jentera pas
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
30/05/2013
Dakwa Lagi Peserta Himpunan Blackout
29/05/2013
Demo Anwar Di Tolak Parti Islam
Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan, menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.
Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.
Perkara itu ada perbezaannya, iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan PAS jelasnya tidak sepakat, sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.
PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan.
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu.
Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.
"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.
Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan.
"Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan.
Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan.
Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.
Paling menarik, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.
Nampaknya, Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Haji Hadi Pula Di Hina
28/05/2013
Anwar Mahu Dedehkan Pengundi Hantu
22/05/2013
Nik Aziz Di Telanjangkan
21/05/2013
Shah Alam Dapat GRO
DAP Takut Kebangkitan Melayu
20/05/2013
Lim Kit Siang Robek Luka Lama
Ini kerana menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti rasis DAP itu, supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud ‘Mati Melayu’. Perkara ini terjadi pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.
Bekas ahli parlimen, Kulim Bandar Baru itu mengatakan, sudah 44 tahun berlalu, namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP.
“Kalau benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini, mereka perlu mohon maaf. Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik politik untuk mendapat undi sahaja” tambah beliau lagi.
Mereka tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam rusuhan 13 Mei itu. DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu. Malah mereka sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan.
Ia bukan merupakan perkara baru, tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu. Paling menarik, rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.
Umno perlu memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. Umno tidak boleh mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno. Orang Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.
Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi cita-cita peribadi mereka. Umno perlu lakukan perubahan besar dan drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan yang di peroleh sekarang, ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.
Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah, bersih, kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu. Jika tidak ada sebarang perubahan, orang Melayu akan menolak Umno di dalam pilihan raya akan datang.
Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang
Kecewa Kerana Anwar Mungkir Janji
Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).
"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.
Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.
“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.
Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.
Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.
Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.
Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.
Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.
17/05/2013
PRU14 Pakatan Bawa Haluan Sendiri
PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.
Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.
Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan.
Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza.
Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.
Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.
Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama.
Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Anwar Lepas Tangan Nik Nazmi Jadi Mangsa
16/05/2013
BN Perlu Teruskan Khidmatnya, Biarkan Pembangkan Dengan Politik Kotornya
Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.
Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.
Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.
Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.
Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.
Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.
Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua?
Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.
Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?
Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Pemimpin Pembangkang Dengan Rasuahnya
15/05/2013
Bersedialah Anwar ke Tali Gantung?
Peserta Himpunan 505 Mangsa Buli Anwar Ibrahim
14/05/2013
Melayu Islam Hanya Menumpang Dalam PR
Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.
Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.
Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.
Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.
Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.
Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.
Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.
Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.
PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone
13/05/2013
Kebebasan Media di Sekat BERSIH
Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih. Untuk itu, beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti. Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia, melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu. Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada, yang mana memastikan pengundian berjalan lancar, sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira.
Malangnya, Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu. Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BN lah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT.
Oleh kerana tidak mampu menjadikan sistem dakwat kekal sebagai modal utama untuk menjustifikasi sebarang bantahan, maka Ambiga menuduh adanya pengundi hantu dan juga penipuan ketika kiraan undi iaitu apabila berlaku gangguan elektrik. Tuduhan ini sudah disebarkan secara meluas dan giat di laman-laman sosial bagi membentuk persepsi yang kuat di kalangan rakyat bahawa PRU-13 tidak bersih.
Walaubagaimanapun, Ambiga mendapati bahawa usaha untuk membentuk persepsi ini tidak semudah yang disangka apabila akhbar-akhbar perdana berjaya menepisnya dengan melaporkan kebenaran dan juga penjelasan, termasuk bukti. Sedangkan apa yang dimomokkan Ambiga hanyalah tuduhan tanpa bukti.
Dengan mendesak agar akhbar-akhbar ini diboikot, Ambiga sebenarnya telah mengesahkan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut adalah benar dan beliaulah yang sebenarnya menipu. Dan Ambiga tidak mahu rakyat menerima maklumat yang benar dan ingin mereka terus disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja.
Lagipun, jika laporan akhbar-akhbar itu tidak benar, tentu Ambiga telah pun mengemukakan saman serta hujah balas. Namun, ini tidak berlaku, Ambiga tidak mampu memberi bukti dan hujah balas atau mengambil tindakan saman ke atas akhbar jauh sekali SPR.
Sebaliknya, Ambiga hanya bermain di atas 'permukaan', membuat tuduhan rambang dan rawak bagi menyebarkan persepsi. Ambiga tidak mampu memberitahu secara spesifik di mana berlakunya penipuan, siapa dan berapa ramai yang terlibat, tempoh dan masa tepat penipuan berlaku, mahupun bagaimana penipuan itu berlaku secara terperinci.
Sedangkan, tanpa semua maklumat ini, bagaimana Ambiga boleh mengesahkan bahawa penipuan benar-benar berlaku?
Bagaimana seorang peguam seperti Ambiga berbuat sesuatu yang tidak bertepatan dengan perjalanan undang-undang?
Bagaimana seorang pejuang demokrasi seperti Ambiga menentang keputusan demokrasi?
Bagaimana seorang pejuang hak kebebasan bersuara seperti Ambiga menyeru rakyat agar memboikot, sekali gus menyekat hak kebebasan akhbar?
Jelas, hujah dan tindakan Ambiga bukanlah hujah seorang pejuang kebenaran, tetapi hujah seorang seorang yang mempunyai agenda jahat yang sengaja ingin memburukkan SPR dan kerajaan. Ia juga bukan hujah seorang pejuang hak asasi dan kebebasan, tetapi hujah seorang hipokrit dan pengkhianat yang paling hodoh dalam sejarah kemanusiaan.
Jika beginilah cara Ambiga menangani ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan PRU-13, maka Ambiga wajar berhenti mendabik dada sebagai seorang pejuang apa-apa jua hak pun. Mengaku sajalah diri itu sebagai seorang agen pertukaran rejim, dan berjuanglah atas platform yang sebenar. Tidak perlu menyamar dan berlakon lagi, kerana segala-galanya sudah terserlah.
Sent from my BlackBerry® smartphone
11/05/2013
Kaum Cina Perlu Dalam Kabinet
Namun begitu, DAP yang konon parti berbagai kaum itu memperlihatkan satu trend yang tersangat rasis di mana hampir tiada kaum lain dalam kepimpinan tertinggi di dalam parti mahupun di dalam pemerintahan negeri selain kaum Cina. Jika ada pun, sebagai wakil atau sebagai syarat dan sebagai penyamaran sahaja bagi menutup sifat parti itu mereka. Individu yang dilantik sebagai wakil kaum lain itu pula pastinya bukan individu yang signifikan atau yang mempunyai sifat kepimpinan, tetapi lebih sebagai pak turut sahaja.
Lebih dahsyat, DAP sanggup melantik seorang Cina yang bernama Melayu iaitu Zairil Khir Johari, untuk mewakili kaum Melayu di dalam parti itu. Hakikat bahawa beliau adalah 100% Cina dari segi darah keturunan mahupun jiwanya, langsung tidak diambil kira oleh DAP.
Ini amatlah berbeza dengan BN yang memberi ruang kepada semua kaum untuk memilih sendiri pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih di dalam UMNO, MCA dan MIC semestinya yang diiktiraf oleh kaum sendiri sebagai mempunyai sifat kepimpinan. UMNO sebagai parti utama tidak pernah masuk campur dalam urusan rakan-rakan komponennya bagi memastikan mereka yang dilantik itu benar-benar mampu memperjuangkan kaum masing-masing dan bukannya seorang 'pak turut' sepertimana yang dilakukan oleh DAP.
Namun begitu, nampaknya ramai dari kaum Cina yang teruja dengan 'idea' Ketuanan Cina yang di promosikan oleh DAP. Mereka percaya yang mereka akan lebih bahagia dan gembira atau 'untung besar' jika bersama dengan parti itu.
Fikir mereka, untuk apa berkongsi kuasa dengan kaum lain di dalam BN jika kaum mereka boleh berkuasa mutlak di bawah DAP?
Malangnya, cita-cita untuk berkuasa mutlak tidak tercapai walaupun berbagai strategi telah dilakukan untuk memastikan rakyat membenci Barisan Nasional. Malah provokasi di hari pengundian konon terdapat penipuan dan pengundi hantu juga tidak mampu membawa hasil yang signifikan selain kekecohan di laman-laman sosial sahaja.
Akhirnya, kaum Cina kini terpinggir dari kuasa pemerintahan. Dengan 97% menolak kerajaan dan hanya 3% yang menyokong maka kekuatan mereka juga tinggal 3% sahaja.
Di masa yang sama, 38 kerusi DAP juga tidak layak dan tidak berhak bercakap mengenai ketelusan, korupsi dan sifat perkauman UMNO lagi. Ini kerana DAP tidak boleh lari dari hakikat bahawa parti mereka telah menipu dalam pemilihan CEC, mahupun hakikat bahawa mereka telah dengan sengaja menghasut dan melebarkan lagi jurang antara kaum di negara ini.
Apa yang konon diperjuangkan oleh DAP di parlimen selama ini hanyalah hipokrasi tertinggi.
Sudah terlalu jelas bahawa perjuangan mereka bukan untuk ketelusan atau keadilan. Ianya terbukti apabila kaum Cina telah mengundi semata-mata atas faktor kaum, tiada alasan lain lagi.
Pun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang matang, kepimpinan BN cukup faham bahawa suara kaum lain termasuk Cina yang hampir 100% menolak BN juga, tidak boleh diketepikan terus. 3% yang menyokong BN masih wajar diberi perhatian sebaiknya. BN bukan sebuah kerajaan yang zalim atau kejam sepertimana yang dimomokkan pembangkang. BN yang diterajui UMNO juga bukan rasis seperti yang dituduh pembangkang. Malah sebagai sebuah negara Islam, BN wajib berlaku adil kepada semua kaum.
Oleh itu, kita pasti kepimpinan BN akan tetap memberi ruang kepada kaum Cina di dalam pemerintahan. Cumanya, ruang itu tidak lagi akan seluas dahulu tetapi cukup sekadar memenuhi 3% sokongan yang diberikan oleh mereka kepada kerajaan.
Ini bukan sebagai satu pengajaran kepada kaum Cina, mahupun satu kelemahan di pihak kerajaan kerana masih memberi ruang kepada mereka. Tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat dan negara, tanpa mendedahkan diri untuk ditikam dari belakang sekali lagi.
Sent from my BlackBerry® smartphone
10/05/2013
SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu
Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.
Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.
Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?
Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.
Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.
Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.
Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara.
Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor Perlu Di Bubarkan
Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan semalam di Stadium Kelana Jaya. Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang.
Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak. Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.
Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu. Kita yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini. Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya. Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran.
Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang.
Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu. Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar.
Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor. Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja?
Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh. Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.
Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi. Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter.
Namun, apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas. Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.
Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta. Bantahan rasmi pula langsung tidak ada. Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi.
Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti. Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum. Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta.
Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal. Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar.