Pada 4 Mach lalu,
Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada
Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited
mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke
atas penduduk Palestin.
Obama, bahkan
menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau
'sacrosanct'.
Awal daripada
kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari
seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim
juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.
Ketika ditemuramah dan
ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks
konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar
dengan bangganya berkata:
"I support all
efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud
"Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara
Israel..."
Apa yang disebut oleh
Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana
Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.
Amerika Syarikat yang
bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk
mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan,
subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.
AIPAC pula merupakan
satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin
segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara
itu.
Jadi apabila dikaji
kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama
maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas
Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat
mempertahankan Israel?
Jawapannya boleh
dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak
bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.
Bukan hanya beliau
terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat
Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap
mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk
Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.
Yang lebih mengejutkan
ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang
mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan
beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu.
Anwar tidak mahu
menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.
Kini terbongkar pula
dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan
kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di
Amerika Syarikat atau Eropah.
Apakah hubungkaitnya
sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang
kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan.
Tidak lain tidak bukan
NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa
untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan
nilai-nilai demokrasi ala Barat.
Pertubuhan yang
melimpah ruah dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan
kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini
untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.
PKR adalah antara
penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.
Oleh sebab itulah
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang
diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat
untuk menjatuhkan kerajaan.
Agenda menjatuhkan
kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang
berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.
Nyata kenyataan Obama
dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh
mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu
keselamatannya.
"...support all
efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci
yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang
tergolong dalam kategori 'friend of the West'.
No comments:
Post a Comment