden.


Dato Najib kena berani - lakukanlah perubahan besar-besaran dalan Kabinet Menteri. Terdapat juga menteri yang hanya panaskan kerusi tanpa buat apa-apa yang boleh membantu Dato Najib sebagai PM. Hanya makan gaji buta dan idea yang di zahirkan bukannya datang dari otak mereka sendiri. Staf bawahan punya idea, di arah staf supaya bagi idea apa nak di bentangkan, sepatutnya seorang menteri yang cetuskan idea kepada pegawai ahli mesyuarat beliau, barulah ada hasil idea yang baik selepas brainstorm.

Dato Najib kena berani - letaklah muka-muka baru yang menjadi pilihan rakyat dan usah takut dengan gerakan yang dok sibuk nak jatuhkan beliau, kalau Dato Najib  mampu kekalkan momentum seperti sekarang, rakyat akan sokong Dato Najib, bukannya dua tiga kerat yang dok ugut nak lawan Dato Najib. Biar kita beri peluang kepada wajah baru yang bakal menentukan hala tuju negara bersama Dato Najib.

Dato Najib  kena berani - mana-mana kumpulan yang masih wujud sebagai virus sejak dari zaman Tun M hingga kini wajib di basmikan, minta kumpulan ini di rehatkan dari jawatan menteri, Tun M kata dah lama dah... Kalau orang lain dia nampak lama sangat dok kerusi menteri, diri sendiri tak nampak bahawa sejak dari awal di kerusi kepimpinan Tertinggi UMNO hingga kini, apa yang dia buat yang mampu kita sebagai ahli UMNO banggakan pun tak tahu.


Walaupun kita bukan menjawat jawatan tertinggi UMNO di peringkat pusat tapi kita memerhati perjalanan suka duka UMNO-BN ni. Bila di amati, virus gila jawatan nak jadi PM ni mula sejak dari zaman Tun M, zaman Pak Lah depa dah berjaya dah, dan ayat yang sama bakal di nyanyikan kiranya Dato Najib   gagal dapat 2/3...perghHHHH !!

20/09/2012

MB PKR Selangor & Penasihat Ekonominya Dayus


Sebelum ini riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan tidak berdaftar PR memperlekahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai bacul dan dayus berikutan cabaran debat dari Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dilayan.

Mereka dengan angkuh meremehkan kesibukan Dato' Seri Najib sebagai PM yang jadual tugasannya agak padat dan ketat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan tugasan Ketua Pembangkang di Parlimen yang agak longgar ruang masanya dan lebih banyak cakap tanpa kerja buat bermanfaat.

Disebabkan terlampau banyak ruang masa itulah yang digunapakai sepenuhnya oleh Anwar untuk membuat ceramah politik kepartian ke pelusuk negara termasuklah sempat lagi menggayakan aksi pedang bengkok di lokasi kegemarannya.

Rupa-rupanya gelaran bacul dan dayus yang mereka palitkan pada PM serta Kerajaan Barisan Nasional itu hanyalah polemik saja untuk menutup kebebalan dan kelemahan pakatan pembangkang.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor dari PKR, Khalid Ibrahim tidak semena-mena terbang ke Bangkok, Thailand pada hari sepatutnya dia berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkenaan isu hutang Talam di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tiba-tiba sahaja lari ke luar negara konon ada acara sebagai alasan, untuk kurangkan rasa malu maka dihantarnya 3 orang balaci sekadar untuk mengabui mata khalayak.

Lagi tambah menarik perhatian ramai bila Setiausaha Politik MB yang mengiringi mereka dengan selambanya mengaku telah cilok (mencuri) dokumen sulit kerajaan negeri yang sepatutnya tidak boleh di bawa keluar dari pejabat MB. Sengal betul.

Pemimpin dan penyokong pembangkang juga pernah mengatakan yang PM dan BN terlalu dayus dan bacul untuk bubar parlimen serta memanggil segera PRU 13. Bunyinya macamlah geng-geng pemimpin pembangkang sudah tidak sabar untuk mengalahkan BN.

Tapi yang berlaku sekarang ialah, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Seringgit sudah pun mengesahkan bahawa Selangor tidak akan membubar DUN serentak dengan parlimen atas sebab konon daftar pemilih belum bersih.

Sebelum ini beriya-iya mereka menuduh BN takut menghadapi pilihanraya, rupanya yang sebenar-benar takut, bacul dan dayus ialah mereka sendiri. Takut dilihat gelaran bacul dan dayus terpalit atas dahi sendiri, tak pasal-pasal daftar pemilih SPR pula yang dijadikan kambing hitam. 

Andai betul daftar SPR tak bersih, yang Anwar dan balacinya yang lain memandai-mandai cabar BN bubar parlimen secepat mungkin apahal? Sangap sungguh.

Kalau alasan daftar pemilih SPR benar tidak bersih, dari mana pula datangnya angan-angan mat jenin untuk tawan tiga lagi negeri lain. Tak ke kontradiks namanya tu?

Jadi, sekarang siapa yang dayus dan bacul sebenarnya? Bukankah ia kembali terpalit pada dahi pemimpin pakatan pembangkang sendiri lebih-lebih lagi Anwar dan Khalid yang sama-sama anak Ibrahim. 


Dulu Haram, Sekarang Halal, Esok?

Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja bahawa pemimpin muslimat PAS akan mengisi kuota 30% kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 nanti agak menarik untuk diulas.

Ini kerana ia mengingatkan kita kepada beberapa fatwa flip flop halal dan haram dari Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu kaum hawa yang agak kontroversi pada dekad 90-an dulu.

Antaranya termasuklah kecamannya terhadap pemimpin Wanita UMNO yang menjadi wakil rakyat dan menteri konon golongan hawa tidak layak menjadi pemimpin atas sebab peranan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kaum Adam sahaja. 

Rentetan dari situ, bertahun-tahun jugalah Ketua Wanita Wanita tika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijadikan punching beg oleh pengikut PAS termasuklah memperbesarkan keharaman dari segi aurat suara.

Namun ketika negara mengharungi PRU 10 tahun 1999, penyokong PAS tiba-tiba terpinga-pinga bila senario sudah berubah dan mereka terpaksa pula menelan kahak sendiri setelah diarah menyokong isteri kepada Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sejak itu, kecaman terhadap Datuk Seri Rafidah mula berkurangan mungkin kerana penyokong PAS sudah menyedari betapa loyanya menjilat semula ludah Nik Aziz dan kahak sendiri. 

Dalam dekad 90-an juga, Nik Aziz juga pernah mencetuskan kontroversi dengan melarang qariah dari negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran atas alasan untuk jaga aurat suara serta disebabkan Nik Aziz "berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam". 

Bagaimanapun baru beberapa bulan lalu, kekangan terhadap qariah dari Kelantan dengarnya terpaksa ditarik semula setelah suara desakan para qariah dan orang ramai semakin menyakitkan halwa telinga Nik Aziz.

Selain larangan dan 'fatwa flip flop' tersebut, isu wanita tidak diharamkan dari berhias dan bergincu di luar rumah juga pernah tersembur dari mulut Nik Aziz, juga dalam dekad itu dan turut mengundang kontroversi.

Selain turut mengundang kontroversi ia juga kekal diingati ramai orang sebagai lawak jenaka paling unik tambah-tambah lagi bila ramai rakyat Kelantan yang pernah terserempak dengan isteri dan anak Nik Aziz yang dilihat merah bibirnya sewaktu mereka berada di luar rumah.

Mungkin Nik Aziz boleh beralasan merah gincu di bibir isteri dan anak perempuannya bukanlah hasil calitan gincu tapi hanya sekadar calitan warna dari cat pagar rumah yang berbaki.

Apapun inilah realitinya yang menuntut kita berfikir sejuta kali sebelum mencerna atau menerima tiap bait kata yang keluar dari mulut busuk seorang politikus yang memperalatkan dalil atau hujah agama demi kepentingan politik kepartian.

Dalam pada itu, kini juga kita berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri gelagat beberapa artis wanita yang baru 'bertaubat alaPAS' galak memberi ceramah politik di depan khalayak ramai dalam keadaan berhias sakan dan bibirnya pula merah dengan gincu.

Nampak gayanya soal aurat suara pun sudah tidak timbul apatah lagi isu berhias dan bergincu di luar rumah. Tidak pula timbul keharaman aurat suara seorang perempuan. Barangkali fatwa lama sudah expired agaknya.

Disamping itu, dulu pernah juga Nik Aziz menyarankan kaum wanita yang cantik supaya tidak bekerja untuk mengelakkan maksiat kononnya. 

Kini, ia juga sudah tidak kedengaran sebaliknya makin ramai pula wanita comel lote badan bergetah yang mengisi kekosongan jawatan di Pejabat MB Kota Darul Naim.

Mungkin juga Muslimat PAS yang sekarang ini ada yang jadi YB tak termasuk dalam kategori cantik dan comel, barangkali sebab itulah bebas bekerja sebagai wakil rakyat dan exco negeri. 

Dan barangkali semua bakal calon yang akan memenuhi kuota 30% PAS itu pun termasuk dalam kategori buruk macam Mak Lampir PKR, itu pasal masing-masing diberi kebenaran dan ditawarkan peluang merasai pengalaman bertanding pilihanraya.

Hakikatnya, walau apapun alasan dan jenis larangan serta fatwa halal haram keluar dari mulut Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain, rumusan mudahnya semua akan berakhir dengan flip flop mengikut kemahuan politik parti.

Haram bila PAS gagal memanfaatkannya, kini halal untuk PAS dan sekutu bila dirasakan menguntungkan, esok pula?... makruh agaknya. 

Sandiwara Karpal vs Nasha


Sehingga ke hari ini, kita masih tidak dapat merasionalkan kerjasama antara DAP-PAS.   Ini berdasarkan kedua-dua parti berpegang kepada prinsip yang bukan hanya berbeza, tetapi bertentangan atau berlawanan antara satu sama lain iaitu PAS memperjuangkan Islam dan DAP pula menentang Islam.  

Walaupun telah berkali-kali bertelagah, berbincang dan berbalah lagi dan kemudian berdamai lagi, kedua-dua parti masih belum dapat mencari titik pertemuan dalam perjuangan mereka tetapi masih kekal bekerjasama atas dasar ingin sangat berkuasa.    

Akibatnya, kedua-dua parti sering terperangkap dalam kata-kata sendiri yang ada kalanya bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai mereka dan ada kalanya bertentangan dengan kehendak penyokong-penyokong sendiri dan juga sebaliknya.  

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa asas kerjasama DAP-PAS sebenarnya adalah sandiwara.  

Akhir-akhir ini, kedua-dua parti nampaknya mula sedar bahawa akibat dari sikap dan tindakan mereka yang sering bercanggah, maka parti PAS semakin diragui di kalangan penyokong sendiri, dan begitu juga DAP yang mana pendirian dan sikap mereka mula dipersoal oleh masyarakat. 

Bagi memulihkan sokongan, DAP perlu terus dilihat oleh penyokongnya sebagai tegar, tegas dan keras menentang hudud dan segala bentuk ‘pengIslaman’ oleh PAS, manakala PAS pula perlu kembali dilihat tegar, tegas dan keras ingin melaksanakan hudud dan ‘mengIslamkan’ lagi Malaysia.  

Untuk itu, kedua parti perlu terus bertelagah secara lantang, cabar mencabar hatta mencemuh dan menghina sesama sendiri bagi meyakinkan penyokong masing-masing yang mereka benar-benar serius mempertahankan pendirian masing-masing serta memberi harapan bahawa parti mereka pasti akan dapat menguasai parti sekutu lain dalam PR apabila menang nanti.  

Berdasarkan hakikat ini, maka kita melihat adalah tidak mustahil pertelagahan antara Nasharuddin dan Karpal Singh berkenaan hudud hanyalah satu sandiwara, begitu juga apabila Nasharuddin menyarankan agar PAS mengkaji semula kerjasama dalam PR dan Karpal pula mengugut untuk menyaman beliau.  

Kerana itulah, tiada tindakan diambil ke atas Nasharuddin oleh PAS, dan Karpal juga masih belum mengemukakan saman terhadap Nasharuddin.  

Benar, kumpulan Anwarinas ingin benar agar Nasharuddin dipecat atas dasar beliau mewakili golongan ulama, tetapi mereka juga tahu yang mereka memerlukan Nasharuddin untuk terus melakonkan adegan ‘pejuang Islam’ bagi pihak PAS untuk menang pilihanraya.  

Oleh yang demikian, kita bolehlah menjangkakan sandiwara pertengkaran Nasha-Karpal akan berterusan seadanya sehinggalah pilihanraya tanpa ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak dari kedua-dua belah parti.   

Sandiwara ini hanya akan berakhir jika PR benar-benar berjaya memenangi PRU kali ini.  Namun, ini bukan bermakna keadaan akan menjadi lebih baik, sebaliknya bakal menjadi jauh lebih buruk kerana walaupun mereka berhenti bersandiwara, mereka tidak akan berhenti bertengkar.  

Dalam ertika lain, pertengkaran mereka bukan lagi sandiwara tetapi nyata dan benar belaka dan rakyat pasti akan menanggung akibatnya.  

19/09/2012

Nasharudin Kekal, ada buak tidak puas hati


Tika ini, berdasarkan dua sumber dalaman PAS Utara dan satu sumber dari Pantai Timur tanahair telah mengesahkan sudah terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Sejauh mana keberkesanan kempen dan gerakan sedemikian sukar lagi ditentukan namun ia mengesahkan pihak-pihak yang tidak secocok dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu masih belum berputus asa untuk melaksanakan agenda mereka.

Dalam pada itu, kegagalan Majlis Syura PAS membincangkan agenda pemecatan Nasharudin tempohari tidak hanya menyakitkan hati pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim tapi turut dikongsi sama oleh golongan Syiah PAS yang diketuai Mat Sabu.

Bagi pemimpin dan pengikut PAS yang memuja fahaman Syiah yang diperjuangkan oleh Mat Sabu, mereka tahu selagi Nasharudin masih lagi kekal bersama parti itu kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti masih tidak selamat.

Tambahan pula, beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat, sudah kedengaran ura-ura dikalangan beberapa pemimpin PAS dari kumpulan berlatar belakang agama yang mahu mencalonkan semula Nasharudin bagi jawatan Timbalan Presiden sekiranya beliau tidak dipecat dari PAS.

Muktamar PAS 2013 dijangkakan berlangsung beberapa bulan selepas PRU 13, agak singkat baki masa yang ada untuk Mat Sabu bersiap sedia menerima tentangan balas dari Nasharudin. 

Lagipun kemenangan Mat Sabu dalam Muktamar PAS pertengahan tahun lepas bukanlah satu kemenangan yang genuine sebaliknya hasil gandingan kerjasama dan dokongan sokongan dari perwakilan PAS yang teguh berdiri di belakang Husam Musa.

Dalam keadaan demikian ditambah lagi dengan perancangan Husam yang turut mahu mencuba nasib untuk kali ketiga bermakna pertandingan tiga penjuru terpaksa dilalui oleh Mat Sabu. Nyata satu situasi yang langsung tidak memihak kepada imam besar Syiah PAS itu.

Azizan rela PAS Kedah Kalah!


Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang sebelum ini dikhabarkan sering keluar masuk hospital kini semakin sihat.  Cakapnya dan gelaknya juga sudah kembali kuat.  Jika beliau dikatakan hampir pasti akan meletakkan jawatan atau tidak akan bertanding kerana sebab-sebab kesihatan, kini kata-kata itu perlu difikirkan semula.  

Azizan nampaknya begitu bersemangat untuk bertanding lagi dan meletakkan jawatan tentulah jauh sekali.  

Keadaan ini menyebabkan musuh-musuhnya yang berada di dalam selimut, di dalam lipatan, di atas bumbung, di dalam kereta dan sebagainya semakin resah.  Walaupun begitu banyak serangan di lakukan mereka secara terbuka, nyata sehinggalah kepada cara halus untuk menjatuhkan Azizan, Azizan nampaknya akan terus kekal dan tidak berganjak. 

Apatah lagi apabila golongan pro-Ulama di dalam PAS kini dikatakan mula bangkit setelah mendapat tiupan semangat baru dari Nasharuddin.  Azizan yang berada dalam kelompok Ulama difahamkan amat sukar bertoleransi dengan puak Anwarinas.  Beliau juga menolak kumpulan Syiah mentah-mentah serta  enggan berkompromi dengan DAP.  

Pendirian Azizan inilah yang menyebabkan beliau enggan melepaskan jawatannya.  Ini kerana, kesemua musuh-musuh dalaman yang mensasarkan jawatannya adalah terdiri dari sama ada golongan Anwarinas, Syiah atau talibarut DAP.   Antaranya ialah Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu. 

Sumber-sumber dalaman membayangkan yang Azizan lebih rela PAS kalah di Kedah daripada menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada mana-mana dari mereka di atas.   Bagi Azizan, biarlah UMNO yang menerajui asalkan bukan golongan pro-LGBT, Syiah atau alat kafir harbi.  

Kita sanjung prinsip dan pendirian Azizan.  Namun, kita ingin ingatkan Azizan bahawa prinsip yang mulia sahaja belum cukup untuk memastikan negeri terpelihara dan rakyat hidup sejahtera.  

Benar, membiarkan puak-puak LGBT, Syiah dan Kafir harbi memerintah adalah berdosa tetapi pemimpin yang gagal menangani masalah rakyat, membiarkan negeri terus mundur, tidak peka dengan kemusnahan alam sekitar dan tidak mampu menjana pendapatan negeri juga berdosa.   

Jelas, pemimpin yang sebegini adalah tidak layak berada di tempatnya.  

Bukan Azizan tidak tahu bahawa keadaan negeri Kedah adalah semakin merosot dari sebelumnya.  Anak-anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah masih ‘terpinga-pinga’ walaupun sudah hampir sepenggal PAS memerintah.  

Azizan langsung tidak punya perancangan untuk meningkatkan pelancongan di Kedah, malah pusat pelancongan sedia ada juga tidak dipelihara dengan baik.  Segala projek besar yang digembar-gembur konon bakal memacu ekonomi Kedah, hanya tinggal cakap kosong belaka kerana tiada siapa yang mahir untuk melaksanakannya.  Lebih buruk, bila begitu ramai yang menjadi tamak haloba akibat tidak pernah merasa atau bermimpi akan mampu duduk di mana mereka berada.  

Projek peninggalan BN yang telah berjaya seperti Kulim Hi-Tech Park juga kini telah menampakkan masalah akibat ketidakcekapan dan ketamakan pihak pengurusan.  Namun, Azizan langsung tidak menyedarinya. 

Kedah kini bergerak ke belakang dan bukannya ke hadapan gara-gara mempunyai pemimpin yang tidak layak berada di tempatnya.   

Azizan pasti tahu bahawa menurut Islam, meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kemusnahan.

Justeru, jika Azizan benar-benar seorang yang berpegang kepada prinsip yang mulia, maka Azizan juga wajib memikirkan mengenai ketidakadilan yang sedang dilakukannya terhadap rakyat Kedah.  Mungkin elok jika Azizan membantu mengembalikan saja Kedah ke tangan BN untuk kebaikan semua.  

SUARAM Kantoi, it Siang Melatah


Sejak SUARAM terkantoi kerana menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dan bukannya berfungsi sebagai NGO yang membela hak asasi manusia, pertubuhan itu nampaknya agak senyap dan jarang lagi membuat kenyataan. 
Pendedahan ini sekali gus menutup isu kapal selam scorpene dan juga pembunuhan Altantuya yang kononnya berkaitan dengan pemimpin tertinggi kerajaan.  Apa yang jelas kini ialah segala penipuan SUARAM untuk menggambarkan berlakunya rasuah dan juga penglibatan pemimpin tertinggi dalam pembunuhan adalah satu perancangan yang telah disusun rapi oleh mereka. 
Sehubungan dengan itu, adalah tidak mustahil bahawa kematian Altantuya itu sendiri adalah termasuk dalam perancangan mereka.   Di tambah pula dengan versi-versi akuan bersumpah dan skrip U-turn dan S-turn yang ditulis oleh pihak PR dan SUARAM mengenai kes ini yang menyebabkan kita semakin musykil akan peranan sebenar PR/SUARAM dalam kes ini. 
Ini kerana, hanya orang yang bersalah yang mempunyai banyak versi dalam penceritaan. 
Sedangkan di pihak kerajaan, rekod menunjukkan bahawa jawapan mengenai scorpene mahupun Altantuya tidak pernah berubah.  Malah, kerajaan dan Dato’ Seri Najib tidak tahu menahu mengenai kisah atau latarbelakang wanita tersebut. 
Yang begitu arif tentang sejarah Altantuya adalah SUARAM / PR sehinggakan mereka dapat mengesan Altantuya di Perancis pada ketika tertentu walaupun polis Perancis sendiri tidak punya rekod kemasukan Altantuya ke negara itu.  Bukankah ini sesuatu yang pelik?
Sahlah bahawa isu sebenar di sini bukanlah scorpene mahupun Altantuya, tetapi SUARAM dan PR serta apa yang mereka sanggup lakukan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. 
Mungkin menyedari bahawa mereka telah ‘terperangkap’ kali ini maka media mereka, terutamanya, blog Lim Kit Siang, telah memaparkan beberapa artikel yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia ‘kecut-perut’, berpeluh-peluh dan menggeletar apabila isu scorpene dibangkitkan SUARAM.   Tetapi, apa yang menarik ialah puak-puak PR ini tidak langsung menafikan bahawa SUARAM dibiayai dana asing malah membela tindakan itu dengan alasan kerajaan juga menerima dana asing?
.
Alasan ini menunjukkan betapa pihak mereka terdesak dan kehilangan arah serta hujah untuk membela SUARAM.  
Mereka boleh terus mencuba untuk menggambarkan ‘ketakutan’ kerajaan, tetapi rakyat nampak siapa yang takut dan siapa yang tidak.   Yang takut ialah mereka yang enggan bersumpah atas nama Allah S.W.T sedangkan Dato’ Seri Najib telah pun bersumpah sebanyak 4 kali bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. 
Yang takut ialah mereka yang gelabah, kerap memusing cerita, membuat akuan bersumpah dan kemudian menariknya kembali, menulis dengan penuh butiran terperinci dan kemudian menafikannya pula.  
Dan yang takut adalah mereka-mereka yang lari keluar negara dan enggan berhadapan dengan mahkamah walaupun kononnya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan ceritanya. 
Siapakah mereka-mereka ini jika bukan puak-puak Pakatan Rakyat sendiri.   Kini, dengan kaitan SUARAM dengan agen asing semakin ketara, puak-puak PR ini semakin kecut-perut, dan berusaha sedaya upaya untuk meremehkan penerimaan dana asing tersebut. 
Jika PR tidak turut terlibat dengan agen asing, kenapa PR perlu membela agen asing seperti SUARAM?   Kenapa pula PR tidak melihat kesalahan dalam menerima dana asing dan menjadi talibarut asing? 
Jawapannya ialah kerana SUARAM itu adalah PR.   Maka kesimpulannya di sini ialah PR adalah agen asing a.k.a pengkhianat negara!
 



SAAT BEGINI PUN MASIH BERPOLITIK


Innocence of Muslims

Sudah banyak bantahan dan demonstrasi di seluruh dunia dilakukan sebagai bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, sebuah filem kos rendah yang sudah tiga kali bertukar tajuk yang isi ceritanya menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.


Seluruh dunia sekarang sedang hangat membicarakannya walau pada awal kemunculan filem itu langsung tidak menarik perhatian ramai, namun kini kebanyakan orang sibuk memperkatakannya.

Dalam salah satu rusuhan dan bantahan berdarah di Libya, empat orang dilaporkan telah terbunuh termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Steven. Manakala di Pakisatan, seorang dilaporkan turut terbunuh.

Korban disebalik bantahan itu memperlihatkan betapa marahnya umat Islam terhadap penghinaan sedemikian rupa tapi di masa yang sama ia tidak membantu ke arah memperbaiki imej Islam di mata dunia.

Meluahkan bantahan dalam apa jua isu terutama sekali melibatkan maruah kesucian Islam sewajarnya dilakukan secara tertib dan berhikmah untuk mengelakkan sangka buruk dari terus menguasai minda masyarakat dunia.

Jika gagal mengawal keadaan sebaliknya mengundang pula huru hara disebabkan bantahan dan kemarahan yang tidak terkawal, musuh Islam yang menyokong dan menerbitkan filem Innocense of Muslims pula yang bertepuk tangan gembira meraikannya.

Di Malaysia bantahan secara kecil-kecilan sudah bermula sejak Jumaat lalu dan dijangkakan akan lebih besar selepas solat Jumaat minggu ini apabila dua parti utama yang 'bermusuhan', iaitu UMNO dan PAS kemungkinan akan bergabung tenaga untuk membantah filem tersebut.

Sayap kanan pemuda kedua-dua parti dilaporkan sedang menimbang saranan tersebut dalam usaha meneruskan tekanan ke atas penerbit filem Innocense of Muslims serta mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat supaya mengambil langkah perlu sesegera mungkin.

Sebelum ini, beberapa NGO seperti Pembela, Perkasa, JATI dan beberapa NGO lain telahpun menyuarakan pendirian masing-masing membantah filem Innocense of Muslim yang jelas jalan ceritanya bertujuan mencemarkan imej Islam itu.

Manakala Wisma Putra dalam kenyataan rasminya juga telah menyatakan bantahan rasmi berhubung perkara tersebut di masa yang sama mengecam sebarang bentuk keganasan termasuklah pembunuhan Duta AS ke Libya.

Sementara itu, walaupun belum ada kata putus secara rasmi dari sayap pemuda UMNO dan PAS berhubung cadangan bekerjasama meluahkan bantahan aman Jumaat nanti, tapi secara umumnya setakat ini ia mendapat respon positif dari kedua belah pihak.

Jika ia menjadi kenyataan tentunya akan membuka satu lembaran baru ke arah memperkukuhkan titik temu di antara kedua-duanya yang selama ini asyik bercakaran. 

Sesekali bersatu suara dan tenaga dengan mengetepikan seketika perbedaan politik tentunya manis untuk dikenang setidak-tidaknya dapat meredakan sedikit ngilu kesan luka gara-gara asyik tikam menikam sesama kita saudara seagama.

Dalam pada itu, tentunya kita tertanya-tanya mana perginya suara pemuda PKR (AMK) berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Takkan masing-masing ahli dan pemimpin PKR khususnya AMK hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bila melibatkan isu politik, bukan main garang hingga ada kereta polis diterbalikkan oleh penyokong PKR yang bersekutu dengan NGO BERSIH, takkan disebabkan isu kali ini membabitkan kesucian Islam dan tak menguntungkan politik PKR maka parti yang berketuakan imam mahdi palsu itu ambil langkah mendiamkan diri?.

Sewajarnya dalam isu filem Innocense of Muslims ini, semua pihak tanpa mengira perbezaan parti yang disokongnya dapat berlapang dada dengan menyuarakan bantahan yang sama, inilah waktunya untuk buktikan umat Islam di Malaysia ini tetap bersaudara.

Seeloknya pemantauan dari pihak penganjur bantahan aman kelak perlu rapi kerana kita tidak mahu keganasan seperti yang pernah berlaku dalam demonstrasi BERSIH 2.0 dan 3.0 berulang. Tidak salah menyuarakan bantahan secara terbuka tapi pastikan tertib dijaga.

Briyani Percuma Untuk LGBT


Kerja-kuat Pemimpin PR Berjaya

 Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki. 



(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F17%2Fnation%2F12039803&sec=nation)



Tawaran itu adalah bersempena memperolok garispanduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.   Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian.  

Amatlah malang apabila garispanduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga dipermainkan oleh rakyat Malaysia sendiri.  Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka-mereka yang langsung tidak kisah jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sebegini.  

Antara yang menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka.  Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa. 

Mengulas mengenai tawaran ini, pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya ‘mentertawakan’ garispanduan tersebut.   Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata  dan melihat takrif ‘umum’ hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja.  Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama.   Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya. 

Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula.  

Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai tokoh atau wira, kononnya yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT.  

Antaranya ialah tidak lain tidak bukan, peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara ‘orang kuat’ dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT.  Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram di mana jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011.   Selain itu, perlu diingatkan bahawa antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam.  

Soalnya, apakah persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia?  

Ya, mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.  Gerak langkah mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan.  

Dan soalan seterusnya, kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu ‘intim’ dengan PR dan menentang kerajaan?  

Tentu sekali kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini.  Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa ‘undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula’.   

Sebenarnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka.  Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian ‘terbuka’ kepada idea-idea barat asalkan jangan ‘hudud atau Negara Islam’.  

Memandangkan PAS terus berdegil ingin sehidup semati dengan PKR dan DAP, maka tidak salah jika kita katakan bahawa PAS juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini.   Malah, PAS sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara.  

Tidak mungkin PAS langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf.  

Nampaknya, perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk PAS, iaitu untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan.    Kerana itulah, hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula.  

Untuk itu, perlukah kita mengucapkan tahniah kepada PR?  Dan perlukah kita mengucapkan tahniah juga kepada PAS kerana membantu menjayakan agenda syaitan ini?   

Justeru, ke manakah arah Malaysia jika diperintah oleh PR?  Pastinya ke neraka - dunia dan juga akhirat.  

Anwar jadi gila akhirnya


Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal.   Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa.  Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya.  

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee.   Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.  

Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk ‘berkongsi’ dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata.  Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.  

Namun, apa yang membuatkan kita lebih ‘cuak’ dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya.  Kata beliau, “"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," 

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas.  Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila.   Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti.  Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?

Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan ‘pre-emptive’ Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR.  Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi ‘pre-emptive’ tetapi fantasinya.  

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang.  Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato’ Seri Najib agar turun dan berundur.  

Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan.  Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.  

Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu.  Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.  

Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.  

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti.  Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya?  Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...