JOHOR BAHRU : Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika
seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap
mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk
Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP,
Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang
memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Anwar hanya akan menjadi
Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata
sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu
dan bukan beragama Islam.
"Karpal juga menyebut nama
Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana
tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana
Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di
sini semalam.
Karpal baru-baru ini mengeluarkan
kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan
Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.
Malah, beliau turut mengakui
tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang
dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon
bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
Meskipun ketika ini pembangkang
bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan
nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada
undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.
Sementara itu, Hasan berkata,
meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal
mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum
akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
*Petikan dari Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment