jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

22/05/2013

Nik Aziz Di Telanjangkan

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.
Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas, besi dan sebagainya. Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri.

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata. 

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob, apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi. Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula, jelas  ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob, barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun, banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender, malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati.

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan, namun sebagai MB Kelantan yang baru, Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit, mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

21/05/2013

Shah Alam Dapat GRO


Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi.

Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut.

Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum.

Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.

Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam.

DAP Takut Kebangkitan Melayu


Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.  

PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.   Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan.  Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.  

Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.  Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.  

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.  PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.   UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.   Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.  

Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.  

Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.  Di kala pemimpin DAP yang menang PRU  sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.   

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.  

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.   Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.  

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.  

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.   

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.  Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.  

Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.  

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?  

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.   

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.  

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’?  Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.  Ada berani? 

20/05/2013

Lim Kit Siang Robek Luka Lama

DAP memang terkenal sebagai sebuah parti politik paling rasis di Malaysia atau menurut penganalisa politik, Dr Ridhuan Tee sebuah parti ‘Ultra Kiasu’ yang begitu tebal semangat kecinaan sejak penubuhannya pada tahun 1964. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengatakan sehingga ke hari ini, celaka bernama Lim Kit Siang tidak pernah memohon maaf kepada orang Islam terutamanya orang Melayu.

Ini kerana menurut beliau, kita sebagai orang Melayu seharusnya mendesak pasti rasis DAP itu, supaya meminta maaf kerana berkempen dengan menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud ‘Mati Melayu’. Perkara ini terjadi pada tahun 1969 yang sekali gus telah mencetuskan rusuhan kaum yang terburuk pernah terjadi di dalam negara kita.

Bekas ahli parlimen, Kulim Bandar Baru itu mengatakan, sudah 44 tahun berlalu, namun sehingga kini kita masih belum mendengar lagi ungkapan maaf yang dibuat secara terbuka kepada rakyat Malaysia daripada DAP ataupun Kit Siang yang pada ketika itu merupakan ketua pemuda DAP.

“Kalau benar mereka dengan ikhlas mahukan perpaduan di dalam negara ini, mereka perlu mohon maaf. Jika tidak mereka hanya terus bermain dengan retorik politik untuk mendapat undi sahaja” tambah beliau lagi.

Mereka tidak boleh menafikan tidak terlibat begitu sahaja. Ianya terdapat dalam laporan Mageran yang dengan jelas menunjukkan mereka terlibat dalam rusuhan 13 Mei itu. DAP yang rasis itu tidak akan pernah insaf atau menyesali apa yang pernah mereka lakukan suatu ketika dulu. Malah mereka sudah semakin biadap apabila memanggil Perdana Menteri sebagai syaitan.

Ia bukan merupakan perkara baru, tetapi ia juga pernah dibangkitkan dan dibahaskan di dalam parlimen beberapa tahun yang lalu. Paling menarik, rakan sekutu mereka Pas dan PKR hanya mampu berdiam diri seolah-olah mengakui kebenaran perkara yang dibentangkan itu.

Umno perlu memperkukuhkan asas Umno itu iaitu Islam dan Melayu. Umno tidak boleh mentafsir sokongan Melayu yang diterima oleh BN adalah untuk Umno. Orang Melayu sekarang mempunyai rasa takut sekiranya DAP atau Anwar Ibrahim naik memerintah negara sebab itu mereka mengundi BN.

Sebahagian besar rakyat Malaysia sudah sedar betapa bahayanya negara sekiranya ditadbir oleh mereka yang hanya mahu sekadar mendapat kuasa dan memenuhi cita-cita peribadi mereka. Umno perlu lakukan perubahan besar dan drastik untuk terus kekal relevan. Jika Umno terpedaya dengan sokongan yang di peroleh sekarang, ianya adalah satu permulaan yang tidak baik.

Orang Melayu mahu melihat pimpinan Melayu yang tidak rasuah, bersih, kukuh dan mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat Melayu. Jika tidak ada sebarang perubahan, orang Melayu akan menolak Umno di dalam pilihan raya akan datang.

Wajib bagi kita cari jalan untuk menyatukan parti-parti Melayu Islam untuk terus membela nasib Melayu Islam di masa akan datang

Kecewa Kerana Anwar Mungkir Janji

Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.

Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).

"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.

Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.

“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.

Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.

Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.

Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.

Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.

Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.

17/05/2013

PRU14 Pakatan Bawa Haluan Sendiri

Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.

Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.

Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan.

Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza.

Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.

Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.

Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama.

Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Anwar Lepas Tangan Nik Nazmi Jadi Mangsa

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...