Secara keseluruhan di seluruh
negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya
menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna
minima 112 kerusi perlu dimiliki. Pada masa sekarang pakatan
pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri
dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi.
Mengikut ramalan saudagar mimpi
terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan
kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi.
(Nanyang Siang Pau dan China Press) Maksudnya Anwar yakin pakatan
pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada
PRU 13 kelak.
Dalam pada pembangkang masih
mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi
pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya. Nampak sangat segala macam
serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik
pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan
dah lama kembali kepada BN.
Berbalik pada keyakinan Anwar
untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat
ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri. Tapi realitinya jarang sekali
mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk
menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong
pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api.
Trend sekarang tidak lagi sama
seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui
mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi
Anwar dan kuncu-kuncunya. Ditambah lagi dengan sokongan
majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN
tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya.
Mengikut kajian ramai
penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70
kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian
terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.
Populariti yang dikecapi Anwar
dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti
dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak
merudum. Terlampau banyak isu melingkari
polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti
masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai
saudagar mimpi sahaja.
No comments:
Post a Comment