Mulanya kerajaan PAS Kelantan
terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya
Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan
sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.
Perkiraan PAS Kelantan cukup
mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan
kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010)
dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.
Kekuatannya dikalangan pengundi
dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum.
Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung
dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan
lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.
Dengan langkah tersebut PAS
percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya
projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus
dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.
Tanpa sokongan besar pengundi
Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat
pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat
merobek kekuatan PAS di Kelantan.
Soal pembinaan lebuhraya tersebut
mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam
mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan
Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan
Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.
Bagaimanapun hasrat PAS untuk
mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum
tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa
bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.
Apabila khabar angin pilihanraya
umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan
Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil
dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.
Setelah PAS pasti parlimen akan
dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh
majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar
akan dilaksanakan.
Pun demikian, setelah majlis
pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28
Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan
pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang
menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan
tersebut.
Kini PAS pening kepala mencari
idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga
tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh
pasti pilihanraya umum ke 13.
Melihat pada gerak tari politik
PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui
mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di
hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.
No comments:
Post a Comment