jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

19/12/2012

MELAYU JADI BALACI DALAM DAP


Kegagalan pemimpin Melayu dalam DAP memperolehi sebarang tempat dalam pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongress Kebangsaan DAP ke-16 tempohari menyerlahkan lagi betapa sikap perkauman masih menebal dikalangan ahli parti itu.
Pusinglah ikut mana pun, sudah terpampang depan mata rakyat, kewujudan DAP hanya untuk menjaga kepentingan orang Cina yang rasis. Itu hakikat yang tiada siapa mampu nafikan. 

Jelas sekali wujud perbezaan ketara dengan propaganda politik yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mendakwa parti itu memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan berjuang untuk kepentingan semua kaum.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika mengulas perkembangan tersebut pula tak semena-mena menyalahkan liputan meluas oleh media tempatan yang dituduhnya telah dengan sengaja memutar belitkan fakta untuk meniupkan sentimen perkauman.

Sebetulnya tiada pun sebarang putar belit atau pemesongan fakta. Media tempatan hanya melaporkan kebenaran dan Kit Siang sepatutnya sedar hakikat itu apabila melihat sendiri tiada seorang pun pemimpin Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam CEC.

Sekalipun Kit Siang bertegas mendakwa parti yang dimonopoli keluarganya itu tetap terbuka kepada semua serta keahliannya disertai pelbagai kaum, realiti semasa menunjukkan pembuat dasar parti hanya berlegar dikalangan orang Cina sahaja.

Rasanya Kit Siang yang pernah terpalit dengan agenda perkauman semasa tragedi 13 Mei 1969 itu belum lagi rabun atau buta kayu untuk melihat semula senarai nama pemenang untuk jawatan CEC hampir kesemuanya terdiri daripada nama-nama Cina kecuali dua tiga nama adalah India dan Sikh.

Nama Melayu? Satu haram pun tiada. Ini menunjukkan sememangnya benar kedudukan orang Melayu dalam DAP hanya sekadar layak untuk dibalacikan sahaja. Itu sahaja, tak lebih dan tak kurang.

Bagi DAP, orang Melayu tiada kelayakan untuk dipilih sebagai pemimpin parti dan imej kepelbagaian kaum parti itu yang cuba ditonjolkan selama ini hanyalah hipokrasi politik sekadar untuk mengumpan undi orang Melayu sahaja.

Benarlah bagai dikata oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP kononnya mengutamakan keadilan dan sama rata hanyalah retorik sahaja, sekadar cakap-cakap kosong untuk menyedapkan halwa telinga sahaja.

17/12/2012

Hilangnya Maruah Melayu dalam DAP


Pemilihan bagi Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) yang berakhir semalam menunjukkan kesemua calon-calon Melayu gagal dipilih untuk memenuhi 20 slot jawatankuasa tersebut hanya menunjukkan bertapa kuatnya semangat perkauman bagi DAP.
DAP telah ditubuhkan atas rasa angkuh dan sifat 'kiasu' mereka terhadap kaum Melayu. Ini adalah antara rahsia yang telah diketahui rakyat dimana DAP masih lagi menyemai semangat perkauman dari parti PAP di Singapura. Selagi semangat kiasu mereka masih membara, selagi itulah DAP tidak boleh dijadikan kawan, apatah lagi untuk memimpin rakyat.
Jadi, DAP adalah parti yang mengamalkan semangat perkauman. DAP adalah parti bagi kaum Cina dan untuk kaum Cina. Beberapa Singh dan India yang 'sesuai' diberikan jawatan khas bagi parti tersebut hanyalah 'hiasan' untuk menutup perjuangan mereka yang sebenarnya. Bagi Melayu DAP pula, kaum yang mempunyai hak untuk menghentikan semangat perkauman dari parti tersebut, tidak dibenarkan untuk bersuara.
Jika kita benar-benar lihat bagaimana DAP berfungsi, kita dapat lihat bahawa:
Kaum Cina tidak akan memberikan sebarang peluang mahupun penghargaan atas segala apa yang telah diberikan kepada mereka, jika mereka terpaksa berada di bawah. DAP lebih rela diketuai oleh pemimpin Cina yang bodoh, daripada terpaksa berkerja di bawah pemimpin Melayu yang lebih berpelajaran, berpengalaman dan bekerja keras.
Oleh itu, percayalah, tiada satu pun Cina DAP yang akan mengundi untuk mana-mana pemimpin Melayu.
Ahmad Ton, Naib Pengerusi DAP Johor adalah antara yang tidak diundi untuk memegang jawatan CEC dalam pemilihan baru-baru ini, adalah antara yang telah menyokong DAP berdekad lamanya - 36 tahun. Walaupun tidak dipilih, Ahmad Ton masih lagi percaya dengan slogan Malaysian-Malaysia DAP. 
Untuk 'menjaga hati' DAP, Ahmad Ton berkata bahawa kekalahannya mungkin berpunca daripada masalah angin ahmar yang dihidapinya dan juga perwakilan masih tidak dapat memahami konsep Malaysian-Malaysia. 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum Cina sememangnya kaum yang sentiasa bekerja keras, namun mereka tidaklah sepandai yang disangkakan. Sebab itulah mereka masih bermasalah untuk menguasai Bahasa Kebangsaan walaupun negara ini telah 55 tahun merdeka. Jadi, tidak dapat memahami konsep Malaysian-Malaysia sejak DAP ditubuhkan pada tahun 1966 adalah perkara biasa. 
Jika Ahmad Ton dikatakan telah memalukan bangsa melayu, bagaimana pula dengan Zulkifli Mohd Noor? Zulkifli menyalahkan Tunku Abdul Aziz atas kegagalannya untuk mengekalkan jawatan di CEC. Zulkifli berkata bahawa tindakan Tunku Aziz meninggalkan jawatan tersebut adalah sebab mengapa kuasa Melayu di DAP semakin menghilang.
Penulis pasti semua tertanya-tanya akan 'kuasa' Melayu di DAP. Sejak bila Melayu mempunyai sebarang kuasa di DAP?
Untuk meneruskan perjuangan bagi melihat kerajaan yang berfungsi dengan baik, Tunku Aziz akhirnya mulai sedar dan bertindak keluar dari DAP. Namun, Zulkifli dan Ahmad Ton, dan juga calon-calon Melayu DAP yang kalah seperti Dr. Ariffin S.M. Omar, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Sulaiman Syed Ibrahim, Roseli Abd. Ghani, Harun Ahmad dan juga Melayu DAP yang lain, tidak kisah untuk menjadi sampah kepada tuan-tuan kiasu mereka. 
Jika PAS dikatakan sebagai anjing kepada DAP, Melayu DAP pula dilihat sebagai anjing-anjing yang menjilat kaki DAP. Melayu DAP kini telah jatuh dan mereka masih mengorek untuk jatuh labih ke bawah.

24/11/2012

Jangan Biarkan Tangisan Gaza Berpanjangan

Ketika umat Islam bergembira dengan kedatangan awal Muharam, sekali lagi dunia di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun rejim Israel. Operasi yang dinamakan “Pillar of Defence” ini telah membunuh orang awam yang tidak berdosa. Sebenarnya kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering ditimbulkan dan mereka tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Keganasan mereka ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 155: yang bermaksud: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya."

Persoalan besar timbul ialah mengapa bangsa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?. Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap sebagai ‘pilihan Tuhan’, bangsa yang disayangi tuhan, halal membunuh orang yang bukan sebangsa Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada negara kuasa besar dan beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Merasa kesal dengan beberapa negara yang lantang menyuarakan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya, tetapi tidak berlaku adil dan  berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak barat tetapi mereka tidak mengiktiraf  kedudukan rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Menurut pandangan seorang ulama  apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi. Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah. Sifat keji bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78 yang bermaksud: Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Kita amat kesal dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang. Kita mengecam sekeras-kerasnya serangan ini dan berpendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sebarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza. Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama  kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama umat Islam. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili merupakan ulama terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut.
Justeru itu, seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan mereka. Bantuan kepada mereka boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara Palestin. Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut atas dasar persaudaraan dan umat seagama kita. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat .

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk kita mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana mereka kerajaan yang kebal, berada diatas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Mereka juga memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat, namun sebagai orang yang beriman, kita mesti percaya bahawa dengan kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat  puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.
Oleh itu, marilah sama seluruh umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Jangan kita biarkan bumi Palestin dinodai.  Rakyat Palestin berhujankan peluru, bermandikan darah dan jangan kita biarkan tangisan Gaza ini berpanjangan. Semuga Allah SWT merestui segala usaha yang  kita  lakukan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah Ali- Imran ayat 160 yang bermaksud:Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.

22/11/2012

DAP boleh terima ISlam


Kabilah Bani Lim Terima Islam? – Hadi Awang

Kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.
Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR.  Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.

Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa ‘syok’ atau seronok juga dengan idea itu.   Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam.   Katanya, “Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri.  Syok juga sepintas lalu.  Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.”

Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara.Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat
kemenangan.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim.  Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP.

Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut.   Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah ‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Anwar’ belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah
negara.

Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?  Tanpa klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekaligus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam.   Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.  Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling  berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya. Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar.

Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang?   Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan?

Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.   Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam.

PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam.   Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata.  Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab.  Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan.

Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya.  Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.

Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi.   Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah.

Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang.  Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi
Raja-raja Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...