Berbekalkan modal akuan bersumpah
oleh bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Anwar Ibrahim tampil dengan penuh yakin
Anwar menyatakan kesediaannya untuk disiasat sekali lagi secara terbuka
berkaitan isu akaun induk RM3 bilion.
Walhal beberapa hari sebelum itu,
Anwar berdolak dalik menjawab pertanyaan wartawan setelah teruk diasak
bertalu-talu berhubung isu akaun tersebut malah sampai satu peringkat cuba
mengheret pula Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kancah polemik isu tersebut.
Jika dipandang seimbas lalu,
nampak seperti Anwar sudah kembali meyakini sistem keadilan negara dan segala aspek
ketelusan penyiasatan kes yang sebelum ini kerap dipertikaikannya. Ini satu
keajaiban ke lapan dunia jika benar Anwar berpandangan begitu.
Atau mungkinkah juga langkah
'berani' Anwar kali ini ada kaitan dengan pendedahan menarik berkenaan British
Virginia Island yang dikhabarkan menyimpan 'harta karun' milik seseorang?
Pendapat yang mengatakan tindak
tanduk terbaru Anwar ini hanya sekadar untuk mengabui mata umum supaya meyakini
sepenuhnya 'bukti' surat akuan tersebut dengan harapan isu akaun RM3 bilion ini
akan tenggelam begitu saja dan keistimewaan yang terdapat di British Virginia
Island akan dilupakan, ada logiknya.
Apa kaitan Anwar dan British
Virginia Island? Rasanya ramai pembaca sekalian tidak mengalami kesukaran untuk
memahami keistimewaan di pulau tersebut. Banyak blog dan media yang telah
mengulas berkaitannya.
Sebetulnya ramai bekas rakan
Anwar Ibrahim yang tergelak besar melihat telatah Anwar Ibrahim bersama 'bukti'
akuan bersumpah yang ditunjukkan pada media konon itulah kesaksian penting yang
dirinya tiada kena mengena dengan isu akaun induk RM3 bilion.
Mereka sedia maklum 15 tahun dulu
Anwarlah yang paling lantang memperlekehkan akuan bersumpah Umi Hafilda dan
Azizan yang di cop sebagai satu strategi kotor dan fitnah terancang yang
langsung tidak layak dijadikan asas untuk mengadili perilaku dirinya.
Lagipun apa nak pelik dengan
surat akuan bersumpah yang Anwar gah tunjukkan itu bila khalayak umum sudah
agak jelas dengan perangai Anwar yang semasa dirinya berkuasa sebagai Timbalan
Perdana Menteri dulu suka campurtangan dalam sesuatu siasatan.
Sedangan Ketua Pengarah BPR pun
mampu di kawalnya, pegawai siasatan Cawangan Khas (SB) pun sesuka hatinya saja
di suruh gempak sana sini, apa sangatlah setakat nak 'mengarah' seorang ketua
yang lebih bawah levelnya.
Apapun, alang-alang Anwar dah
yakin dengan ketelusan pihak berkuasa dalam hal penyiasatan kes, eloklah juga
Anwar mengumumkan kesediaannya untuk disiasat berkaitan isu video Chinadoll
yang dikaitkan dengan dirinya.
Persoalannya, adakah Anwar sedia
memberi kerjasama untuk lengkapkan siasatan Video Chinadoll tersebut?
Atau Anwar masih lagi berpendapat
'bukti' perut boroi dan tetek labuh yang terlindung di sebalik seluar dan baju
sudah cukup sebagai kesaksian bagi menafikan aksi intimnya?
No comments:
Post a Comment