Pembelian aset tentera tidak
pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM
terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal
selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media
untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di
Perancis. Mengakui bahawa ia berbunyi
seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh
kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh!
Menurut hakim, siasatan ini tidak
akan selesai dalam masa 2-3 tahun. Jadi,
kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang?
Bercakap mengenai kes ini, seseorang
itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM. Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif
SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas.
SUARAM adalah NGO yang amat
kritikal terhadap kerajaan. Ini kita
faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA. Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan
dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap
kerajaan. Dan bekerjasama dengan
pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya.
Sebagai sebuah organisasi yang
bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM
membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah.
Tetapi SUARAM tidak boleh duduk
diam. Mereka perlu merosakkan imej
kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang
mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas
pilihanraya, biarkanlah. Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus
menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari
Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan
meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.
Tetapi penipuan mereka telah pun
terdedah. Skrip asal filem risikan
Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin
(RPK). Di dalam satu wawancara, RPK
telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan
‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam
pembangkang.
Skrip ini juga terlalu dramatik
sehingga tidak selari dengan fakta.
Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri
program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program
yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur. Terdapat video, gambar dan juga alibi yang
mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian
sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.
PM tidak mengenali Altantuya, dan
itu juga adalah fakta. Gambar
superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang
menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah
penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau
tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama
Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4
kali. Tiada seorang Islam yang waras
yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah.
Mahkamah Malaysia bukan sahaja
tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan
itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang
penterjemah dalam perbicaraan. Ini
kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan
dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan
dalam bahasa Inggeris.
Justeru, melihat dari semua ini,
tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik
bagi pembangkang…dan juga SUARAM.
SUARAM menyatakan bahawa mereka
telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat
pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai
tersebut. Jelas bahawa SUARAM cuba
membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan
keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM
hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada
korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.
Walaubagaimanapun, SUARAM
mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan
taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata.
Kita telah mendengar kata-kata
SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya. Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga
orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi
membahayakan keselamatan negara?
Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan
dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK
memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?
Dalam menghalusi motif SUARAM,
kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang
untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William
Bourdon untuk mewakili mereka?. Apakah
mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan
Eropah? Ambil maklum bahawa
peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di
Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama? Siapakah yang menanggung kos penginapan,
pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan
berapakah jumlahnya?
Kita tahu bahawa SUARAM adalah
sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat
biasa di Malaysia. Bagaimana mereka
mampu membiayai semua ini?
Penulis percaya, ramai yang akan
bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh
rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan.
No comments:
Post a Comment