jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

03/05/2013

Sumpah Laknat Kedua Saiful Bukhari Di Hadapan Kaabah

Setelah bersumpah laknat buat kali pertama di Masjid Wilayah KL, Saiful Bukhari Azlan telah membuat sumpah laknat kedua di hadapan Kaabah, Mekah. Walaupun beliau dicerca dan dihina oleh pencacai-pencacai Anwar, sumpah laknat beliau setahun yang lalu di hadapan Kaabah telah jelas menunjukkan beliau dipihak yang benar.

Dalam rakaman video hampir dua minit itu, Mohd. Saiful yang berjubah putih menghampiri kawasan Multazam dan melafazkan : ''Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah atas nama Allah, di depan Baitullah ini bahawa dakwaan saya yang telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu adalah benar. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab dan laknat serta kutukan daripada Allah hingga akhirat.''

''Sumpah laknat saya di depan Baitullah ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan sebagai seorang muslim dalam episod saya menegakkan kebenaran dan lafaz sumpah ini bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

''Dari segi nasihat yang saya terima daripada golongan ulama, mereka kata amatlah besar kesan dan akibatnya jika itu satu dusta. Saya sudah dua kali bersumpah laknat, namun Anwar masih lagi enggan berbuat demikian,'' tegasnya.

Bukan mudah untuk melakukan hal yang sedemikian, lebih-lebih lagi dihadapan tempat yang begitu suci bagi penganut agama Islam. Bukan mahu mengaibkan sesiapa, tetapi pendedahan video sumpah oleh Saiful itu hanya bertujuan untuk membersihkan imej keluarga yang tercemar disebabkan Anwar.

Bapa beliau juga telah menarik balik permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluar dari PKR. Azlan Mohd Lazim mengakui kejadian liwat di antara Anwar dan anak beliau bukan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang itu.

Azlan turut menarik semula kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh beberapa pihak untuk memfitnah Anwar. Azlan meminta maaf kepada seluruh keluarga beliau terutamanya kepada Saiful kerana telah mengkhianati perjuangan anaknya itu.

Beliau turut berharap, tindakan beliau ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul akibat kenyataannya sebelum ini. Azlan turut mengumumkan secara rasmi, keluar daripada menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta dan tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik.

Pendedahan bapa Saiful bahawa beliau dibayar RM3 juta menunjukkan Anwar Ibrahim memang seorang peliwat dan penipu. Datuk Johari Abdul yang berlagak bijak terus menafikan Azlan merupakan ahli PKR dan mendakwa permohonan keahliannya belum lagi diluluskan.

Ini adalah antara paling bodoh sekali. Bagaimana seseorang disambut sebagai wira ketika menghantar borang permohonan tiba-tiba bila seseorang itu keluar parti menyatakan keahlian belum diluluskan lagi.

Bagaimana pula dengan Jeneral Hashim yang menjadi calon PKR Johor Bahru? Adakah keahlian beliau sebagai ahli PKR sudah diluluskan sedangkan beliau masuk lebih lewat daripada Azlan. Malang sekali masih ada yang lebih mempercayai seorang yang enggan bersumpah daripada seorang yang telah bersumpah dua kali termasuk di hadapan Rumah Allah.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...