jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

19/03/2013

Dosa Khemah Terbang di Kelantan



KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.
Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.
Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.
Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.
Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.
n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.
- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.
Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.
Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.
n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.
- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.
n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.
- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.
Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.
n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.
Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.
Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.
n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.
- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".
Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.
n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.
- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.
Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.
Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.
n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.
- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.
Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.
Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.
Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."
Mengupas 7 Dosa Pembangkang - Utusan

3 comments:

  1. Kena kat dia ujian , kena kat org bala. Fikirlah sendiri, what kind of people they are.

    ReplyDelete
  2. Biasa lah tu bro. mereka fikir maksum sangat dah, dah taraf wali dah puak PAS ni. harap serban jer besor

    ReplyDelete
  3. Pemimpin Pas dan ahlinya dah pandai spin cerita yg bukan 2 sebab Allah dah gelapkan hati mrk sebab mereka org Islam yg pandai cakap tentang Islam saja tapi tin kosong. Lantik jadi kerajaan tapi bila masjid,jalan tak mampu buat siap spin nak ajak rakyat buat pahala bina masjid guna duit sendiri. Apasal tak cakap gaji kakitangan kjaan negeri akan potong 50% tiap tiap bulan tentu pahala rakyat kelantan bertimbun timbun. Apasal tak komen begini "Dalam syurga org Kelantan paling ramai"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...