DISEKELILING Rafizi sekarang, rata-rata orang
menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita
UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation
(NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat
sangat. Dia yakin bahawa isu ini saja
mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.
Tapi pelbagai perkembangan semasa
kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah,
sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.
Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit
dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu. Disember lepas, Ketua Audit Negara
mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp –
syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.
Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk
menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung
lebih awal, tidak menjadi kenyataan. Ini
penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih
panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.
Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang
boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini
sahaja. Statusnya sebagai anak emas
Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi
Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat. Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam
PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan
hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.
Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan
sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini). FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan
peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis.
Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang
sama. Dia sendiri tak mahu dekat dengan
rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan
NFC ini.
Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro
kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang
mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti
dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang
sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya
seperti yang penulis sebutkan di atas.
Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi
akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin
Rais, Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut
nanti. Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama
yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada
pengalaman dan keupayaan.
Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik
penonton.
Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama
ada Rafizi nak buat filem atau apa. Yang
kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi
menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata
kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan
Insititusi Kewangan – BAFIA).
Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering
bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan
video seks Anwar. Sekarang kita nak
lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya
sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.
Penulis membayangkan filem tersebut hanya laku
dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment