jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/05/2013

Dakwa Lagi Peserta Himpunan Blackout


6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap hari ini telah tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan.  Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000. 


6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong, Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor.  


Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati.  Ramai yang ingin melihat ‘ikan yang lebih besar’ ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya ‘lekat di celah gigi’ yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa.  

Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan.   Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’.  

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia.  Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.   

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya.   Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13.  

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju.  Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan.  Keduanya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara.  

Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah.  

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi.  Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara.  

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini.  

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya.   

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan.  Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri.  

29/05/2013

Demo Anwar Di Tolak Parti Islam

Anwar Ibrahim semakin hilang arah dan kepenatan apabila usahanya memancing simpati rakyat untuk menolak keputusan Pilihan Raya 2023 sekali gus menimbulkan huru-hara di jalanan bagi menggulingkan kerajaan tidak mendapat restu sekutu parti komponennya.

Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan, menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.

Perkara itu ada perbezaannya, iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan PAS jelasnya tidak sepakat, sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.

PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan.

Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu.

Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.

"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.

Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan.

"Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan.

Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan.

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.

Paling menarik, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.

Nampaknya, Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Haji Hadi Pula Di Hina


Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

28/05/2013

Anwar Mahu Dedehkan Pengundi Hantu


Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu.  Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri.  

Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.   Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.   

Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh. 

Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.   

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu.  Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.  Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada.   Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.  

Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.  Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.  Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.   

Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.   

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.  

Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.   Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.  

Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu.  

Lebih penting, di manakah mereka sekarang?  Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia?  

Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.   Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini?   Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ?   Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku? 

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir.  Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.  

22/05/2013

Nik Aziz Di Telanjangkan

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.
Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas, besi dan sebagainya. Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri.

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata. 

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob, apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi. Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula, jelas  ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob, barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun, banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender, malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati.

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan, namun sebagai MB Kelantan yang baru, Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit, mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

21/05/2013

Shah Alam Dapat GRO


Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi.

Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut.

Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum.

Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.

Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam.

DAP Takut Kebangkitan Melayu


Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.  

PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.   Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan.  Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.  

Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.  Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.  

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.  PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.   UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.   Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.  

Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.  

Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.  Di kala pemimpin DAP yang menang PRU  sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.   

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.  

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.   Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.  

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.  

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.   

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.  Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.  

Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.  

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?  

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.   

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.  

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’?  Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.  Ada berani? 

20/05/2013

Lim Kit Siang Robek Luka Lama

DAP memang terkenal sebagai sebuah parti politik paling rasis di Malaysia atau menurut penganalisa politik, Dr Ridhuan Tee sebuah parti ‘Ultra Kiasu’ yang begitu tebal semangat kecinaan sejak penubuhannya pada tahun 1964. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengatakan sehingga ke hari ini, celaka bernama Lim Kit Siang tidak pernah memohon maaf kepada orang Islam terutamanya orang Melayu.

Ini kerana menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti rasis DAP itu, supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud ‘Mati Melayu’. Perkara ini terjadi pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.

Bekas ahli parlimen, Kulim Bandar Baru itu mengatakan, sudah 44 tahun berlalu, namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP.

“Kalau benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini, mereka perlu mohon maaf. Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik politik untuk mendapat undi sahaja” tambah beliau lagi.

Mereka tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam rusuhan 13 Mei itu. DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu. Malah mereka sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan.

Ia bukan merupakan perkara baru, tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu. Paling menarik, rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.

Umno perlu memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. Umno tidak boleh mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno. Orang Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.

Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi cita-cita peribadi mereka. Umno perlu lakukan perubahan besar dan drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan yang di peroleh sekarang, ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.

Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah, bersih, kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu. Jika tidak ada sebarang perubahan, orang Melayu akan menolak Umno di dalam pilihan raya akan datang.

Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang

Kecewa Kerana Anwar Mungkir Janji

Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.

Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).

"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.

Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.

“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.

Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.

Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.

Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.

Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.

Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.

17/05/2013

PRU14 Pakatan Bawa Haluan Sendiri

Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.

Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.

Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan.

Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza.

Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.

Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.

Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama.

Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Lepas Tangan Nik Nazmi Jadi Mangsa

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar. 

16/05/2013

BN Perlu Teruskan Khidmatnya, Biarkan Pembangkan Dengan Politik Kotornya

PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.

Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.

Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.

Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.

Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.

Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua?

Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.

Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?

Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Pemimpin Pembangkang Dengan Rasuahnya


Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.

Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan. 

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.

Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno.

Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas.

Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.

Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara. 

Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata.

Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing. 

Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.

15/05/2013

Bersedialah Anwar ke Tali Gantung?


Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.

Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.

Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.

SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini.

Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.

Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut, maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.

Mahkamahlah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut, mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.

Jika sebaliknya berlaku, petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.

Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.

Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.

Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya, Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.

Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.

Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.

Peserta Himpunan 505 Mangsa Buli Anwar Ibrahim

Himpunan membantah PRU-13 yang diberi nama ‘Himpunan 505’ terus berjalan walaupun calon-calon yang menang telah pun mula masuk ke pejabat untuk bekerja.   Himpunan yang disertai oleh majoriti Cina ini turut mengadakan ‘Silent Walk’ atau berjalan senyap dengan berbaju hitam konon berkabung atas kematian demokrasi di Malaysia. 
Jelas sekali anak-anak muda Cina ini bukanlah dari golongan yang bijak.  Mereka tidak tahu apa itu demokrasi, mereka tidak tahu apa itu ideologi, mereka tidak tahu sistem pilihanraya, undang-undang, perlembagaan dan apa-apa jua.  
Kejahilan mereka ini membuatkan kita tertanya-tanya mengenai apakah yang diajar sekolah-sekolah vernakular Cina selain sikap perkauman?  
Jika inilah produk sekolah vernakular, apakah layak kaum Cina mempersoalkan kualiti sekolah kebangsaan? 
Kaum Cina sentiasa menganggap mereka lebih bijak dari Melayu tetapi sebenarnya anggapan itu salah.  Melayu cukup bijak malah jauh lebih bijak dari kaum Cina sekiranya mereka memilih untuk menjadi bijak. 
Ramai dari golongan tua Cina sebenarnya cukup maklum akan hal ini kerana itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan peluang untuk kaum Melayu maju, dihadkan.   Mereka bimbang sekiranya kaum mereka pula yang ketinggalan di belakang.  Perlu diingatkan bahawa kaum Cina tidak mempunyai pemikiran seperti Melayu yang santai, enggan bersusah payah dan bahagia asalkan selesa.  Sifat semulajadi kaum Cina itu ialah suka bersaing dan amat takut kalah. 
Pengasingan anak-anak Cina dari kaum lain di peringkat sekolah membuatkan daya pemikiran mereka dengan sendirinya menjadi sehala serta terhad sehingga akhirnya membentuk produk yang tidak berkualiti.   Akibatnya, mereka mudah dipengaruhi dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu. 
Hari ini, kita melihat bagaimana mudahnya Anwar Ibrahim memperalatkan anak-anak muda produk sekolah vernakular yang lemah pemikiran ini dengan mengheret mereka ke dalam drama pemberontakan yang dirancangnya sekian lama.  Beliau menyogokkan ilusi kononnya rakyat, terutama kaum Cina telah dinafikan hak di bumi Malaysia dan kononnya mereka berhak mendapat lebih lagi dan akan mendapatkannya sekiranya beliau memerintah. 
Hakikatnya, kita semua tahu bahawa anak-anak Cina ini bukannya menyokong sangat Anwar Ibrahim.  Mereka tahu bahawa Anwar hanya diperlukan untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri untuk DAP.   Anwar hanya perlu duduk di kerusi itu sebentar sahaja, sementara membolehkan ia ‘ditukar-milik’ kepada DAP.   
Sangka anak-anak Cina ini, mereka tentulah bijak kerana berjaya mempergunakan Anwar. 
Apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan kerusi itu.  Untuk apa beliau mengheret mereka ke perhimpunan demi perhimpunan dengan ucapan-ucapan yang semakin hari semakin ganas menghasut dan menaikkan kemarahan mereka?   Untuk apa?  Sedangkan rakan-rakan seperjuangannya yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja? 
Anwar sebenarnya sengaja mencabar kerajaan dan Yang DiPertuan Agong secara terbuka.  Tujuannya adalah untuk mengumpan pihak berkuasa agar menangkapnya agar anak-anak Cina yang telah ‘dirasuk’ itu akan marah dan membuat kecoh.   
Dalam kata lain, anak-anak Cina peserta himpunan itulah benteng, senjata dan sasaran dalam pertembungan dengan pihak berkuasa.   Bayangkan, kecederaan atau kematian walau seorang sahaja anak Cina dalam pertembungan itu pasti akan menaikkan kemarahan rakan-rakannya serta kaum Cina keseluruhannya.  Ia kemudiannya akan digembar-gemburkan sebagai kekejaman polis dan seterusnya perkauman. 
Dalam sekelip mata sahaja, pemberontakan dan pertembungan antara kaum akan merebak sebelum anak-anak Cina itu sedar yang mereka telah terperangkap dalam satu permainan yang merbahaya.  
Inilah yang Anwar mahu iaitu mencetuskan anarki sehingga ia menjadi berita gempar ke seluruh dunia.  Berita ini kemudiannya akan dijadikan alasan untuk Anwar memohon bantuan asing, menjatuhkan kerajaan dan akhirnya melantik diri sebagai Perdana Menteri sebelum terpaksa melepaskan jawatan itu kepada DAP. 
Apapun, tidak mustahil juga yang anak-anak Cina itu sebenarnya cukup tahu akan strategi Anwar dan mereka sendiri rela menjadi kamikaze demi perjuangan ke arah Ketuanan Cina di Malaysia. 
Jika benar mereka adalah ‘pejuang yang sedar dan rela’, maka sekiranya anarki benar-benar berlaku, pihak berkuasa wajib dan berhak untuk melayan mereka sebagai pemberontak dan bukannya rakyat yang tidak bersalah. 

14/05/2013

Melayu Islam Hanya Menumpang Dalam PR

Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.

Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.

Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.

Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

13/05/2013

Kebebasan Media di Sekat BERSIH

Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH baru-baru ini menyeru rakyat agar memboikot akhbar-akhbar perdana iaitu New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian selama sebulan. Beliau juga menyeru agar rakyat memakai baju hitam sepanjang sebulan bagi menunjukkan protes terhadap keputusan PRU-13.

Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih. Untuk itu, beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti. Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia, melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu. Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada, yang mana memastikan pengundian berjalan lancar, sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira.

Malangnya, Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu. Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BN lah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT.

Oleh kerana tidak mampu menjadikan sistem dakwat kekal sebagai modal utama untuk menjustifikasi sebarang bantahan, maka Ambiga menuduh adanya pengundi hantu dan juga penipuan ketika kiraan undi iaitu apabila berlaku gangguan elektrik. Tuduhan ini sudah disebarkan secara meluas dan giat di laman-laman sosial bagi membentuk persepsi yang kuat di kalangan rakyat bahawa PRU-13 tidak bersih.

Walaubagaimanapun, Ambiga mendapati bahawa usaha untuk membentuk persepsi ini tidak semudah yang disangka apabila akhbar-akhbar perdana berjaya menepisnya dengan melaporkan kebenaran dan juga penjelasan, termasuk bukti. Sedangkan apa yang dimomokkan Ambiga hanyalah tuduhan tanpa bukti.

Dengan mendesak agar akhbar-akhbar ini diboikot, Ambiga sebenarnya telah mengesahkan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut adalah benar dan beliaulah yang sebenarnya menipu. Dan Ambiga tidak mahu rakyat menerima maklumat yang benar dan ingin mereka terus disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja.

Lagipun, jika laporan akhbar-akhbar itu tidak benar, tentu Ambiga telah pun mengemukakan saman serta hujah balas. Namun, ini tidak berlaku, Ambiga tidak mampu memberi bukti dan hujah balas atau mengambil tindakan saman ke atas akhbar jauh sekali SPR.

Sebaliknya, Ambiga hanya bermain di atas 'permukaan', membuat tuduhan rambang dan rawak bagi menyebarkan persepsi. Ambiga tidak mampu memberitahu secara spesifik di mana berlakunya penipuan, siapa dan berapa ramai yang terlibat, tempoh dan masa tepat penipuan berlaku, mahupun bagaimana penipuan itu berlaku secara terperinci.

Sedangkan, tanpa semua maklumat ini, bagaimana Ambiga boleh mengesahkan bahawa penipuan benar-benar berlaku?

Bagaimana seorang peguam seperti Ambiga berbuat sesuatu yang tidak bertepatan dengan perjalanan undang-undang?

Bagaimana seorang pejuang demokrasi seperti Ambiga menentang keputusan demokrasi?

Bagaimana seorang pejuang hak kebebasan bersuara seperti Ambiga menyeru rakyat agar memboikot, sekali gus menyekat hak kebebasan akhbar?

Jelas, hujah dan tindakan Ambiga bukanlah hujah seorang pejuang kebenaran, tetapi hujah seorang seorang yang mempunyai agenda jahat yang sengaja ingin memburukkan SPR dan kerajaan. Ia juga bukan hujah seorang pejuang hak asasi dan kebebasan, tetapi hujah seorang hipokrit dan pengkhianat yang paling hodoh dalam sejarah kemanusiaan.

Jika beginilah cara Ambiga menangani ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan PRU-13, maka Ambiga wajar berhenti mendabik dada sebagai seorang pejuang apa-apa jua hak pun. Mengaku sajalah diri itu sebagai seorang agen pertukaran rejim, dan berjuanglah atas platform yang sebenar. Tidak perlu menyamar dan berlakon lagi, kerana segala-galanya sudah terserlah.

Sent from my BlackBerry® smartphone

11/05/2013

Kaum Cina Perlu Dalam Kabinet

UMNO, MCA dan MIC adalah tiga parti komponen utama di dalam Barisan Nasional yang sering ditohmah sebagai rasis kerana ditubuh berasaskan kaum. Pembangkang pula, terutama DAP sebaliknya sering mendabik dada sebagai tidak rasis kerana merupakan parti berbagai kaum.

Namun begitu, DAP yang konon parti berbagai kaum itu memperlihatkan satu trend yang tersangat rasis di mana hampir tiada kaum lain dalam kepimpinan tertinggi di dalam parti mahupun di dalam pemerintahan negeri selain kaum Cina. Jika ada pun, sebagai wakil atau sebagai syarat dan sebagai penyamaran sahaja bagi menutup sifat parti itu mereka. Individu yang dilantik sebagai wakil kaum lain itu pula pastinya bukan individu yang signifikan atau yang mempunyai sifat kepimpinan, tetapi lebih sebagai pak turut sahaja.

Lebih dahsyat, DAP sanggup melantik seorang Cina yang bernama Melayu iaitu Zairil Khir Johari, untuk mewakili kaum Melayu di dalam parti itu. Hakikat bahawa beliau adalah 100% Cina dari segi darah keturunan mahupun jiwanya, langsung tidak diambil kira oleh DAP.

Ini amatlah berbeza dengan BN yang memberi ruang kepada semua kaum untuk memilih sendiri pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih di dalam UMNO, MCA dan MIC semestinya yang diiktiraf oleh kaum sendiri sebagai mempunyai sifat kepimpinan. UMNO sebagai parti utama tidak pernah masuk campur dalam urusan rakan-rakan komponennya bagi memastikan mereka yang dilantik itu benar-benar mampu memperjuangkan kaum masing-masing dan bukannya seorang 'pak turut' sepertimana yang dilakukan oleh DAP.

Namun begitu, nampaknya ramai dari kaum Cina yang teruja dengan 'idea' Ketuanan Cina yang di promosikan oleh DAP. Mereka percaya yang mereka akan lebih bahagia dan gembira atau 'untung besar' jika bersama dengan parti itu.

Fikir mereka, untuk apa berkongsi kuasa dengan kaum lain di dalam BN jika kaum mereka boleh berkuasa mutlak di bawah DAP?

Malangnya, cita-cita untuk berkuasa mutlak tidak tercapai walaupun berbagai strategi telah dilakukan untuk memastikan rakyat membenci Barisan Nasional. Malah provokasi di hari pengundian konon terdapat penipuan dan pengundi hantu juga tidak mampu membawa hasil yang signifikan selain kekecohan di laman-laman sosial sahaja.

Akhirnya, kaum Cina kini terpinggir dari kuasa pemerintahan. Dengan 97% menolak kerajaan dan hanya 3% yang menyokong maka kekuatan mereka juga tinggal 3% sahaja.

Di masa yang sama, 38 kerusi DAP juga tidak layak dan tidak berhak bercakap mengenai ketelusan, korupsi dan sifat perkauman UMNO lagi. Ini kerana DAP tidak boleh lari dari hakikat bahawa parti mereka telah menipu dalam pemilihan CEC, mahupun hakikat bahawa mereka telah dengan sengaja menghasut dan melebarkan lagi jurang antara kaum di negara ini.

Apa yang konon diperjuangkan oleh DAP di parlimen selama ini hanyalah hipokrasi tertinggi.

Sudah terlalu jelas bahawa perjuangan mereka bukan untuk ketelusan atau keadilan. Ianya terbukti apabila kaum Cina telah mengundi semata-mata atas faktor kaum, tiada alasan lain lagi.

Pun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang matang, kepimpinan BN cukup faham bahawa suara kaum lain termasuk Cina yang hampir 100% menolak BN juga, tidak boleh diketepikan terus. 3% yang menyokong BN masih wajar diberi perhatian sebaiknya. BN bukan sebuah kerajaan yang zalim atau kejam sepertimana yang dimomokkan pembangkang. BN yang diterajui UMNO juga bukan rasis seperti yang dituduh pembangkang. Malah sebagai sebuah negara Islam, BN wajib berlaku adil kepada semua kaum.

Oleh itu, kita pasti kepimpinan BN akan tetap memberi ruang kepada kaum Cina di dalam pemerintahan. Cumanya, ruang itu tidak lagi akan seluas dahulu tetapi cukup sekadar memenuhi 3% sokongan yang diberikan oleh mereka kepada kerajaan.

Ini bukan sebagai satu pengajaran kepada kaum Cina, mahupun satu kelemahan di pihak kerajaan kerana masih memberi ruang kepada mereka. Tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat dan negara, tanpa mendedahkan diri untuk ditikam dari belakang sekali lagi.

Sent from my BlackBerry® smartphone

10/05/2013

SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu

SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu

Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.

Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.

Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara.

Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor Perlu Di Bubarkan


Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan semalam di Stadium Kelana Jaya.  Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang. 
Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak.  Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.  
Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu.  Kita yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini.  Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya.   Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran. 
Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang. 
Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu.   Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar. 
Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor.  Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja? 
Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh.  Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.  
Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi.  Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter. 
Namun, apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas.  Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.  
Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta.  Bantahan rasmi pula langsung tidak ada.  Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi. 
Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti.   Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum.  Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin.  Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta. 
Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal.  Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...