jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

31/07/2013

Agendanya Sanjung Komunis & Keristian

Umum sedia maklum bahawa DAP sentiasa menyanjung komunis sebagai wira. Parti ini juga berusaha untuk membawa balik 'penyembelih Malaya', Chin Peng atas alasan ancaman komunis sudah tiada. Bagi menjustifikasi tindakan mereka DAP cuba menafikan sejarah serta giat 'mereka-cipta' sejarah mengikut kacamata dan selera komunis. Risalah-risalah turut disebar yang menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Di masa yang sama mereka menanam prasangka terhadap kerajaan konon dengan sengaja menafikan 'jasa' komunis atas dasar perkauman.

Masyarakat Cina yang sememangnya terkenal dengan semangat perkauman yang kuat amat mudah terpengaruh dengan dakyah ini. Apatah lagi dengan hakikat bahawa sebahagian daripada mereka merupakan anak, cucu atau cicit komunis juga.

Apabila masyarakat Cina menolak Sekolah Kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), keadaan menjadi bertambah buruk kerana SJKC tidak menitikberatkan matapelajaran Sejarah. Malah, kita juga meragui pengajaran subjek tersebut di SJKC, iaitu sama ada ia disampaikan secara tepat atau dipesong ke arah agenda yang bertentangan dengan aspirasi negara.

Kini, anak-anak produk SJKC yang telah meninggalkan bangku sekolah dan masuk ke alam dewasa membawa bersama mereka semangat bencikan Melayu dan buruk sangka terhadap kerajaan yang amat kronik. Mereka inilah yang kita lihat tidak henti-henti mencabar dan menghina Islam di internet. Hampir setiap hari ada saja individu yang sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu agar bangun membalas kebiadapan mereka. Lebih jelek, mereka turut mempengaruhi kaum India agar berbuat yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk menghasilkan filem bagi menunjukkan yang komunis itu wira. Filem The New Village yang menjadi kontroversi kini memperlihatkan seolah-olah komunis telah berkorban nyawa memerdekakan Malaya dan menentang penjajah British. Kita percaya, ramai dari anak-anak produk SJKC sebenarnya langsung tidak tahu perkara sebenar dan percaya bulat-bulat bahawa apa yang dikisahkan itu adalah benar. Ini kerana, sepanjang hidup mereka, mereka telah dimomokkan dengan kisah yang sama oleh ibubapa dan guru-guru di SJKC. Apatah lagi dengan kelantangan DAP menjulang komunis secara nyata.

Namun, apa yang pelik ialah DAP turut menjulang kristianisasi. Agenda Kristian DAP bukan lagi rahsia di mana semua orang sudah termaklum mengenai matlamat DAP untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam Perlembagaan. Sebagai ganti, Kristian bakal diberi tempat tertinggi dan usaha ini semakin giat dijalankan dengan berpusat di Subang Jaya dan juga Pulau Pinang. Video program DAP yang dihadiri padri-padri Kristian dengan ikrar untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga sudah tersebar. Kejadian murtad yang berleluasa juga turut didalangi oleh DAP. Malah, DAP juga merupakan pihak yang memainkan peranan utama dalam mendesak kalimah Allah di dalam Injil.

Kita menyatakan ini pelik kerana Kristian dan Komunisme adalah dua pegangan yang berbeza. Nilai-nilai dan fahaman Kristian tidak sejajar dengan komunisme yang meletakkan semua rakyat sama rata, kecuali pemerintah yang mendapat keistimewaan serta tidak boleh disanggah. Manakala Kristian berpegang kepada keadilan yang selaras dengan nilai-nilai semulajadi kemanusiaan di mana yang rajin berusaha selalunya akan lebih berjaya tetapi wajib membantu yang kurang bernasib baik.

Justeru, bagi DAP untuk menyanjung komunis tetapi berpegang kepada ajaran Kristian membuktikan bahawa DAP sendiri kurang memahami apa yang mereka perjuangkan. Mungkin kerana terlalu 'obses' kepada kaum sendiri dan terlalu amat benci kepada Islam dan Melayu, maka DAP tidak pernah mengambil masa untuk memahami intipati perjuangan sendiri.

Apa yang kita dapati ialah DAP tidak tahu sejarah komunisme di Malaysia secara terperinci dan DAP juga tidak faham Kristian secara mendalam. DAP, seperti kebanyakan anak-anak Cina di Malaysia hanya mampu bercakap soal ringan seperti wang, promosi, pemasaran dan juga hiburan. Terbukti kini bahawa DAP tidak boleh dibawa berbincang dan berdebat soal ilmiah ke tahap yang lebih tinggi kerana akal mereka tidak sampai ke tahap itu. Mereka tidak mampu mengupas ideologi, falsafah dan sejarah sebagaimana seorang yang bijaksana. Mereka secara amnya tidak tahu apa-apa tetapi hanya perasan sendiri konon bangsa mereka lebih bijak dari Melayu.

Hakikatnya, bagaimana kita boleh mengharap anak-anak Cina untuk berpemikiran ilmiah jika pemimpin yang disanjung mereka iaitu Guan Eng sendiri tidak tahu apa-apa. Dalam usaha Guan Eng untuk mempertahankan filem The New Village, beliau telah mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak memahami apa signifikannya hubungan Malaysia dengan China yang dirintis oleh Tun Abdul Razak apabila membandingkan usaha itu dengan tindakan Malaysia menentang komunisme. Jelas di sini bahawa Guan Eng tidak tahu apa itu jalinan ideologi dan apa itu hubungan diplomatik.

Guan Eng juga jelas tidak tahu apa ertinya perjanjian damai 1989 antara kerajaan dengan PKM apabila menganggapnya sebagai tindakan 'menerima komunis'. Sedangkan perjanjian itu menandakan 'kekalahan komunis' serta meletakkan noktah kepada pergerakan itu.

Inilah akibatnya apabila berjuang berlandaskan emosi dan bukan akal. Dan itulah DAP iaitu sebuah parti yang penuh dengan emosi benci, dendam kesumat dan tamak haloba. Bagi DAP, Kristian, Komunisme dan apa pun boleh saja, asalkan ia bersifat bertentangan dengan Islam dan Melayu.
Sent from my BlackBerry® smartphone

30/07/2013

Pemilihan Semula CEC Perlu diPantau BERSIH

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.  

Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik.  Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan. 

ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC. 

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat.   Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional.   Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus.   Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.  

Untuk itu,  DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya. 

Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus.  Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini. 

Oleh itu, seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan.   Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih.   Dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor, maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi. 

Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih, inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP.  Dengan cara ini, BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas.   

Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP.  Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan.  Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.  

Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion. 

Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’. 

Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.  

26/07/2013

Elak Ancaman Syiah

Program Berbuka Puasa Penulis Maya Wilayah Persekutuan yang berlangsung semalam turut menampilkan Ustaz Fathul Bahri sebagai ahli panel.  Beliau menyentuh, antara lain, berkenaan ancaman Syiah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. 

Seperti yang kita tahu, pergerakan Syiah bukan sesuatu yang baru di negara ini, namun selama ini ia bersifat ‘dormant’ dan tidak dianggap sebagai ancaman besar.  Sehingga penghujung tahun 90-an juga, masih tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil pusing berkenaannya.  Anak-anak muda pada waktu itu pula kebanyakannya langsung tidak tahu mengenainya.  Yang peka mengenai kewujudan Syiah mungkin hanya di kalangan mereka yang belajar di negara-negara timur tengah dan juga pelajar-pelajar jurusan agama sahaja. 

Fahaman Syiah terbahagi kepada beberapa mazhab antaranya Zaidiyyah, Rafidhah, Kaisaaniyyah, Ismaiiliyyah, al-Ghulat, dan Allawiyyah juga dianggap sebahagian dari Syiah. 
Ada yang berkata bahawa bukan semua Syiah itu sesat tetapi secara umumnya, fahamannya menjurus kepada mendewakan Imam Ali dan mencaci maki sahabat Rasulullah SAW termasuk isteri baginda Saiyidatina Aisyah.  Syiah juga menganggap AlQuran sebagai tidak asli serta beberapa ajaran termasuk solat mereka juga, berbeza dengan Ahli Sunnah.  Malah, Syiah juga menghalalkan zina hatta menggalakkannya dengan berlindung di sebalik istilah ‘nikah muta’ah’. 

Syiah pada dasarnya memusuhi Ahli Sunnah dan mengganggap Ahli Sunnah sebagai kafir.  Di Syria hari ini, dunia bagai terpinga-pinga menyaksikan bagaimana puak Syiah menyembelih, menyincang, menyiksa, merogol dan membunuh Ahli Sunnah termasuk anak kecil, tanpa belas kasihan.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam banyak kes, kekejaman mereka hampir mengatasi kekejaman Zionis. 

Sebenarnya, Al-Quran ada menyebut tentang kumpulan yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan berbohong berkenaan Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda seperti Syiah.  Kemuncaknya, ketika kematian Imam Besar Syiah iaitu Khomeini, mayatnya terjatuh dan kain kapannya terselak dalam keadaan mengaibkan.  Maka benarlah peringatan Allah SWT mengenai kesesatan mereka-mereka ini. 

Apa yang membimbangkan, kumpulan ini yang dulunya pasif dan ‘dormant’ sudah mula menonjolkan diri di negara ini.  Walaupun ia dikatakan masih ‘kecil’ tetapi jelas ia sedang merebak dengan pantas dan berani.  Menyedari ancaman ini, kerajaan Negeri Kedah merupakan yang pertama mewartakan ajaran Syiah sebagai haram. 

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi juga telah mengisytiharkan Syiah sebagai menyalahi undang-undang. 

Namun, berdasarkan sejarah dan pengalaman, membendung ajaran sesat bukanlah sesuatu yang mudah dan seringkali, undang-undang sahaja tidak mampu menghapuskannya. 
Justeru itu, Ustaz Fathul Bahri menyarankan agar sukatan matapelajaran agama diperluas bagi membuka mata anak-anak muda berkenaan kewujudan dan kesesatan Syiah.  Maksudnya, penjelasan mengenai mazhab-mazhab perlu dikupas dengan lebih terperinci dengan dibuka kepada perbincangan sambil merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. 

Ini bukan sahaja akan memberi pengetahuan tambahan tetapi juga mampu mengasak minda anak-anak muda terutama yang berminat untuk mendalami bidang agama agar lebih kritis, peka serta tidak mudah percaya, diperdaya atau dipengaruhi dengan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah. 

Saranan Ustaz Fathul Bahri sememangnya sesuatu yang baik dan tepat.  Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab harus mengambil perhatian dan memikul tanggungjawab untuk merealisasikan peningkatan dalam sukatan matapelajaran agama di peringkat menengah dan universiti dengan secepat mungkin. 

Janganlah ada mana-mana pihak, terutama pihak berkuasa dalam hal-ehwal agama, untuk dengan sengaja melengah-lengahkan dan mengambil ringan ancaman Syiah.  Jangan sekadar mengharapkan pihak polis mengekangnya tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan dengan cara mendidik rakyat agar berpegang teguh kepada asas Islam.  Dengan cara ini, mereka akan lebih pantas menyedari serta menolak apa saja yang bertentangan dengannya.   

25/07/2013

Kemenangan BN Di PRK Kuala Besut Sudah Dijangkakan

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Barisan Naisonal (BN) pasti tidak akan berdepan dengan laluan sukar, dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ditambah dengan gerak kerja yang mantap dan menyeluruh, faktor calon yang merupakan orang muda, golongan professional dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang agama dilihat antara faktor yang menyumbangkan kepada kemenangan tersebut.

Malah pendekatan BN dengan mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu pengundi secara peribadi, lawatan dari rumah ke rumah juga dilihat berjaya mengukuhkan lagi sokongan pengundi terhadap calon BN yang mesra dipanggil 'Abe Ku'.

Berbanding dengan calon Pas selain mempunyai pelbagai isu, gerak kerja kempen yang dilakukan agak hambar dan kurang mendapat sambutan. Malah pendekatan Pas yang mengunakan kaedah lama melalui program ceramah yang diadakan pada setiap malam juga antara faktor kekalahan mereka. Ini kerana majoriti masyarakat Islam-Melayu lebih berminat untuk memberikan tumpuan dengan melakukan aktiviti berbentuk keagamaan.

Ditambah dengan faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu dengan kumpulan ulama dan jentera muslimah, jentera dan para petugas mereka dilihat gagal menarik minat pengundi khususnya kumpulan atas pagar disebabkan gerak kerja yang tidak teratur dan lesu sepanjang tempoh berkempen yang dijalankan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa. Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Selain nelayan faktor kakitangan awam juga turut menyumbang kepada kemenangan calon BN. Walauapun Kuala Besut bukan merupakan pusat bandar utama untuk daerah Besut, namun hampir kesemua pejabat kerajaan negeri dan pusat untuk daerah Besut terletak di Kampung Raja iaitu pekan utama yang berada di bawah UN Kuala Besut.

Ini bermakna, pengundi utama yang ada di Kuala Besut adalah golongan nelayan, pegawai kerajaan dan mereka yang terlibat dengan industri pelancongan. Pada PRK ini, BN menetapkan slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto '16-16'. Ia merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu sekiranya parti itu berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, ramai dikalangan pengundi akur isu DUN 'tergantung' kerusi 16:16 bukanlah suatu idea yang bijak. Dengan Kuala Besut sendiri di bawah Parlimen yang diketuai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, pengundi cukup maklum undi yang diberikan kepada Tengku Zaihan nanti tentu akan dapat merangsang ekonomi Kuala Besut.

Kalau BN menang, manfaatnya lebih banyak berbanding 'carca marba' DUN di bawah pakatan pembangkang,

Pada PRU yang lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaanya di Terengganu apabila berjaya memenangi 17 kerusi berbanding pakatan pembangkang yang hanya mempu menguasai 15 kerusi, iaitu 14 daripada Pas dan satu kerusi yang diwakili oleh PKR.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, BN meletakkan calonnya Datuk A Rahman Mokhtar yang berjaya memenangi kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi sekaligus menewaskan calon Pas Napisah Ismail. Allahyarham Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah yang terpaksa berpuas hati dengan 6,375 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Rabu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Lapan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang kecuali pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup lebih awal pada pukul 3 petang dengan 635 pengundi atau 86.6 peratus penduduk pulau itu telah keluar mengundi.

Perangkaan itu menepati jangkaan SPR yang menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus. Pengundian berjalan lancar dengan jumlah yang keluar mengundi sejam selepas dibuka sebanyak 15 peratus dan meningkat sekali ganda pada pukul 10 pagi. Ia melebihi 50 peratus pada tengah hari.

Keadaan cuaca cerah antara faktor yang menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang tinggi walaupun ia berlangsung pada hari bekerja. Walaupun berlaku sedikit pengurangan dari bilangan peratusan yang keluar mengundi, namun ia adalah merupakan satu perkara yang memang telah dijangkakan. Ini kerana tempoh masa yang pendek antara pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pengundi luar merasa sedikit keberatan untuk pulang bagi mengundi buat kali yang kedua.

Ditambah dengan faktor sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan tidak lama lagi, ia turut menyumbangkan kepada penurunan ini. Ia kerana ramai dikalangan mereka ingin menyimpan cuti yang ada bagi digunakan untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya nanti.

Ramai menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai sangat tenang dan perkara itu turut diakui oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan PRK ini adalah yang paling tenang sejak beliau berkhidmat dengan suruhanjaya itu.
Sent from my BlackBerry® smartphone

24/07/2013

BN Serah Kepada Rakyat #prkkualabesut

Nasib kedua-dua calon yang bertanding di pilihan raya kecil Kuala Besut, bakal ditentukan oleh 16,534 para pengundi berdaftar yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memilih calon yang dirasakan paling layak untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menurut pihak SPR sehingga jam 10.00 pagi tadi, peratusan yang keluar mengundi adalah 31 peratus, iaitu 5,147 pengundi.

Malah keadaan cuaca yang baik sejak semalam, telah memberi kesempatan kepada para pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, tanggungjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Mereka keluar untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru berikutan kematian Dr. A.Rahman Mokhtar yang mewakili BN, akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. Pada PRK kali ini, Tengku Zaihan, 37, yang juga seorang jurutera ditentang oleh calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

Sepanjang berlangsungnya tempoh berkempen sejak 12 Julai yang lalu sehingga ia berakhir pada jam 11.59 malam semalam, Barisan Nasional (BN) selaku penyandang bagi kerusi tersebut telah melakukan yang terbaik bagi memastikan nasib dan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Pelbagai perancangan dan pendekatan juga telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan yang telah dirancang sebelum ini.

Namun begitu, segala keputusan sudah pasti terletak di tangan rakyat, kerana akhirnya rakyatlah yang akan menjadi kuasa penentu. Sama ada memberikan kemenangan kepada calon BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan atau meletakkan kerajaan negeri berada dalam situasi politik yang tidak stabil serta menyusahkan rakyat.

Apa yang pasti, BN tetap percaya dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukan oleh pengundi. Buatlah keputusan yang bijak kerana apa pun keputusannya BN tetap akan berserah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

23/07/2013

Ada Yang Percaya Kuala Besut Jajahan Kelantan

Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu mudah tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan Jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang.

Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut.

Poster tersebut tidak hanya disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan, ia juga diberikan percuma kepada jemaah yang berada di surau dan masjid malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut ini pun poster yang sama dihulurkan kepada pengunjung.

Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya.

Jika diedarkan poster Hadi Awang ada musababnya yang kukuh kerana Hadi adalah Presiden PAS, hatta kalau dihulurkan poster Nik Aziz pun masih boleh diterima dek akal kerana orang tua mulut berus itu masih lagi Mursyidul Am PAS Pusat.

Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi disebabkan Husam adalah Pengarahnya masing-masing cuba memendam rasa menanti masa untuk diletuskan.

Pada mereka, poster tersebut adalah satu strategik membunuh diri sebenarnya yang menyebabkan pengundi di Kuala Besut kian jauh dari jangkauan PAS. Ia melambangkan percubaan PAS Kelantan untuk menjajah daerah yang sepatutnya dikendalikan oleh PAS Terengganu.

Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Hakikat yang Husam dan pemimpin PAS Kelantan gagal memahaminya. 24 Julai 2013 ini, jika PAS kekal kalah atau tewas lebih teruk, tidak susah untuk PAS Terengganu menuding jari pada siapa yang empunya sebabnya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Selamat Tinggal Kuala Besut

Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.

Turut terbabit beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri termasuk Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah 'diKelatekan' oleh geng Husam.

Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.

Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.

Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.

Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.

Namun demikia, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.

Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan Jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.

Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.

Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

22/07/2013

Syurga dan neraka milik Pas? (Utusan)

SETELAH bersara lebih dua bulan lepas dari jawatan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul kembali di Kuala Besut baru-baru ini dengan isu lamanya.

Dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu, Besut, Terengganu itu, Mursyidul Am Pas itu kembali memainkan isu kafir mengkafir dan syurga neraka. Ini dalam usaha partinya menarik sokongan pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Rabu ini.

Seperti biasa beliau mengulangi kenyataannya bahawa UMNO menolak Islam dan mengambil perjuangan yang dibawa oleh Inggeris.

"UMNO tolak Islam ambil 'kebangsaan'. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris sampai susah hendak sebut tetapi nak bela orang Melayu," katanya.

Apa yang disebut-sebut oleh Nik Abdul Aziz bukan benda baharu. Acap kali itulah yang diuar-uarkannya. Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau sebelum ini pun, bukan sahaja Nik Abdul Aziz malahan pemimpin parti itu yang lainnya begitu juga nadanya.

Mereka mengatakan sokongan kepada Pas akan dijanjikan syurga, sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.

Kita umat Melayu cukup sedih apabila malam tadi Nik Abdul Aziz mengungkapkan kenyataan yang seolah-olah ada yang tidak kena dengan orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO membela orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO yang membawa panji Barisan Nasional di Kuala Besut membela hampir 97 peratus pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil di situ.

Kita tertanya-tanya apa motif beliau apabila mengungkapkan: "Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat akan ditanya kamu bangsa apa? Melayu, terus boleh masuk syurga, senanglah kalau macam tu. Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat."

Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.

Kita umat Melayu juga cukup sedih apabila pemimpin Pas ini turut mendakwa UMNO telah merosakkan pemikiran umat Islam di negara ini kerana membina terlalu banyak masjid.

"UMNO suruh buat masjid tetapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja," katanya.

Benarkah begitu? Begitu dahsyat tuduhan itu sedangkan Pas tidak begitu komited ambil usaha untuk dirikan masjid. Ketika semua masjid yang ada di Kelantan dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh BN ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990, Pas tampil tanpa rasa malu mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang. Itu, dengan nada tinggi pula, mendakwa ia daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Tidak berapa lama dulu Nik Abdul Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya 'penjaga kunci' yang akan menentukan orang yang sokong Pas masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, beliau dengan selamba menyatakan kesediaan 'bersahabat dengan syaitan' semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama Pas dengan DAP. Kita tidak tahu sama ada itu berupa 'analogi' atau tidak, tetapi sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang pemimpin Islam.

Banyak kenyataan mencurigakan keluar dari mulut Nik Abdul Aziz. Antaranya, mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malahan beliau sanggup pula mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sekitar Januari lalu:

"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Nik Abdul Aziz 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Pas lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.

Diharap, peringatan Allah di bawah boleh menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja termasuk pengikut dan penyokong mana-mana parti politik supaya tidak taksub kepada kepimpinannya.

PERINGATAN ALLAH

l Pengikut Nabi Nuh AS: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya). (7:54)

l Pengikut Nabi Hud AS: "Maka Kami selamatkan Hud beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari Kami, dan kami tumpaskan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan tiadalah mereka orang-orang yang beriman." (7:72)

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" [7: 172]

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". [7:179]
Sent from my BlackBerry® smartphone

Keluarga Tidak Setuju Azlan Jadi Calon PAS Kuala Besut @nikabdulaziz


Apakah Che Long selepas ini akan kembali kepada UMNO?

Pendedahan ekslusif sepupu Che Long... rupa-rupanya kemelut dalaman PAS diterengganu makin membara selepas ini dengan PRK Kuala Besut. Pas nampaknya betul-betul nak memperalatkan duit Che Long sahaja dalam PRK ini. Kalau betul PAS mempercayai Che Long, sudah tentu dalam PRU yang lepas, Che Long sudah terpilih menjadi calon tetapi sebaliknya Nafisah yang di pilih bukannya Che Long, kerana PAS sendiri pun tahu bahawa Che Long sebagaimana didedahkan adalah masih berjiwa UMNO. Sebab itulah Che Long diminta berbaiah secara terbuka oleh PAS sewaktu pengumuman calon.

Selanjutnya baca di: Pas Beruk

21/07/2013

PAS Menyerah Kalah

PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut. Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia.
Mengikut kata mereka, tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar . Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu.
Yang keduanya, kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu, dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan.
"Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas." Kata Datuk Kamaruddin Jaafar kepada pihak kami.
PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN, dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi, kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja. Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dimana ceramahnya dihadiri 1,000 orang, namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut.
Bermula dari tiga hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit diatas pentas. Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut.
Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah, meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib PAS di Terengganu.
Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN. Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam.
Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir. Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan. Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi. Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut.
PAS pula, terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka, ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua, dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa. Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut.
Dengan senario sedemikian rupa, Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

PAS Bimbang Kalah Teruk

Semalam selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.

Dalam pada itu, menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.

Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS, sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.

Sumber yang sama juga tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan yang akan diperolehi PAS pada PRK kali ini jauh lebih rendah dengan andaian kurang dari 5,500 undi setelah mengambil kira protes dikalangan penyokong PAS yang membantah penguasaan PAS Kelantan di Kuala Besut.

Menurutnya lagi PAS mungkin kalah teruk sekiranya pada 24 Julai nanti ramai penyokong PAS yang membuat protes dengan tidak keluar mengundi atau pun berpaling arah menyokong BN.

Sementara itu wakil BN yang ditemui optimis Peti Undi TUDM Gong Kedak akan terus dikuasai BN tetapi sedikit bimbang kalau-kalau sebahagian dari 111 pengundi yang tidak keluar mengundi semalam merupakan penyokong BN.

Bagaimana pun secara keseluruhannya kedua-dua pihak yang bertanding berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal semalam dan masing-masing kini fokus untuk mengiatkan kempen menjelang hari pengundian 24 Julai 20013 pula.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Kuala Besut Untung Tiada Tabung Derma Jihad

Setelah ramai yang mempersoalkan mengenai ketidakhadiran beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akhirnya muncul buat pertama kalinya bagi membantu kempen calon Pas di Kuala Besut. Dengan hari berkempen berbaki lagi 4 hari, Hadi Awang memulakan gerakan kempen sulungnya dengan menyampaikan ceramah selama 20 minit di Kampung Nail malam tadi.

Dan seperti yang telah diduga kehadiran Hadi malam tadi, masih juga GAGAL untuk menarik bilangan pengundi di Kuala Besut. Dengan kehadiran sekitar 200 orang. Kegagalan pimpinan tertinggi Pas khususnya dari kumpulan ulama dan muslimah sebelum ini telah menimbulkan persepsi kononnya calon parti itu Azlan Yusof diboikot oleh pimpinan Pas negeri dan kawasan.

Ramai dikalangan pemerhati politik sebelum ini merasakan wujud masalah dalaman dikalangan pimpinan negeri daqn pusat, apabila Pas membuat keputusan untuk meletakkan calon pilihan Naib Presiden, Husam Musa.

Tambah menguatkan andaian tersebut apabila Husam yang merupakan pemimpin Pas Kelantan, dikatakan telah merampas jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu di Kuala Besut yang sepatutnya diberikan kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut. Malah pemergian Abdul Wahid untuk menunaikan umrah ketika parti itu sedang berdepan dengan pilihanraya juga dikatakan sebagai tanda lepas tangan ekoran campur tangan yang melampau dari kepimpinan Pas negeri Kelantan.

Berbalik kepada ceramah yang disampaikan oleh Hadi malam tadi di Kampung Nail, rata-rata yang hadir agak terkejut dengan sambutan kehadiran yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ini kerana selaku Presiden parti, adalah tidak wajar bekas menteri besar Terangganu itu dimalukan dengan kehadiran sekitar 200 orang.

Namun begitu, apa yang paling menarik perhatian ialah, Hadi langsung tidak menyebut mengenai calon parti itu. Hadi berulang kali meminta hadirin yang hadir agar menyokong Pas dan merayu supaya para pengundi memberikan peluang kepada parti itu dalam pilihanraya kecil kali ini.

Malah tindakan Hadi itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka yang hadir, ada yang mengatakan dia terlupa ekoran masa yang diberikan kepada terlalu pendek. Namun ada juga mengatakan itu sebagai tanda dia masih tidak boleh menerima calon cari makan bagi mewakili parti itu.

Lebih memeranjatkan, di akhir ceramah pihak penganjur langsung tidak melancarkan 'tabung derma jihad' seperti kebiasaanya. Ini bagi mereka yang sering menghadiri ceramah pakatan pembangkang pasti sinonim dengan tabung derma yang dilancarkan setiap kali ceramah. Oleh yang demikian ketiadaan kutipan derma pada program yang di adakan malam tadi sudah pasti menimbulkan sedikit tanda tanya.

Melalui pertanyan dengan mereka yang hadir, pertama ia mungkin disebabkan kerana calon Pas pada kali ini adalah merupakan orang kaya, oleh itu sekiranya penganjur masih meminta derma sudah pasti akan menimbulkan kemarahan para penyokong parti. Ini kerana mereka sedar dan tahu akan kemampuan yang dimiliki oleh Azlan.

Kedua jumlah kehadiran yang tidak seberapa pada program yang diadakan malam tadi juga merupakan faktor penyumbang untuk tidak mengutip derma. Ini kerana penganjur sedar jumlah yang bakal diperolehi pasti tidak balik modal sekiranya ditolak dengan upah para petugas dan kos-kos lain.

Dan yang terakhir, pengajur dikatakan telah dinasihatkan oleh orang-orang tertentu, agar tidak mengutip derma. Ini kerana faktor ekonomi penduduk kampung yang rendah boleh menyebabkan mereka marah sekaligus menolak calon Pas ketika proses pengundian yang bakal diadakan pada 24 Julai ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

19/07/2013

Calon PAS PRK Kuala Besut Kena Tutup Mulut

Tidak tahan dengan pelbagai persoalan yang bertali arus dari petugas media, calon Pas untuk pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, Azlan @ Endut terpaksa ‘dilarikan’ bagi mengelakkannya bertembung dengan para wartawan yang sedang membuat liputan. Sebelum ini Azlan pernah diarahkan untuk menutup mulut, dari menjawab semua persoalan yang dibangkitkan namun selang 2 hari, arahan itu kemudianya telah ditarik semula.

Namun menurut sumber, Azlan sekali lagi diarahkan untuk mendiamkan diri, kerana sering tersilap menjawab soalan sehingga menimbulkan masalah kepada jentera dan petugas parti. Malah ada kalanya kenyataannnya dilihat semakin menyukarkan gerak kerja dan peluangnya untuk menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).

Sejak dicalonkan mewakili Pas, Azlan yang diselubungi dengan pelbagai masalah dan sering menjadi tumpuan media bagi mendapatkan penjelasan dan maklumbalas. Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan isu ‘samseng jalanan’ kerana dikatakan mempunyai 54 saman yang tertunggak semenjak dari tahun 1999.

Selain dari itu, dia juga dikatakan pernah gagal dalam ujian air kencing dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pas di Kelantan. Ekoran hubungan tersebut, Azlan dikatakan sering mendapat laluan mudah dan dikurniakan dengan pelbagai projek pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.

Paling mengemparkan, apabila Azlan dikatakan ingin memberikan tumpuan kepada perniagaannya berbanding berkhidmat kepada rakyat di Kuala Besut. Malah melalui rakaman yang dimuatnaik di dalam Youtubetidak lama dahulu, calon Pas itu turut mengakui akan memberikan semua gaji yang diperolehi kepada wakilnya bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam masa yang sama juga, kenyataan daripada Hanafiah Mat yang mengatakan Che Long sebagai orang baru dalam dunia politik meninggalkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong PAS sendiri. Di mana adakah keputusan PAS mencalonkan Che Long merupakan pilihan yang tepat atau sebenarnya ia adalah keputusan terdesak mencari calon yang berkelayakan dan hanya Che Long saja calon yang merupakan pilihan akhir?

Orang baru dalam politik memberi gambaran yang luas sebenarnya. Adakah Che Long tidak mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang politik atau adakah Che Long hanya digunakan untuk kepentingan pihak tertentu saja.Persoalan demi persoalan timbul di kalangan penyokong PAS yang melihat kepincangan dari peringkat kepimpinan PAS untuk PRK kali ini.

Ekoran terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan, Azlan akhirnya terpaksa membuat kenyataan melalui rakaman peribadi yang kemudiannya dimuatnaik di dalam laman Youtube.

Paling menarik ada dikalangan petugas media mendapat SMS makluman dari nombor yang tidak dikenali agar mengunakan rakamkan kenyataan tersebut untuk digunakan sebagai laporan berita. Persoalannya dimanakah hak kebebasan media yang sering dilaungkan selama ini oleh pakatan pembangkang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...