Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.
Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.
Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).
Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13. Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.
Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.
Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.
Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.
Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.
Janji tinggal janji.
jentera pas
Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
No comments:
Post a Comment