Bubar Parlimen!
Wah! Bukan main gah bunyinya
apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri
Najib Tun Razak segera membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum
dijalankan sesegera mungkin.
Menurut kata Azmin Ali lagi,
"Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya
cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini). Pakatan Rakyat (PR) sudah
bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13".

Baru saja dua tiga bulan lepas,
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim
pernah melontarkan idea mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan
parlimen. Malah mentor Azmin yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi
pandangan sama. Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan rakyat,
kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa.

Ada berani? Takkan cakap
berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor
rupanya tahi sendiri. Buat malu parti saja.
No comments:
Post a Comment