jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

29/08/2013

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.
"Saya nafi dengan keras," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.
Ahad lepas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.
Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.
"Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa," katanya.
Sementera itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan," katanya yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com
OLEH : IBNU K
Sent from my BlackBerry® smartphone

28/08/2013

PAS Tiada Halatuju Selepas Berkawan Bersama DAP

Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

Dulu "Membangun Bersama Islam" selain 'Daula Islamiah menjadi slogan Pas yang sering dilaungkan tetapi kini suara sedemikian tidak kedengaran lagi.

Yang ada hanyalah "Negara Kebajikan" setelah Pas bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

"Negara Berkebajikan" jauh bezanya dengan "Negara Islam" kerana mewujudkan sebuah daulah atau kerajaan yang berlandaskan syariat adalah spesifik manakala konsep sekarang yang diperjuangkan Pas sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

"Negara Kebajikan" adalah hasil kompromi ang dipaksakan ke atas Pas oleh PKR dan Dap kerana kedua-dua sekutunya menentang sama sekali sebutan mengenai apa-apa usaha untuk menegakkan negara Islamiah apatah lagi menjadikannya agenda terpenting dalam kerangka politik pakatan pembangkang.

Sebab itulah dalam "Common Platform Framework" atau Kerangka Persetujuan Bersama antara Pas, PKR, Dap tidak disebutkan disebut atau dirujuk langsung mengenai "Negara Islam".

Yang menjadi persoalannya mengapa Pas begitu senang sekali menerima tekanan untuk menggugurkan tema perjuangannya yang merupakan satu penghinaan besar kepada parti itu.

"Negara Islam" adalah intipati kepada Pas dan tanpa ideologi politik tersebut, kewujudan parti itu tidak membawa apa-apa makna dan nilai.

Jika dahulu Pas mempunyai maruah dan identitinya tersendiri dengan matlamat mendirikan sebuah negara berpandukan kepada Piagam Madinah walaupun ditentang oleh musuh politiknya tetapi kini parti itu sudah hilang harga diri sungguhpun kuat di dalam Pakatan Rakyat.

Ketakutan Pas kepada Dap terutamanya amat ketara dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja Pas merelakan kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja Katholik malah tidak berbuat apa-apa apabila kumpulan Kristian bersuara menghina Islam.

Apabila Mahkamah Rayuan tempoh hari menolak rayuan pihak gereja dalam isu ini, Pas tidak berkata sepatah pun untuk menyatakan pendiriannya.

Malah lidah rasminya, Harakah dan juga versi onlinenya juga membisu seribu bahasa seolah-olah tidak bersetuju kepada keputusan yang memihak kepada umat Islam.

Mengapa Pas sudah menjadi begitu teruk dan hilang arah tujuannya?

Paling lantang Pas bersuara pun ialah apabila sayap pemuda parti mengadakan demonstrasi dan solat hajat di luar Stadium Merdeka untuk membantah Konsert Metallica 2013 baru-baru ini.

Adakah ini sebab musabab Pas wujud sebagai sebuah parti politik hanya untuk menegah konsert untuk muda-mudi diadakan?

Bagaimana dengan perjuangan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara?

Oleh kerana itulah keutamaan Pas memposisikan halatujunya dipertikaikan kerana sememangnya parti itu sudah hilang arah dan haluan.

Ia tidak berminat lagi untuk memperkasakan Islam tetapi lebih fokus untuk mendapat kuasa yang selama ini menjadi idaman.

Jika dahulu bersendirian atau bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah atau Barisan Alternatif tidak menampakkan hasil yang memberangsangakan kini hasilnya juga agak sama di dalam Pakatan Rakyat.

Pas perlu menerima hakikat parti itu tidak akan diterima sepenuhnya rakyat kerana sikap melampaunya dalam isu "Negara Islam".

Komprominya hanya helah untuk mendapat lebih kerusi di Parlimen tetapi strategi ini pun tidak berjaya.

Hasilnya pada PRU13 lalu, Dap yang paling banyak merangkul kerusi Parlimen walhal Pas dan PKR yang bertanding banyak kerusi hanya mampu gigit jari.
Sent from my BlackBerry® smartphone

02/08/2013

Peningkatan Kadar Jenayah, Pakatan Rakyat Harus Bertanggungjawab

Jenayah tembak menembak yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini meresahkan semua pihak.   Hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terancang berlaku.  Dari apa yang dilaporkan, semua pembunuhan ini nampaknya dilakukan oleh pembunuh professional atau pembunuh upahan di mana sasarannya telah dikenalpasti lebih awal dan mempunyai motif tertentu.  Dalam kata lain, ia bukan pembunuhan rambang atau rompakan. 

Pihak polis telah mengenalpasti beberapa suspek dan mendapati kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.  EO adalah sebahagian dari Akta ISA yang telah dihapuskan ekoran desakan dan asakan hebat dari pembangkang. Akta EO dan ISA membolehkan mereka yang disyaki membahayakan masyarakat dan negara, ditangkap atau dikenakan tahanan rumah iaitu satu tindakan ‘mengurung’ dan ‘mencegah’ mereka dari merancang operasi jenayah. 

Pembangkang telah berhujah bahawa Akta ini tidak adil kerana ia membolehkan seseorang dihukum atau ditahan tanpa bicara sedangkan jenayah belum lagi dilakukan mereka.  Kata pembangkang, tindakan ini bertentangan dengan hak asasi manusia.  Lagipun, kata mereka, rakyat Malaysia telah terdidik dengan baik dan tidak lagi memerlukan sebarang Akta yang tidak bertamadun sebegini. 

Akhirnya, kerajaan menerima hujah pembangkang.  Sejurus selepas itu, seramai lebih kurang 2,000 tahanan EO di Simpang Renggam telah dibebaskan.

Pembangkang pun begitu bangga mendabik dada atas kejayaan mereka menegakkan hak asasi manusia dan memperjuangkan keadilan dalam negara.   

Namun, apa yang dikhuatiri oleh pihak polis yang meragui keputusan untuk menghapuskan Akta tersebut kini menjadi nyata.  Hari ini, penjenayah tegar, kepala samseng, pembunuh upahan kembali menyambung perancangan mereka yang tergendala apabila ditahan.  Mereka juga pastinya mempunyai rancangan baru.  Hasilnya ialah apa yang dapat kita lihat pada hari ini di mana kejadian tembak menembak menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menyebabkan rakyat marah dan geram serta menyalahkan pembangkang.  Rakyat juga musykil mengenai motif sebenar pembangkang untuk melepaskan penjenayah serta meletakkan negara dalam keadaan cemas.    

Menyedari masyarakat kini mencemuh mereka, pembangkang terpaksa mencari jalan mengalih pandangan rakyat ke arah lain.  Maka, muncullah video-video program-program anjuran kerajaan yang dikatakan sebagai mengalih perhatian polis sehingga terlepas pandang terhadap jenayah yang berleluasa.  Kononnya, polis tidak menumpukan perhatian pada kerja yang penting kerana sibuk mengawal program kerajaan.  Muncul juga saranan agar menambah pasukan polis bantuan atau polis swasta bagi membantu mengawal keadaan. 

Namun, rakyat lebih tahu bahawa penyelesaiannya sebenarnya terletak kepada Akta EO dan ISA.  Kembalikan saja akta tersebut dan tidak perlu melalut melilau terpinga-pinga mencari jawapan.   Tidak perlu dijaga air muka lagi atau ego sesiapa lagi.  Ini adalah soal nyawa rakyat dan keselamatan negara.  Ini adalah soal kestabilan dan imej negara.  Dan jika berlarutan ia boleh menjejaskan ekonomi negara. 

Justeru, pembangkang perlu mengaku sahaja bahawa mereka telah tersalah langkah.  Mengaku sahaja bahawa idea mereka untuk menghapuskan Akta-akta pencegahan adalah idea yang tidak bijak. 

Maka, pembangkang wajar mendesak dan mengasak kerajaan sekali lagi agar mengembalikan akta tersebut dan bukannya menghentam polis atau mengambil sikap tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku kini.  Hakikatnya, pembangkang turut bertanggungjawab ke atas jenayah yang berlaku akibat dari penghapusan Akta ISA dan EO. 

01/08/2013

Mat Sabu Dari Golongan Syiah Yang Mana?

Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah. Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini. Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.

Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet. Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah. Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran. Itu belum lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta'ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.

Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri. Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang 'membina nama melalui demonstrasi ganas' serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.

Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini. Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.

Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah. Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.

Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.

Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.

Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata. Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah 'menyoal-siasat' Mat Sabu.

PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui. Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah. Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti. Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik. Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.

Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad. Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.

Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil. Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

#Doa Buat Perdana Menteri @Najib Razak

Ya Allah..Lindungilah PM kami!
`Bismillahi rahmani rahim....Ya Allah Ya Tuhan kami,pada saat ini kami bermohon kepada mu Ya Allah, engkau ampunkanlah segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibubapa kami,dosa kaum keluarga kami,dosa pemimpin-pemimpin kami dan dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau telah kembali kepadaMu..


Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,kami bermohon kepadaMu Ya Allah, Engkau berikanlah kami ruang dan peluang untuk kami berjuang demi agamaMu,bangsa kami dan negara kami

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Ya Allah,lantaran itu kami bermohon kepadaMu Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepada pemimpin kami YAB Dato Seri Najib Tun Razak Ya Allah,berikanlah keberanian untuk beliau bertindak dan Engkau berikanlah kebijaksanaan untuk beliau mengambil keputusan Ya Allah, janganlah Engkau uji kami dengan memberikan kepada kami pemimpin yang bacul dan dayus,jangan Engkau berikan kepada kami pemimpin yang sikapnya bermuka-muka dan suka membohongi kami Ya Allah
  

Ya Allah Ya Tuhan kami,kami bermohon kepadaMu Ya Allah, Engkau berikanlah hidayah kepada Dato Seri Najib Ya Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk demi agama,bangsa dan negara. Engkau berikanlah kepada semua pemimpin kami ini petunjuk untuk sentiasa melihat antara kebenaran dan kebatilan dan Engkau kurniakanlah kepadanya daya fikir yang jelas agar dapat bertindak sebagai pemimpin yang sejati demi bangsa agama dan negara...

Ya Allah Tuhan yang memerintah sekelian alam,kami amat menyanyangi pemimpin kami ini Ya Allah,lantaran itu kami bermohon juga kepadaMu Ya Allah engkau peliharakanlah Dato Seri Najib dari segala muslihat dan tipu daya,peliharakanlah beliau dari orang-orang yang berniat jahat dan khianat,dari kumpulan-kumpulan yangcuba melemahkan beliau Ya Allah,engkau lindungilah beliau Ya Allah,engkau selamatkanlah beliau Ya Allah....

Ya Allah Ya Tuhan kami,akhirnya kami bermohon kepadaMu Ya Allah untuk memberikan kami petunjuk dan kebenaran Ya Allah,jika sememangnya para pemimpin kami ini sudah tidak ada kebaikan yang kami perolehi untuk berjuang demi agamaMu,bangsa kami dan negara kami,maka engkau gerakkanlah kuasa untuk menukarkannya Ya Allah.

Kecintaan kami kepada agama,bangsa dan negara melebihi kasih sayang dan kecintaan kami kepada pemimpin Ya Allah,jika telah sampai masanya beliau perlu ditukar,kami bermohon kepadaMu Ya Allah Engkau utuskanlah pemimpin yng lebih baik untuk kami berjuang bersama-sama Ya Allah,hanya inilah yang dapat kami lakukan setelah segala teguran dan nasihat tidak di dengari maka kami bermohon kepada Engkau Ya Allah Ya Maha Mengetahui dan yang mentadbir sekalian alam dan segala urusan..Amin Ya Rabul Alamin!

Seterusnya: Sanggah Tok Janggut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...