Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim
mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap
berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku. Anwar memberi contoh kekecohan
yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti
dakwaannya.
Rakyat tahu hakikat sebenar
bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti
mana yang dituduh oleh Anwar. Pola keganasan politik yang
disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar
dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.
Ia bertambah rancak apabila
beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat
sebagai Ketua Pembangkang. Kalau dahulu hanya terdapat
protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi
setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR, PAS dan DAP di dalam Pakatan
Rakyat, seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk
menimbulkan huru hara di negara ini. Kemuncaknya boleh dilihat
daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.
Bukan sahaja harta benda awam
musnah dan rosak, malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas
media tercedera. Klip video jelas menunjukkan
Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong
merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka. Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan
peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga
Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Inilah politik benci dan hasutan
yang diamalkan oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu. Pergi sahaja ke mana-mana ceramah
yang dianjurkan mereka, rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan
liar, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan
pemimpin-pemimpin negara.
Sudah tentu sasaran utama mereka
ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak cukup dengan itu,
pembangkang menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri
Perdana Menteri, malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas
daripada serangan politik pembangkang.
Politik hasutan yang dicetuskan
oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat
Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan
ketidakstabilan politik di dalam negara.
Pembangkang tidak mempunyai modal
politik yang kukuh untuk menghentam
kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan
penerimaan akal yang sihat. Setiap isu diputar belit dan
diselewengkan fakta, umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat
secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.
Setelah meletak jawatan barulah
SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit
langsung dalam isu tersebut. Namun kerosakan terhadap
integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak
pembangkang.
Anwar serta pemimpin pembangkang
tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah
kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya. Yang penting pembangkang mahu
menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.
Segala usaha pembangunan yang di
bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka
mahu ditutup oleh pembangkang dengan budaya fitnah dan hasutan mereka. Pembangkang berfikir jika rakyat
sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan,
maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.
Mereka gagal memahami politik
lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.Pemimpin politik seperti Anwar
dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.
Rakyat mahu kerajaan sediada
terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta
Perdana Menteri dan auta Anwar.
No comments:
Post a Comment