HAKIKAT yang ramai orang lupa,
DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti
politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini. Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan
kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman. Kalau PAS berbangga dengan perjuangan
Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat
yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.
Walaupun hakikat sebenarnya
mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.
Oleh yang demikian, bukanlah
suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru
ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung
jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.
Kisahnya pada pandangan penulis,
mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM
5,000. Kononnya wang ini gagal didepositkan
ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu
terbabit. Apa yang susah, tunjuk sajalah
rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis
apa segala?
Sudah tentu bila ada laporan
polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba
disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih
lanjut, laporan polis perlulah dibuat.
Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang
itu.
Pendek kata laporan polis ini
adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan
kepadanya nanti. Bukan sesekali
bermaksud dia mahu bersikap telus.
Maklumat yang penulis terima
menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat
pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri
Selangor. Sumber yang sama turut
menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi
tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.
Seorang lagi pembantu Weng Sen
yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak
April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada
Weng Sen.
Tujuan penulis membangkitkan hal
ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari
penyelewengan dan salahgunakuasa.
Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai
parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka
juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak
terbuktidi Mahkamah).
Mungkin jumlah yang terlibat ini
adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke
dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung
DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil
atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.
Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri,
bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah
negara kelak?
Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000
ini hanya jadi bahan gelak.
Ini sepatutnya tidak mengejutkan
kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana
amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti
tersebut. Antaranya menyediakan sumber
pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan
Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek
tersebut untuk tabung parti tersebut.
Itu setakat yang terdedah, yang
didiamkan berapa banyak pula?
No comments:
Post a Comment