jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

29/11/2013

Cina Juga Sudah Muak Dengan Kit Siang?

Akhbar Nanyang Siangpau pada 21 November lalu memaparkan tulisan Liew Suh Kian yang wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat Cina.  Liew menulis mengenai Lim Kit Siang yang kini mencecah umur 72 tahun tetapi masih lagi giat berpolitik. 

Menurut Liew, Kit Siang sudah tidak sepatutnya terus 'galak' atau garang berpolitik tetapi wajar berundur secara terhormat. Liew turut membandingkan Kit Siang dengan Tun Mahathir yang telah lama bersara sedangkan Kit Siang yang gemar mengutuk Tun Mahathir itu masih terus bertanding pilihanraya. 

Menyusuri liku-liku politik Kit Siang yang bermula lebih lima dekad lalu, pemimpin DAP itu sepatutnya telah menyusun perjuangannya dengan baik serta mempersiapkan pengganti pada saat ini.  Jika ini dapat dilakukan, maka persaraan beliau pastinya akan disambut dengan sanjungan dan penghormatan bagi generasi akan datang. 

Apa yang ditulis oleh Liew sebenarnya telah lama diperkatakan oleh musuh-musuh Kit Siang. 

Namun, di kalangan DAP, iaitu masyarakat Cina sendiri, mereka nampaknya lebih selesa membela Kit Siang dan melayannya seperti Tokong.  Kaum Cina rata-ratanya menerima pemerintahan ala kuku besi Kit Siang anak beranak.  Bagi kaum Cina yang mempunyai sikap rasis semulajadi, pemerintah kuku besi berbangsa Cina adalah lebih baik dari pemerintah yang adil berbangsa Melayu. 

Oleh itu, kita melihat suara Liew sebagai suara yang terpencil di dalam masyarakat Cina.  Bagaimanapun, hakikat bahawa akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang sanggup menyiarkan tulisannya membuatkan kita berfikir semula.

Apakah kaum Cina sudah mula bosan dengan Dinasti Lim? 

Kita tahu Lim Kit Siang telah 'menyediakan' anaknya, Lim Guan Eng sebagai pengganti. Namun, malang baginya apabila Lim Guan Eng kini menjadi liabiliti kepada DAP.  Anaknya itu ternyata tidak mampu menyembunyikan kebongkakkan sehingga menyebabkan ramai yang merasa benci terhadapnya.

Guan Eng telah menyerlahkan warna sebenar DAP yang rasis dengan sejelas-jelasnya apabila beliau tanpa segan silu merobohkan dan merampas tanah dan perniagaan milik orang Melauyu dan India di Pulau Pinang. 

Pulau Pinang menjadi bukti ketidakmampuan Guan Eng untuk mengambil-alih tempat bapanya.  Tindakannya memburukkan imej negeri dan negara sendiri di dalam misi pelaburan di luar negara mengesahkan betapa bodohnya anak Lim Kit Siang ini.  Kemusnahan alam sekitar yang cukup ketara dan begitu pantas di negeri itu sejurus Guan Eng berkuasa juga, telah menjadikan rakyat semakin 'cuak' terhadap DAP. 

Selain itu, cara Guan Eng mengendalikan pemilihan CEC juga cukup mengecewakan Kit Siang.  Akibat angkuh yang melampau, Guan Eng banyak melakukan kesilapan.  Beliau tidak mampu menjalankan muslihat dengan bijak kerana terlalu memandang rendah pada orang lain dan menyangka orang tidak akan dapat mengesan manipulasinya.  Akhirnya, masalah CEC kini berpanjangan sehingga hampir setahun dan semakin kusut pula. 

Kegagalan Guan Eng menjawab isu-isu berbangkit dengan memberi jawapan bodoh seperti 'salah komputer' atau 'salah taip' menyebabkan anak Kit Siang ini menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, sekali gus memalukan DAP. 

Jika Kit Siang berjaya memperdaya orang Melayu yang berprinsip dan bijak seperti Tunku Aziz sehingga berjaya membawa tokoh itu ke dalam DAP, tetapi Guan Eng pula mendedahkan sikap sebenar DAP sehingga membuka mata Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP. 

Jelas, Kit Siang tidak berjaya mendidik anaknya untuk menjadi seorang politikus tegar seperti dirinya tetapi sebaliknya telah mencipta seekor raksaksa angkuh yang menyangka dirinya seorang Tokong. 

Malang bagi Kit Siang kerana walaupun kaum Cina di Malaysia masih enggan melepaskan ikatan mereka dengan tanah besar Cina serta budaya dan cara pemikirannya, namun sedikit sebanyak, mereka tetap terpengaruh dengan nilai-nilai Malaysia yang terbuka dan bebas.  Oleh itu, kaum Cina di sini tidak mudah untuk dipaksa akur seperti di zaman komunis atau Maharaja Cina. 

Malah mereka telah terlebih bebas membuka mulut mengkritik dan menghentam sesiapa sahaja yang mereka tidak suka termasuk pemerintah.  Justeru, mereka tidak lagi merasa takut atau bersalah untuk mengkritik Lim Kit Siang hari ini.   

Mereka tahu, Lim Kit Siang bukan Tokong mahupun Maharaja.  Lim Kit Siang tidak boleh menutup mulut mereka.  Lim Guan Eng juga tidak boleh mengilas tangan mereka selama-lamanya.  Lambat laun, pasti ada yang memberontak.  Melihat bagaimana Lim anak-beranak mengenepikan dan mengambil tindakan kepada mereka yang mengkritik pemimpin DAP, menyebabkan lebih ramai lagi yang terpanggil untuk memberontak. 

Bertitik-tolak dari situlah, maka tulisan Liew mendapat tempat di Nanyang Siangpau.  Tidak mustahil, akan ada tulisan-tulisan lain yang membawa nada yang sama selepas ini.  Tidak mustahil juga Liew pula akan ditutup mulut sepertimana para pengkritik Dinasti Lim yang lain. Tetapi yakinlah, akan ada lebih ramai Liew di masa hadapan sehinggalah Lim Kit Siang melepaskan jawatan. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

28/11/2013

Peluang Tahalus Siyyasah UMNO - PAS Semakin Cerah




Pemilihan pimpinan pusat pada Muktamar Pas ke 59 yang lalu membawa perubahan positif ke arah perpaduan umat Melayu di negara ini. Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagi fraksi yang kuat di dalam parti itu, agenda mereka tidak semestinya akan sentiasa berjaya.Contoh terbaru ialah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob hari ini.

Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil. Pada masa yang sama sekutu Pas, PKR dan Dap sudah tentunya akan merasa gusar berhubung cadangan pertemuan. Pada satu ketika dahulu ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri besar merangkap mursyidul am Pas, perkara ini adalah amat mustahil sekali. Dengan sikapnya yang begitu keras terhadap UMNO dan Barisan Nasional, setiap usaha unbtuk menemukan pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sudah parti di veto oleh beliau.

Malah beliau pernah berkata untuk meludah muka mana-mana pihak dalam Pas yang membawa usul bermuzakarah dengan UMNO. Walaulah bergelar ulama dan tak guru tetapi malangnya beliaulah yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan orang Melayu ini. UMNO sebagai parti yang memerintah sentiasa bersikap rasional dan terbuka di dalam isu perpaduan kerana hanya melalui perpaduan sahajalah bangsa Melayu akan menjadi kuat serta dihormati serta digeruni oleh kaum-kaum lain.
Tetapi Pas mengambil sikap yang amat berlainan sekali yang merugikan orang Melayu dan umat Islam.
Nik Aziz menggunakan pengalaman pahit Pas bersama BN pada 1974 hingga 1977 sebagai alasan untuk menuduh UMNO telah menikam belakang parti itu.

Bagaimanapun kajian sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas lah yang menyebabkan tahalus siyyasah bersama BN dahulu terpecah disebabkan tamak haloba mahukan kuasa yang lebih dan jawatan kabinet yang lebih.

Jika dahulu Allahyarham Tun Razak Hussien selaku perdana menteri berjaya menyatukan UMNO dan Pas di dalam BN, kini sejarah akan berulang kembali jika di izinkan Allah swt. Datuk Seri Najib akan meneruskan usaha ayahanda pula untuk cuba menyambungkan kembali silaturrahim yang sekian lama telah terputus antara kedua-dua parti. Sebenarnya tidak ada perbezaan antara prinsip serta landasan perjuangan UMNO dan Pas.

Apa tidaknya, bukankah Pas pada asalnya adalah serpihan daripada badan induk UMNO? Bukanlah satu keganjilan jika Pas bertaut kembali kepada UMNO kerana parti itu adalah darah daging dari badan yang sama! Jika Pas sentiasa melaungkan slogan Islam untuk menegakkan negara Islam, UMNO juga berprinsip untuk mempertahankan Islam. Bezanya perjuangan Pas hanya wujud dalam bentuk retorik tetapi UMNO melaksanakan program Islamnya secara praktikal dan bukti yang nyata.

Dari penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 sehinggalah kepada menyamatarafkan status mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, umat Islam telah menikmati kejayaan UMNO menaikkan syiar Islam di negara ini. Sekarang isu hudud dibangkitkan sekali lagi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap melaksanakan hukum syariah di negara ini jika pakatan pembangkang berkuasa.

Ini bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang dikawal oleh PKR dan Dap yang tidak mahu menyentuh langsung mengenai konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas. Pas dalam hal ini terpaksa menanggung malu dan berkorban apabila bersetuju menamakan impiannya selama ini kepada Negara Berkebajikan, satu anjakan dan perubahan prinsip perjuangan asal yang begitu jauh sekali.


Walaupun Pas meletakkan syarat isu kandungan muzakarah yang bakal di adakan dengan UMNO dalam masa terdekat tetapi ini adalah satu perkara kecil yang tidak sepatutnya membantutkan apa sahaja usaha untuk bersatu padu sesama saudara seagama dan sebangsa.

26/11/2013

Muktamar PAS:  Ulama Bakal Jadi Maskot Kristian?  

Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.  Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.  Namun, rujukan 'professional' pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya. 
 
Daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.  Pun begitu, kita juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama, berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan. 
 
Secara dasarnya, akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.  Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.   Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri, sudah tidak relevan lagi.  
 
'Ulama' akan menjadi maskot, sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.  Selain itu, Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.  Kumpulan Erdogan sedar, selagi ada Ulama di dalam PAS, selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja. 
 
Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam, tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. 
 
Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.   
 
Sejurus Muktamar berlalu, laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai 'pembaharuan' di dalam PAS. 
 
Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia.  Mereka jugalah yang bermati-matian ingin 'berebut' untuk turut menggunakan nama 'Allah' dalam risalah agama mereka.  Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. 
 
Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 
 
Kita tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.  Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO, tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam? 
 
Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia?  Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT? 
 
Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.  Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.   Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

21/11/2013

PAS Sebabkan Masyarakat Semakin Menjauhi Islam

Mungkin kerana panik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengakui parti itu masih gagal mendidik DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh dengan Islam, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dengan segera mengalihkan kesalahan tersebut kepada Umno.

Dia mendakwa kononnya Umno adalah punca masyarakat Melayu dan bukan Melayu menjauhkan diri daripada Islam. Sedangkan pada hakikatnya dia terlupa bahawa parti itu yang sering 'menjual' dan menggunakan agama untuk kepentingan politik. Malah sekiranya diteliti, masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri adalah disebabkan sikap bermuka-muka para pemimpin parti itu yang sering menukar kenyataan dan pendirian mereka setiap kali mengadakan ceramah.

Sebagai contoh, apabila bercakap di hadapan masyarakat Melayu kampung, mereka mengatakan ingin memperjuangkan undang-undang Islam atau hudud, namun apabila bercakap di hadapan masyarakat Cina dan India mereka mengatakan berkata yang sebaliknya dan hanya ingin memperjuangkan negara berkebajikan.

Paling menarik apabila Zailah mengatakan kononnya parti itu melalui kerjasama politik dalam Pakatan mempunyai ruang dakwah yang begitu luas bukan sahaja terhad kepada bangsa Melayu, tetapi juga memberi kefahaman berhubung Islam yang bukan Melayu dan beragama lain selain Islam.

Sedangkan persoalannya ialah, sekiranya betul mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk berdakwah mengapakah Karpal Singh sebelum ini meminta agar parti itu dibubarkan kerana dianggap berbahaya kepada masyarakat?

Itu belum lagi diambil kira pendirian parti itu yang bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible bahasa Melayu sehinggakan ia mendapat bantahan dari kalangan ahli dan penyokong Pas sendiri?

Sedangkan dalam isu ini, ia secara jelas mempunyai maksud yang tersirat dan dikhuatiri akan meningkatkan gejala Murtad di kalangan orang Islam.

Namun isu sebenarnya ialah, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan 'kalimah ALLAH untuk semua' ? Mereka berdalilkan firman Allah, "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah." (Luqman: 25)

Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.

Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah, di samping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.

Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar, malah meletakkannya pada kedudukan makhluk. Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah, jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.

Persoalannya ialah, sekiranya kalimah Allah pun gagal dipertahankan oleh Pas disebabkan desakan dan takut hilang sokongan, bagaimanakah masyarakat bukan Islam ingin menghormati Islam yang menjadi agama rasmi di dalam negara ini? Hujah paling mudah, sekiranya parti Islam pun sanggup gadaikan kalimah Allah, maka apa perlunya orang bukan Islam datang untuk memahami ajaran tersebut?

Kesimpulannya, Pas adalah punca sebenar masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri dengan Islam. Ini kerana demi kuasa dan pengaruh politik mereka sanggup menggadaikan apa sahaja walaupun terpaksa mencalarkan imej Islam itu sendiri. Maka kita tidak perlu mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh DAP atau PKR terhadap Pas.

Kalau diulangi pun ia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada perjalanan politik Pas. Ia memandangkan apa pun berlaku, biarlah maruah mereka 'dipijak' sekali pun, Pas ingin terus kekal atas nama tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.

Bagi Pas, tidak apa kalau martabat dan maruah mereka dilihat diperlekeh atau perlekehkan oleh kedua-dua parti itu, tetapi jangan Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang melakukannya.

Jika UMNO mengkritik atau menegur Pas berhubung sesuatu isu termasuklah berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu, sudah pasti parti itu akan 'diserang' habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Muslimat.

Bagi pemimpin-pemimpin Pas, apa pun PKR dan DAP hendak kata tentang mereka tidak apa kerana itu sekutu politik mereka, sahabat satu selimut biarpun mimpi lain-lain dan teman sekapal biarpun haluan berbeza.
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/11/2013

Wajib menangkan Mat Sabu

ANTARA penyandang Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, siapakah yang bakal dipilih oleh para perwakilan Pas dalam pemilihan Muktamar Ke-59 pada 22 November ini?

Banyak pemerhati dari dalam dan luar Pas melihat sejak awal lagi 'gerakan' sebelum gelanggang persaingan Timbalan Presiden Pas dibuka, telah menampakkan bibit-bibit yang diragui. Ini boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba menarik diri ke persaingan jawatan nombor dua itu.

Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Adakah bibit kekalahannya sudah dilihat oleh Tuan Ibrahim sendiri sebelum masuk ke gelanggang lagi?

Adakah juga mungkin Tuan Ibrahim gusar untuk 'bertemu buku dengan ruas' dengan Mat Sabu yang sudah bergelumang 30 tahun dalam Pas serta memiliki semangat waja.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ini, ramai melihat Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memiliki banyak kelebihan.

Kalau diperhatikan, dalam usaha Pas untuk mengukuhkan kedudukan parti dalam kalangan parti pembangkang, Mat Sabu dilihat mempunyai komitmen yang cukup tinggi kepada pakatan pembangkang. Ini sehinggakan beliau terbukti telah menunjukkan prestasi membanggakan sejak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Pulau Pinang beberapa tahun lepas dengan elaun lima digit sebulan.

Perkara ini menjadi jawapan mengapa Mat Sabu amat menyanjungi Lim Guan Eng (LGE) atas sifat keterbukaan DAP menerima pemimpin Pas.

Ini sekali gus menafikan tuduhan bahawa Guan Eng, juga DAP umumnya, tidak memberi ruang kepada pemimpin Pas.

Oleh hal yang demikian, amat penting Mat Sabu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden demi kesinambungan tugas beliau dan hubungan yang begitu akrab dengan LGE, yang turut direstui Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di sebalik konteks penyatuan UMNO-Pas, mereka yang menyanjung tinggi usaha penyatuan Melayu ini juga amat memerlukan Mat Sabu. Ini memandangkan Mat Sabu dilihat lebih liberal, terbuka dan mudah untuk dibawa berunding.

Khabarnya, Mat Sabu dan UMNO selalu berjumpa, berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Cuma Mat Sabu 'kelihatan baik' dengan PKR/DAP untuk sekadar 'dilihat' mematuhi/mengikut rentak pengikut/pemimpin Pas demi populariti politik beliau. Sedangkan, hakikatnya Mat Sabu diakui penyokong kuat kerajaan perpaduan.

Siapa yang memulakan perkataan 'Al******' yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim, kalau bukan Mat Sabu. Dia telah bermusuh dengan Anwar sejak dari era Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lagi. Ini lebih-lebih lagi apabila Anwar menyertai UMNO pada 1981.

Justeru, beliau cuma kelihatan menyokong Anwar/PKR sebab tak mahu dianggap menongkah arus. Lihat saja apabila Presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Noor menghulur tangan untuk membantu Anwar pada 1998 sehingga tertubuhnya GERAK, Mat Sabulah orangnya yang paling lantang menentang pendekatan tersebut. Inilah sebenarnya wajah Mat Sabu. Ini memudahkan untuk Pas bersatu dengan UMNO.

Berbanding Mat Sabu, Mohd. Amar berlatarbelakangkan ulama yang taksub dan agak 'tertutup' (dari segi pemikiran). Beliau juga dilihat sangat 'kenegerian'. Di bawah Mohd. Amar, Kelantan yang diperintah Pas puluhan tahun pun tak ke mana. Sebaliknya Datuk Husam Musa lebih 'bermaharajalela'.

Dari sudut pegangan agama Mat Sabu juga amat kuat. Justeru, ini tidak memungkinkan beliau akan menyokong Anwar yang didakwa terpalit dengan pelbagai 'skandal'.

Suatu ketika kita pasti teringat bagaimana Mat Sabu telah difitnah kononnya dia ada hubungan dengan isteri orang sehingga ditangkap 'khalwat'. Ini adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebenarnya pada waktu itu beliau dikatakan berbincang program/aktiviti parti. Malah, Mat Sabu telah difitnah menerusi audio perbualan telefon dengan seorang wanita dengan menggunakan bahasa lucah.

Di samping itu, dalam kalangan sekutu pembangkang, PKR lebih selesa menjadikan Mat Sabu sebagai 'ayam jantan' untuk berkokok' berbanding Mohd. Amar.

Bagi perebutan Naib Presiden pula, Tuan Ibrahim dijangka bakal berdepan cabaran sengit dengan kesemua penyandanganya, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mereka turut disertai oleh seorang calon veteran, Datuk Abu Bakar Chik, 63 bagi merebut tiga posisi Naib Presiden parti itu.

Dalam kalangan pesaing ini, Tuan Ibrahim dilihat mempunyai potensi besar untuk menang selain Husam dan Mahfuz.

Salahuddin pula bakal menempuh laluan sukar berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum di Johor walaupun Pas menambah kekuatannya di negeri kubu kuat UMNO berkenaan.

Abu Bakar Chik atau ABC pula meskipun suatu ketika merupakan pemimpin yang disegani, namun orang Pas hampir sudah melupakannya berikutan pergerakannya cuma terbatas di peringkat negeri sahaja. Namun begitu, jangan juga sesekali lupa, ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Pas, timbalannya adalah Mat Sabu. Ini masa terbaik untuk ABC membalas balik jasa Mat Sabu.

Bagi seramai 61 orang calon yang bakal berentap merebut 18 tempat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, sekali imbas calon bukan ulama mendominasi pencalonan jawatan ini.

Ini termasuklah nama-nama besar seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pada peringkat Dewan Pas pula, hanya jawatan di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang akan dipertandingkan apabila kesemua calon bagi Dewan Ulama menang tanpa bertanding.

Menyedari keperluan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan diwujudkan, Mat Sabu mesti dimenangkan jawatan Timbalan Presiden. Laluan mudah mestilah disediakan kepada beliau.

(Utusan)

Sent from my BlackBerry® smartphone

19/11/2013

Haron Din Tak Sedar DAP Ada Dalam Kelambu?

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din di dalam Berita Harian hari ini menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Haron Din menempelak Karpal Singh atas kenyataan pemimpin DAP itu mengenai parti berasaskan agama wajar diharamkan.  Menurut Haron Din, Karpal tidak faham agama Islam dan Karpal tidak wajar masuk campur dalam urusan rumahtangga PAS atau tidak wajar 'masuk ke dalam kelambu' PAS. 
Analogi 'kelambu' yang digunakan Haron Din membawa makna yang mendalam sekali. 
'Kelambu' selalunya dikaitkan dengan keintiman dan menyatakan bahawa DAP telah masuk ke dalam kelambu PAS membayangkan betapa DAP telah mengetahui segala-galanya tentang PAS.  Tiada lagi rahsia PAS yang tidak diketahui oleh DAP. 
Apa yang pelik ialah, walaupun DAP atau Karpal telah masuk ke dalam kelambu PAS, Karpal masih lagi tidak faham Islam, sepertimana yang disahkan oleh Haron Din sendiri. 
Jelas, apa yang ada di dalam PAS tidak mampu menarik Karpal ke arah Islam, jauh sekali memahamkannya mengenai agama suci ini.  Ini kerana apa yang dapat dilihat di dalam kelambu PAS hanyalah kekeliruan antara menjaga hati bukan Islam, mengambil hati umat Islam, memerangi sesama Islam, membela Syiah, menyokong komunis dan ketidakpastian mengenai LGBT. 
Justeru, tidak hairanlah Karpal semakin jauh dari Islam dan bukannya semakin tertarik dengan Islam sejak DAP 'masuk ke dalam kelambu PAS'. 
Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Haron Din itu membayangkan beliau marah-marah kerana Karpal menceroboh kelambunya. Mungkin Haron Din terlupa bahawa PAS yang menjemput Karpal duduk sekelambu. 
Sehingga ke tahap ini juga, PAS yang kelihatan enggan berpisah dengan DAP sedangkan DAP sudah pernah mengugut untuk keluar pakatan sekiranya PAS terus mempertahankan Negara Islam dan Hudud.   Tetapi, PAS tidak pernah mengugut keluar pakatan sekiranya DAP terus mempersoalkan Islam.  Sebaliknya, PAS sering menganggap kenyataan DAP adalah kenyataan peribadi pemimpin tertentu dan enggan mencari gaduh dengan parti itu.  Selamanya, PAS yang terus mengalah, mengharapkan kesetiaan DAP kepadanya. 
Kini setelah DAP berada dalam kelambu yang sama, Haron Din pula yang berpura-pura baru tersedar.  Apakah Ulama ini selama ini buta? 
Jika beliau boleh melihat makhluk halus yang manusia biasa tidak dapat lihat, kenapakah beliau tidak boleh melihat makhluk 'kasar' iaitu Karpal Singh di dalam kelambunya?  Atau Kit Siang dan Guan Eng di dalam kelambu PAS?  Hanya kerana mereka berwajah Mat Sabu, mereka tetap Kit Siang, Guan Eng dan juga Karpal berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat.  Apakah Haron Din tidak nampak mereka di sebalik wajah Mat Sabu itu sedangkan seluruh negara boleh melihatnya?
Itu belum lagi Ambiga Sreevanesan atau mungkin juga Bridget Welsh yang didakwa sebagai agen CIA yang juga pernah dijemput masuk dalam kelambu PAS.  Apakah Haron Din terlepas pandang akan mereka juga? 
Hakikatnya, kelambu PAS itu sudah koyak.  Semua orang boleh melihat apa yang berlaku di dalamnya termasuk hubungan terlarang mahupun songsang. 
Kebusukan PAS sudah terdedah luas dan tidak hairanlah apabila Karpal menyuruh PAS membuang saja nama agama pada parti. Sememangnya, PAS sudah terlalu jauh dari landasan Islam.

Sent from my BlackBerry® smartphone

11/11/2013

PAS Sedang di Catur


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.


Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu ‘menyakitkan’ PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya. Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati ‘sifat’ negara ini yang majmuk.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri. Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain. Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP. Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong. Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’ menempelak Karpal. Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti. Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman. PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka? Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini. Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama. Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka.

Calon DAP Dalam PAS

Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.

Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.

Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.

Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.

Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.

Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.

Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.

Namun begitu, dalam banyak-banyak 'dosa' yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.

Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan  'pemberian'  jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.

Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.

Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

08/11/2013

Pemilihan PAS Ambil Langkah Berhati Hati




Kumpulan Ulama Pas nampaknya cuba mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati bagi memastikan hanya seorang calon dari kumpulan tersebut bertanding untuk jawatan tertinggi parti. Ia bagi mengelakkan perpecahan undi berlaku seperti yang terjadi dalam pemilihan Muktamar parti itu sebelum ini.

Pada pemilihan tersebut, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah Mohamad Sabu berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden parti apabila undi golongan ulama dikatakan berpecah selepas persaingan turut menyaksikan 'pertembungan' dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui laman sosial Facebooknya semalam, memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden sebaliknya hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden sahaja pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 November ini.

“Di dalam perlembagaan PAS, hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang di calon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.

“Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan, manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.

“Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini” ujarnya.

Lidah rasmi Pas, Harakah sebelum ini, melaporkan Jawatankuasa Pemilihan parti  itu telah menerima seramai 5 nama untuk pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu Mohamad Sabu (penyandang), Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim.

Namun Salahuddin dilaporkan telah mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut kerana merasakan tidak ada keperluan untuknya bertanding jawatan tersebut buat masa ini.

Husam pula dikatakan masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ apabila mengatakan hanya akan membuat keputusanuntuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas, Tuan Ibrahim membuat keputusan.

Sekiranya Husam turut mengambil pendekatan menarik diri, bagi mengelakkan perpecahan undi kumpulan liberal Pas, pemilihan parti itu pada hujung bulan depan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu. Ia sekali gus bakal menyaksikanpertembungan antara kumpulan pro ulama menentang kumpulan liberal yang sinonim dengan gelaran Endorgan atau Anwarista.

Parti itu sebelum ini menetapkan Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.

Keputusan parti itu untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini, berjaya menarik perhatian ramai apabila Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membuat kenyataan yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.

Kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai isyarat jelas ulama harus kembali menjadi Timbalan Presiden selepas jawatan itu 'terlepas'kepada golongan bukan ulama dalam pemilihan lalu. Malah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dikatakan turut menyokong penuh saranan yang dikemukan oleh Nik Aziz itu.


07/11/2013

PAS Bakal Hilang di Dunia

 
Kita menerima kemenangan PAS di Sungai Limau dengan hati yang terbuka dan tenang.  Tiada rungutan dan bantahan di pihak UMNO walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati.  Tiada juga kedengaran rungutan dan bantahan di pihak PAS seperti dakwaan pengundi hantu, dakwat tidak kekal atau SPR tidak telus, yang sering kita dengar setiap kali pilihanraya. 
 
Mungkin PRK Sungai Limau merupakan PRK paling bersih bagi PR dan juga bagi Ambiga, kerana PAS telah menang. 
 
Pun begitu, jika PAS punya sedikit kecerdikan mereka akan tahu bahawa parti itu sebenarnya tidak menang.  Malah, tiada siapa yang menang di Sungai Limau melainkan kalah semuanya.  Yang kalah paling teruk adalah penduduk di kawasan itu kerana tidak dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. 
Kita menyatakan yang PAS telah kalah kerana majoriti yang diperolehi  oleh parti itu semakin hari semakin merosot, iaitu satu trend yang dilihat berterusan sejak PRU ke-12 lagi.     
Di ambil contoh Manek Urai, dengan jumlah 99.3% pengundi Melayu, PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 1,352 tetapi dalam PRK pada 2009 kemudiannya, PAS hanya mampu menang dengan majoriti 65.
Begitu juga di Permatang Pasir dengan lebih 73% pengundi Melayu, PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 5,433 tetapi dalam PRK 2009, majoriti PAS merosot sehingga 4,551. 
Trend ini menepati keputusan PRU-13 di mana PAS kehilangan 2 kerusi menjadikan parti itu memiliki 21 kerusi sahaja daripada 23 kerusi yang diperolehi dalam PRU-12. 
Seterusnya, dalam tempoh ini iaitu 2009 – 2013, dalam PRK Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau, Kerdau dan Kuala Besut, masing-masing menyaksikan PAS kalah kepada UMNO dengan majoriti yang meningkat sebelum menang dengan majoriti yang merosot dalam PRK Sg. Limau. 
Apa yang berlaku memperlihatkan parti PAS semakin hari semakin mengecil.  Dengan 'pengecutan' PAS, DAP pula semakin berkembang dan semakin kuat di dalam Pakatan Rakyat.  Kerusi DAP bertambah dan suara mereka juga semakin lantang mencabar agama Islam.  Semakin hebat DAP mencabar Islam, semakin merosotlah sokongan terhadap PAS. 
Jika trend ini berterusan, tidak mustahil PAS hanya akan tinggal nama sahaja pada PRU-14 nanti dan kerusi yang dimenangi pula hanyalah di kawasan majoriti bukan Melayu.  Pengundi Cina dilihat pasti akan memberi undi kepada PAS di kawasan di mana DAP tidak bertanding kerana mereka tahu bahawa hanya melalui PAS maka Ketuanan Cina dapat direalisasikan. 
 
Justeru, pada satu ketika nanti dan tidak lama lagi, PAS akan menjadi sebuah parti yang berdiri atas kepura-puraan seratus peratus.  Ia tidak lagi layak bergelar parti Islam, tetapi lebih tepat dirujuk sebagai parti Kristian Evangelist yang berselindung di sebalik pendirian pluralis namun berpenampilan Islam.  PAS yang asal akan pasti hilang.  
 
Dengan saranan Karpal agar nama agama dan bangsa pada parti dihapuskan, maka tidak mustahil, akhirnya PAS juga akan membuang nama 'Islam' bagi menepati perubahan ini. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

01/11/2013

Islam Tidak Akan Menang Jika PAS Menang



Beberapa banner yang menyatakan menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau telah dikesan di kawasan itu sejak semalam, mengikut sumber dari blog KedahkeKL.  Banner tersebut tertulis “Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Sg. Limau – Penyokong PAS Sg. Limau” merupakan mesej jelas dan terbuka bagi memastikan Anwar tidak menjejakkan kaki ke situ. 


Mungkin pihak PAS akan menuduh bahawa banner tersebut adalah taktik jahat UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan PKR, tetapi apakah mereka yakin itulah yang sebenarnya berlaku? 

Sekiranya mereka menyorot kembali sejarah arwah Tan Sri Azizan selama PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka mereka pasti akan berfikir dua kali sebelum menuduh UMNO.  ‘Ketegangan’ antara arwah dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu rahsia.  Malah, umum tahu bahawa arwah akan mengelak untuk berada bersama dengan Anwar dalam satu majlis.  Ini kerana arwah tidak sanggup menerima seorang peliwat tegar dan pendokong pluralisme agama sebagai rakat sepakat. 

Justeru, kita tidak hairan apabila Anwar Ibrahim menerima berita kematian arwah tanpa sebarang reaksi.  Tiada sebarang ucapan, jauh sekali kunjungan hormat dari Anwar ke atas keluarga arwah sehinggalah ke hari ini.  Pendek kata, Anwar tidak berusaha untuk berdiplomasi sekadar  untuk memenuhi tuntutan politik sekali pun, dalam mengendalikan berita tersebut.  Jelas, ketegangan antara Anwar dan arwah adalah serius dan tidak boleh dipura-purakan lagi. 


Bukanlah hak kita untuk mempersoalkan tindakan arwah Tan Sri Azizan untuk terus bersama PAS walaupun menolak kerjasama parti itu dengan Anwar.  Arwah mungkin yakin yang PAS akan kembali ke jalan asal dan akan meninggalkan Anwar satu hari nanti, kita tidak tahu.  Atau beliau mungkin sedang berusaha untuk memperbetulkan PAS dengan caranya sendiri atas dasar memperjuangkan Islam yang sebenar.  Mungkin kerana itu, beliau cukup mesra dengan UMNO yang diterimanya sebagai saudara seagama. 

Apapun, pastinya, beliau mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian dan kita tidak punya hak untuk menilai atau menghukum tindakannya.  Apa yang kita tahu, arwah melihat politik sebagai melangkaui nama PAS atau UMNO.  Baginya, politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa membelakangkan tuntutan agama.  Itu saja. 

Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku beriman, pengundi Sg. Limau mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menilai dan mengkaji penolakan arwah terhadap Anwar Ibrahim.  Pengundi Sg. Limau juga wajar memikirkan mengenai ‘kemesraan’ arwah dengan UMNO dan bagaimana UMNO menyayangi beliau. 

Seharusnya, sikap arwah itu sudah sudah cukup untuk membuktikan kepada pengundi Sg. Limau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS hari ini.   Apatah lagi apabila melihat bagaimana pemimpin PAS sendiri memusuhi, mencabar, mengejek malah menghina arwah secara terbuka ketika hidupnya. 

Bagi umat Islam yang memahami perjalanan politik arwah, kita telah meletakkan harapan kepadanya sebagai peneraju penyatuan ummah.  Seperti yang kita sedia maklum, UMNO telah lama menghulurkan tangan, hanya menunggu PAS menyambutnya sahaja.  Hakikatnya, arwah telah menyambutnya atas kapasiti peribadi sebagai seorang Muslim, tetapi arwah masih tidak mampu mengheret PAS bersamanya. 

Maka, sudah menjadi tanggungjawab pengundi Sg. Limau untuk meneruskan niat murni arwah itu.  Sambutlah huluran tangan UMNO supaya Anwar Ibrahim dapat diketepikan terus.   PAS tidak akan kuat selagi bersama PKR tetapi PAS enggan meninggalkan PKR. Justeru, satu-satunya cara untuk meninggalkan Anwar Ibrahim ialah dengan meninggalkan PAS. 

Ini bukan artikel untuk meraih undi, tetapi sekadar mengajak umat Islam para pengundi di Sungai Limau untuk berfikir lebih jauh, menyelam ke dalam hati dan akal masing-masing mengenai hala tuju politik Melayu. 

Sesungguhnya kita tidak akan berjaya selagi kita tidak bersatu.  Jangan biarkan Anwar Ibrahim, puak LGBT dan harbi itu menang.  Kuasa memilih dan mengubah nasib dan hala tuju anak cucu kita kini berada di tangan sendiri.   Pilihlah dengan akal dan dengan iman.  Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita untuk mengembalikan kekuatan ummah dan menentang kemungkaran. 

Sekiranya PAS menang, maka Anwar juga menang.  Dan jika Anwar menang, Islam tidak akan menang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...