jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

22/11/2012

DAP boleh terima ISlam


Kabilah Bani Lim Terima Islam? – Hadi Awang

Kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.
Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR.  Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.

Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa ‘syok’ atau seronok juga dengan idea itu.   Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam.   Katanya, “Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri.  Syok juga sepintas lalu.  Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.”

Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara.Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat
kemenangan.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim.  Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP.

Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut.   Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah ‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Anwar’ belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah
negara.

Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?  Tanpa klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekaligus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam.   Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.  Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling  berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya. Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar.

Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang?   Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan?

Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.   Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam.

PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam.   Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata.  Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab.  Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan.

Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya.  Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.

Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi.   Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah.

Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang.  Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi
Raja-raja Melayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...