Sekarang ini adalah musim
berdebat bagi pihak pembangkang. Apa sahaja topik atau isu yang
mereka fikir boleh diperdebatkan akan diwacanakan dikhalayak ramai. Mereka juga menjemput wakil Umno
untuk bersama-sama mengupas sesuatu isu - terakhir debat mengenai cadangan
pembangkang berhubung pemansuhan PTPTN di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin (KJ) dan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli. Seperkara yang dilihat sepanjang
siri debat yang diadakan setakat ini hanya melibatkan Rafizi.
Adakah ini bukti Rafizi sebagai
anak emas istimewa Anwar Ibrahim yang hendak ditonjolkan atas pentas politik
nasional dengan mengenepikan Shamsul begitu sahaja? Jawapannya amat terang dan
jelas sekali.
Pembangkang penuh semangat
mengajak Umno berdebat tetapi apabila Umno bersetuju untuk mengadakan muzakarah
dengan PAS, Nik Aziz berdolak dalih sehingga akhirnya cadangan mulia itu
dimatikan begitu sahaja. Bermacam-macam alasan diberi oleh
Nik Aziz agar tidak mahu bersemuka dengan Umno bagi membincangakan isu kritikal
perpaduan umat Melayu di negara ini. PAS tahu jika muzakarah diadakan
segala tembelang mereka akan terdedah kepada rakyat.
Salah satunya ialah melalui fakta
sejarah bagaimana PAS terbentuk apabila Haji Ahmad Fuad Hassan (ketika itu
Pengerusi Biro Agama Umno) kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahma
Putra Alhaj bagi merebut jawatan Presiden Umno setelah Dato' Onn Ja'afar
meninggalkan parti itu. Secara ringkasnya PAS ditubuhkan
atas kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin awalnya, dan tindakan itulah yang
menyebabkan perpecahan Melayu yang pertama di Tanah Melayu ketika itu. PAS tidak akan sanggup berdepan
dengan hakikat ini, kerana itulah mereka menolak muzakarah diadakan.
Jadi untuk menutup isu PAS
sebagai punca utama perpecahan Melayu, maka mereka bersama PKR dan DAP sibuk
mengadakan pelbagai siri debat berkenaan bermacam-macam isu tetapi haram sekali
menyentuh mengenai perpaduan Melayu!
Tangan PAS berlumuran dengan
darah perpecahan Melayu sejak 1951 lagi!
No comments:
Post a Comment