PAS, bila sedar yang dirinya
sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam
dan muzakarah dengan UMNO. Ini adalah
perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan
sokongan. Apatah lagi dalam keadaan
sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan
Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.
Penumpuan penulis ialah tentang
isu muzakarah ini.
Walaupun Nik Aziz hari ini
menyebut, yang penulis petik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja,
termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO. Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak
sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu
banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.
Kenapa penulis kata “memang
semata-mata ditujukan kepada UMNO”?
Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak
muzakarah dengan PAS? MIC, MCA, PPP? Siapa?
Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah.
DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah
bermula tanpa muzakarah pun. Kalaupun
muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang
dibuat terhadap UMNO sekarang.
Persoalan penulis, tidak malukah
PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka
lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang
lepas? Mana maruah Nik Aziz dan PAS? Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga
mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan
ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.
Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia
mahu mengambil alih PAS secara halus.
Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang
diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang. Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan,
perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama
wujud.
Ini yang Anwar mahu elakkan. Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding
dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding
dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas
pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.
Justeru, UMNO mesti mengelak dari
terperangkap dengan permainan licik PAS ini.
Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang
rahsia. Apa sekalipun, ia hanya akan
menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO. Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa
keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.
Pemimpin UMNO perlu ingat,
penyertaan PAS dalam Barisan Nasional
dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh
dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah
dipersetujui di awalnya. Peduliklah yang
ditinggalkan itu nak jadi apa, janji mereka dapat keuntungan.
Itulah PAS.
Sedangkan dalam keadaan
‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan
untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan
berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke
dalam BN seperti dekad 70-an dahulu?
Ini yang penulis harapkan kepada
pimpinan UMNO untuk perhalusi. Jangan
mudah terperangkap dengan drama ini.
Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu
bermula sekalipun.
No comments:
Post a Comment