jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

24/11/2012

Jangan Biarkan Tangisan Gaza Berpanjangan

Ketika umat Islam bergembira dengan kedatangan awal Muharam, sekali lagi dunia di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun rejim Israel. Operasi yang dinamakan “Pillar of Defence” ini telah membunuh orang awam yang tidak berdosa. Sebenarnya kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering ditimbulkan dan mereka tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Keganasan mereka ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 155: yang bermaksud: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya."

Persoalan besar timbul ialah mengapa bangsa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?. Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap sebagai ‘pilihan Tuhan’, bangsa yang disayangi tuhan, halal membunuh orang yang bukan sebangsa Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada negara kuasa besar dan beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Merasa kesal dengan beberapa negara yang lantang menyuarakan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya, tetapi tidak berlaku adil dan  berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak barat tetapi mereka tidak mengiktiraf  kedudukan rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Menurut pandangan seorang ulama  apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi. Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah. Sifat keji bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78 yang bermaksud: Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Kita amat kesal dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang. Kita mengecam sekeras-kerasnya serangan ini dan berpendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sebarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza. Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama  kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama umat Islam. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili merupakan ulama terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut.
Justeru itu, seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan mereka. Bantuan kepada mereka boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara Palestin. Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut atas dasar persaudaraan dan umat seagama kita. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat .

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk kita mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana mereka kerajaan yang kebal, berada diatas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Mereka juga memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat, namun sebagai orang yang beriman, kita mesti percaya bahawa dengan kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat  puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.
Oleh itu, marilah sama seluruh umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Jangan kita biarkan bumi Palestin dinodai.  Rakyat Palestin berhujankan peluru, bermandikan darah dan jangan kita biarkan tangisan Gaza ini berpanjangan. Semuga Allah SWT merestui segala usaha yang  kita  lakukan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah Ali- Imran ayat 160 yang bermaksud:Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.

22/11/2012

DAP boleh terima ISlam


Kabilah Bani Lim Terima Islam? – Hadi Awang

Kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.
Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR.  Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.

Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa ‘syok’ atau seronok juga dengan idea itu.   Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam.   Katanya, “Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri.  Syok juga sepintas lalu.  Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.”

Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara.Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat
kemenangan.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim.  Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP.

Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut.   Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah ‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Anwar’ belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah
negara.

Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?  Tanpa klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekaligus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam.   Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.  Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling  berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya. Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar.

Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang?   Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan?

Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.   Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam.

PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam.   Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata.  Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab.  Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan.

Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya.  Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.

Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi.   Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah.

Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang.  Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi
Raja-raja Melayu.

HIPOKRIT ANWAR SOKONG PALESTIN


Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan disokong sebulat suara oleh semua ahli parlimen Selasa lalu.
Usul tersebut dibentang oleh Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak dan dibaca oleh Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Usul itu diluluskan setelah tiga jam perbahasan oleh anggota Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain.

Anwar dalam membahaskan usul tersebut turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas.

Malah Anwar dengan lantangnya mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih drastik untuk menghalang rejim Zionis terus menindas penduduk bumi Palestin yang di bawah cengkamannya.

Bagi sesiapa yang mendengar ucapan Anwar yang berapi dan begitu tegas, sudah tentu akan teruja dan tertarik dengan sikap beliau yang seakan-akan sama dengan pendirian kerajaan Barisan Nasional.

Malah boleh dikatakan ketua Umum PKR itu seolah-olah mahu dilihat sebagai pejuang dan pendokong kuat kepada perjuangan rakyat Palestin yang telah dirompak serta dijarah tanah air mereka oleh sang penindas Zionis Yahudi sejak 1948.

Tetapi apakah benar kenyataan Anwar yang mengutuk serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Gaza satu pendirian beliau yang harus dipercayai oleh umat Islam di negara ini.

Adakah kenyataan keras beliau lebih baik daripada dasar berterusan kerajaan BN yang bukan sahaja telah mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Yahudi sejak dari era Merdeka lagi tetapi telah memberi sokongan moral dan materi kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan kaum Yahudi.

Disetiap peluang pada pentas persidangan  mesyuarat antarabangsa termasuk perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, wakil Malaysia akan berdiri di hadapan perwakilan menyatakan tanpa selindung dan ragu pendirian tegas negara berhubung isu Palestin.

Dasar dan pendirian Malaysia tidak pernah berubah sejak 55 tahun lalu berhubung isu Palestin.

Ini berlainan pula dengan Anwar yang berubah-ubah pendiriannya terhadap Israel.

Kalau semasa di dalam Kabinet, beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, rakyat mula melihat sikap sebenar atau 'true colours' Anwar berkaitan isu Palestin.

Kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan keyakinan Anwar dalam konteks konflik Palestin-Israel.

Kata beliau, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." atau "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel." 

Seperti juga kenyataan songsang anaknya, Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga  kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara.

Hakikatnya Anwar cuba mempamerkan sikap talam dua muka menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak, wanita, orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut.

Pendirian bermuka-muka Anwar ini adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika beliau tidak menyokong golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin, maka tiadalah harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Maka kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi.

Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara.

Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi?

Jadi janganlah rakyat Malaysia tertipu oleh sikap lunak yang cuba ditunjukkan oleh Anwar berhubung isu Palestin kerana sebenarnya itu hanya topeng yang dipakai luaran untuk menyembunyikan agenda sebenarnya.

ends

DOA PAS, Giliran DAP & PKR pula akan hancur


Mendoakan kehancuran pihak lain atas alasan menolak Islam kerana menolak hudud dianggap wajar bagi PAS. Meletakkan ‘hudud’ sebagai asas agama Islam, PAS mengisytiharkan permusuhan kekal ke atas UMNO bagaikan satu jihad yang jauh lebih besar dari menentang iblis dalam diri sendiri mahupun jihad menentang puak Yahudi yang memusuhi Islam sehingga ke-akhir zaman.   
Ini terbukti apabila seluruh dunia sedang sibuk mengecam tindakan Zionis menyerang orang-orang awam Palestin, PAS pula sedang berdoa bersungguh-sungguh mengecam UMNO dalam solat hajat dan doa PAS ketika di penghujung Muktamar ke 58. 

Doa tersebut jelas memfokuskan hanya kepada dua perkara iaitu menghancurkan UMNO dan menakluki Putrajaya.  Alasan PAS, kononnya hanya dengan cara itu, maka Islam dapat ditegakkan iaitu melalui perlaksanaan hudud oleh PAS. 

Masalahnya, UMNO bukan satu-satunya penghalang PAS untuk berkuasa penuh dan melaksanakan hudud.  Tetapi PAS juga terpaksa melangkah mayat Karpal Singh dan menghancurkan Anwar Ibrahim yang mana PAS cukup sedar walaupun terpaksa mendiamkannya. 

Namun, dengan semangat baru Muktamar ini, PAS nampaknya telah bersedia untuk menghancurkan sesiapa saja yang menyukarkan perjalanan mereka untuk berkuasa sepenuhnya, termasuklah DAP dan PKR juga.   Dengan itu, PAS nekad mengangkat Hadi Awang sebagai personaliti paling layak menjadi Perdana Menteri sekali gus mengingkari persetujuan yang dibuat bersama Pakatan Rakyat iaitu jawatan itu adalah milik Anwar Ibrahim.

Benar, ini mungkin kelihatan seperti strategi PAS untuk menenangkan akar umbi yang semakin lantang mengkritik perjuangan PAS kerana telah jauh tersasar dari landasan asal.   Mungkin tindakan menjulang Hadi Awang sebagai PM hanyalah gimik PAS untuk memujuk akar umbi agar kembali memberi keyakinan kepada kepimpinan dalam menghadapi Pilihanraya.  Mungkin strategi gimik ini direstui oleh Anwar dan juga DAP. 

Jika ini semua hanya strategi untuk memastikan sokongan Melayu terhadap PAS, maka pastinya Melayu akan tertipu nanti kerana akhirnya yang menjadi Perdana Menteri tetaplah si peliwat dan penzina iaitu Anwar Ibrahim dan bukannya Hadi. 

Tetapi, jika laungan PAS itu benar, maka yang tertipu adalah DAP seluruh kaum Cina yang menyokong mereka kerana percaya bahawa DAP mampu menguasai PAS dan membonekakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

Justeru, apapun strategi PAS dalam menjulang Hadi Awang sebagai PM, salah satu pihak penyokong PR, iaitu Melayu ataupun Cina, akan pasti tertipu.  India tak payah cakaplah kerana mereka telah lama tertipu oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang diperintah parti itu. 

Bukan rahsia bahawa DAP dan PKR memandang remeh dan hina terhadap PAS, iaitu antara punca akar umbi PAS resah dan meragui kepimpinan mereka.   Pemimpin-pemimpin PAS tidak mampu memerintah adalah satu hakikat atau fakta yang tidak dapat dinafikan sesiapa melainkan penyokong-penyokong jumud mereka.  Kelantan dan Kedah adalah bukti jelas kelemahan PAS.  PAS tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkarisma walaupun untuk menjadi pemimpin kecil, apatah lagi pemimpin besar dan Perdana Menteri. 

Hadi Awang juga terkenal dengan ‘tidak tahu apa’, sama seperti Nik Aziz dan Azizan Razak.   Orang nombor dua PAS juga lebih teruk lagi begitu juga pemimpin-pemimpin muda yang dilihat tidak lebih dari pemimpin kampung, tidak pernah bergaul, bersaing dan melihat dunia dari sudut yang luas, melainkan dari bawah tempurung serban mereka. 

Justeru, kita tidak boleh membayangkan mereka-mereka ini memerintah negara, memahami strategi politik antarabangsa, menangkis kelicikan musuh-musuh negara dan menghadiri forum-forum ekonomi dunia.   

Namun, DAP dan PKR mungkin tersilap hitung akan kelemahan dan kebodohan atau kejahilan PAS itu.  Kita sedia maklum bahawa kejahilan adalah merbahaya.  Ekstremisme berpunca dari kejahilan, begitu juga sikap ‘amuk’ berpunca dari kebodohan.  Tragedi Memali dan Sauk adalah contoh apa yang mampu terjadi akibat jahil atau bodoh. 

Manusia jahil atau bodoh mudah terbawa-bawa oleh emosi dan hilang pertimbangan.  Lebih buruk apabila si bodoh juga bersikap sombong, angkuh atau takbur.  Apabila manusia begini mendapat kuasa, maka yakinlah yang mereka hanya akan membawa kemusnahan semata-mata.   

Bayangkan apabila semangat juak-juak PAS yang jahil ini untuk melihat Hadi Awang menjadi PM jika PR menang tidak menjadi nyata.  Dan kemudiannya hudud pula tidak dilaksana, malah PAS kembali akur kepada DAP dan PKR menjadi pak turut, barua atau anjing suruhan.  Bayangkan amukan semangat jihad juak-juak PAS yang mendambakan hudud dan Negara Islam yang dicantas oleh kerajaan PR.  Tidak mustahil  mereka akan menghancurkan negara ini sebagaimana mereka mendemonstrasikannya kepada kita dalam demonstrasi Bersih. 

Bagaimanapun, ini adalah senario yang agak mustahil. 

Kita menyatakannya mustahil bukan kerana kita yakin yang PAS mampu menguasai DAP dan PKR jika memerintah, tetapi kerana PAS bertanding tak cukup kerusi pun untuk memastikan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.  Pemimpin PAS sebenarnya hanya bermain dengan emosi penyokong-penyokong mereka yang jahil yang tidak pernah mengambil pusing soal fakta dan angka.  Penyokong-penyokong yang enggan memahami bahawa rekod jumlah kerusi ditandingi ataupun jumlah kerusi dimenangi sebelum ini tidak memungkinkan PAS melantik pemimpin mereka menjadi PM.   Begitu juga enggan bertanya lanjut mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi atau berpotensi untuk dimenangi dalam PRU kali ini.    

Apapun, yang pastinya, dalam kejahilan mereka, hati mereka telah menetapkan untuk memastikan PR menang dan PAS menjadi tonggak kuasa.  Untuk itu, mereka pastinya bersedia mendoakan kehancuran DAP dan PKR pada bila-bila masa. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...