jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

04/05/2013

Kakitangan Awam Perlu Ingat Penghinaan Pembangkang


KLUANG, 3 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday meminta agar 1.4 juta kakitangan awam berfikir secara bijak menjelang hari mengundi pada 5 Mei ini bagi menentukan parti apakah yang bakal menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 nanti.

Ujarnya, beliau yakin, kakitangan awam secara keseluruhannya teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kepentingan rakyat termasukalah kakitangan awam. Kerana itu setiap kali pembentangan bajet, kakitangan awam tidak pernah dilupakan. Ini jauh berbeza dengan sikap pembangkang yang belum apa-apa sudah menghina kakitangan awam.
“Sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan, seharusnya kakitangan awam lebih mengatahui bagaimana kerajaan di bawah pimpinan BN sentiasa menjaga kebaikan mereka.
“Adalah tidak patut sekiranya mereka terpengaruh dan mahu menukar kerajaan sedia ada. Harus diingat, sekiranya kerajaan ditukar, masa hadapan mereka juga akan terjejas. Jangan percaya dengan sentimen sama rata yang dipermainkan oleh pembangkang kerana kerajaan BN mengamalkan kesaksamaan dan adil. Kesaksamaan dan sama rata adalah berbeza,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, lagi, pembangkang sudah terang-terangan menghina penjawat awam.
“Calon PKR Parlimen Johor Bharu, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein hina penjawat awam umpama kera,  Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua juga pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mereka berkuasa. Naib Pengerusi baharu DAP, Senator Dr Ariffin S M Omar pula cakap rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.
“Ini semua membuktikan bahawa penjawat awam dipandang sebelah mata oleh pembangkang. Adakah penjawat awam sanggup memperjudikan masa hadapan untuk pemimpin seperti ini?” jelasnya lagi.
Jais yang juga merupakan calon BN bagi kerusi DUN Mahkota menegaskan, apa yang kerajaan BN lakukan selama ini adalah yang terbaik bukan sahaja untuk kakitangan awam tetapi juga untuk semua rakyat di negara ini.
Tambah Jais lagi, pembangkang menghina penjawat awam sebenarnya adalah bertujuan mencetus api perkauman.
“Bukan saya mahu mengetengahkan sentimen perkauman tetapi inilah kenyataanya. Di kawasan saya Kluang, DAP dalam ceramah mereka bukan sahaja memainkan sentimen bencikan kerajaan malah turut memainkan sentimen membenci kaum lain.
“Jadi saya berharap, penjawat awam fikir-fikirkanlah. Jangan terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang hanya mahu memperalatkan rakyat demi mencapai hasrat mereka. Jangan perjudikan kenikmatan yang kita perolehi sekarang ini semata-mata untuk sesuatu yang tidak pasti,” jelasnya lagi. – MediaUMNO.

Oleh : Azlina Rosdy


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...