Baru saja disergah oleh Majlis
Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada
pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia
yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai
RM1.8 billion sepanjang 73km.
Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:
Adakah jumlah sumbangan
menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau
adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira
jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus
dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem
kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?
Lebuh Raya Rakyat ini juga
dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan
harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.
Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain
seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati
sifat sebuah lebuh raya ke syurga.
Apa yang kurang menarik ialah,
walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh
raya ini akan beroperasi tanpa tol.
Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada
tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”
Maka terfikir juga kita,
mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran
pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz
memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri
lain?
Kita boleh ketawa geli hati dan
menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi
penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan
mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada
manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan
bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.
Sepatutnya, sebelum menyeru
rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma
untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS
Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad
pemerintahan. Masjid-masjid lain
semuanya dibina oleh kerajaan pusat.
Rata-rata rakyat Kelantan hidup
dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan
kita kepada kekufuran. Justeru,
bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan
lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga
jika kufur? Apakah hanya dengan
mengundi PAS?
No comments:
Post a Comment