jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

27/06/2012

Kisah Benar: Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terbantut Kerana Reformasi 1998


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".

Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu. Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

Walaupun selepas kejatuhan Suharto, program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.

Manakala ramai golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina Indonesia pula masih ramai yang bermastautin di luar negara gara-gara bimbang peristiwa pembantaian dan keganasan terhadap orang Cina atau Tionghoa pada Mei 1998 berulang kembali.

Dalam pada itu, kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi oleh para mahasiswa Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar juga meluahkan nada kekecewaan yang hampir sama.

Menurut mereka, "masalah KKN di Indonesia masih bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke mahkamah tapi tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti kegagalan reformasi".

Jika pada 14 tahun lalu rakan-rakan mereka berbangga seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah pemerintahan secara kekuatan jalanan yang meragut banyak nyawa.

Kini mereka berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan kejayaan 14 tahun lalu, sebaliknya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kekecewaan lampau.

Akhirnya, nyawa-nyawa yang melayang dalam pelbagai peristiwa semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia menjadi sia-sia begitu sahaja. Sekali lagi terbukti, kekerasan dan keganasan jalanan tidak pernah merealisasikan perubahan yang lebih baik.

Justeru, kita di Malaysia harus cepat membuka mata dan peka dengan apa yang berlaku di seberang supaya kegagalan di sana tidak berlaku di sini.

Terbukti, reformasi yang diceduk dari Indonesia yang memberi aspirasi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak sesuai untuk dibiakkan di Malaysia.

Dan yang paling penting, sebagai rakyat yang rasional kita perlu mengutamakan keharmonian kaum agar pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Indonesia akibat rasa tidak puashati orang Melayu kerana perbezaan pendapat sessama mereka tidak merebak ke sini suatu hari nanti.

http://www.youtube.com/watch?v=kwcTUX3XPxg

SUARAM, Biarlah Altantuya Bersemadi Dengan Tenang


Sekali menipu, selamanya penipu.  Itulah SUARAM.  

SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah.  Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi.

Kita tahu bahawa SUARAM telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan, malah melucukan.  Contohnya, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet.

Tetapi, bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah:  Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006.

Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini – iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri?

SUARAM mungkin sedikit panik dalam usaha mereka untuk meyakinkan orang ramai di ketika kredibiliti mereka sendiri telah hancur lebur.

Penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM.  Dan seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS, Mr. Fredric Faura, semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Mungkin SUARAM cuba untuk mencabar pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas mereka dengan harapan ia boleh digunakan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan benar-benar mempunyai rahsia yang perlu ditutup dalam kes ini.

Tetapi kerajaan Malaysia bukanlah bodoh, begitu juga kerajaan dan pihak berkuasa Perancis, termasuk hakim, polis dan pegawai imigresen mereka.

Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya.  Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Malaysiakini.   Mungkinkah mendiang telah ‘terbang secara ghaib’ dan ‘menjelma’ di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Malaysiakini.  Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali.

Justeru, SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit.

Sebenarnya, ramai yang berminat untuk mendengar cerita SUARAM seterusnya kerana ia agak menyeronokkan melihat bagaimana kisah ini dibelit, diterbalikkan, dipusing sebelum tertepek kembali ke muka SUARAM.  

Namun, secara rasionalnya, kita menasihatkan SUARAM agar berhentilah membodohkan diri sendiri.  Kita menasihati sedemikian bukanlah kerana kita merasa kasihan kepada SUARAM, tetapi bukankah sudah sampai masanya kita membiarkan Altantuya bersemadi dengan tenang?

Jika apa yang SUARAM katakan adalah benar iaitu terdapat sesuatu yang ‘pelik’ dalam urusniaga kapal selam, maka biarlah mahkamah Perancis menentukannya.  Tidak perlu sebarang publisiti murah bagi sesuatu yang sedang di dalam siasatan.

Kecualilah jika apa yang dikatakan ‘pelik’ itu tidak berlaku dan SUARAM memang sengaja mencari publisiti murah dan bodoh yang disangkanya dapat memberi sedikit keuntungan politik kepada pihak pembangkang.

Anwar Dan Kisah Tauke Judi Lumba Kuda


SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung .  Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya.  Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam.  Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.

Maknanya disitu, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan.  Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu.  Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini?  Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini.  Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca.  Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya.  Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini.  Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini.  Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

API REFORMASI DI INDONESIA MELANDA DI MALAYSIA


Api Reformasi Di Indonesia Sudah Menyala Di Malaysia?

Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.
Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.
Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.
Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).
Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.
Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.
Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.
Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.
Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.
Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.
Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.
Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.
Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.
Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.
Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.
Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.
Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.
Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.
Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.
Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia?
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=35093

Malaysiakini Mempromosi Perkauman


Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.  Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.” 

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.  Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.  Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.  Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.  Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.  Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.  Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.  Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.  ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh  mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf?  Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh?  Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam?  Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.  Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.  Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’.  Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.    

Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?


Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?


Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat.  Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya.  Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama.   Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat.  Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut. 

Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.  

Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka.  Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.  

Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah.  Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.  

Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku.  Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.

Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.  

Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.  

Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita.  Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?

Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.  

Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem.  Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.  

Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka.  Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.  

Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai ‘trend’.  Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa.   Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut.  

Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut ‘trend’.   

Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.  

Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa.  Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.  Tanpa kita  memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…

Akaun RM 3 billion, Siapa Anwar Nak Salahkan?


DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar.  Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai  akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.

Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang ‘ramai’, maka orang yang terlibat pun ramailah juga.  Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah ‘orang-orang besar’ (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain.  Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)

Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut.  Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.

Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh.  Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza.. 

Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.

Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini.  Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.

Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan)  dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).

Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.  

Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya.  Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban.  Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.

Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.

Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang.  Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.

Semoga Allah swt merestui kita semua.

25/06/2012

SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCOPRPENE


Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.

PAS Dijangka Menang 20 kerusi Parlimen, Nasib Hudud?...


Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.

PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.

Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen.

Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut.

Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.

Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.

Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.

DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.

Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai.

Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.

Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.

Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.

Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.

Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.


Scorpene:  Tiada Rakyat Malaysia diSapina – Kedutaan Perancis

SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion!  Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan.  Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.  Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.  PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM  kerana perlu terus menipu.

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.  Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.  Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.  Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.  Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan.  Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.

Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.  

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan.  Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.  Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.  Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.  Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.  Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.  Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas.   Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.  Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.”

Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.  

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.   Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.  Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.  Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.  Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.  

Singapura Kurang Ajar!


Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.  Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri.  Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.  

Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka.  Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini.   Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara.  Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan.   Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas.  Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh.   Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel.   Beliau menulis, “misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya.  Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya negara ini.  Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia.  Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A.  Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam.  Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini.   Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.  

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini.  Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang


Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi


Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya.

Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?


Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.  

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi.  Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”.

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega.  Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet.  Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan.  Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara.  Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya.  Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali.  Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan.  Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini.  Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar.  Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya

Sepina: Suaram Penipu Nombor 1 Di Malaysia


SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat

Rafizi Minta Anwar Pujuk


SEMUA orang dalam inner circle PKR tahu yang Rafizi dan Anwar adalah 2 lelaki berlainan sama sekali.  Selain berbeza generasi, mereka berdua juga tidak mempunyai talian persaudaraan tapi intimnya mengalahkan laki bini yang baru balik honeymoon.  Bak kata pepatah gay, “cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga tau”, begitulah.

Justeru bila Rafizi meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam, ia agak mengejutkan ramai orang kerana memikirkan siapa yang berani beri masalah kepada Rafizi sehingga  menyebabkannya mengambil keputusan sedrastik itu.  Mengusik Rafizi sama seperti mengusik Anwar, mengusik Anwar, faham-faham sajalah.

Even Azmin pun difahamkan tak berani mengusik Rafizi, cakap-cakap belakang bolehlah – itupun bisik-bisik.

Justeru penulis yakin apa pun masalahnya yang menyebabkan Rafizi meletakkan jawatan, ia ada kaitan antara dia dengan Anwar.  Sama ada Anwar sudah tidak mahu melayan dia lagi atau Anwar tidak menolongnya berhadapan dengan semakin ramai puak dalam PKR yang tidak senang dengan kehadirannya memotong jalan ramai di antara mereka yang lebih lama dalam parti tersebut.

Umum tahu, kerana Rafizi seorang, begitu banyak nama yang tenggelam, antaranya Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan Chegu Bard.  Sedangkan inilah dia pun yang satu ketika dahulu menjadi hulubalang utama Anwar di zaman susah dan senangnya, sedangkan Rafizi bila saja munculnya?  Tau-tau sudah jadi Pengarah Strategik PKR.

Itu di peringkat parti, di peringkat kerajaan negeri lain pula ceritanya.

Untuk makluman semua, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebenarnya terletak dibawah Pejabat Menteri Besar, di zaman pemerintahan BN, pejabat ini tidak wujud pun.  Sesuai dengan kedudkkannya dibawah Menteri Besar, pejabat ini sepatutnyalah perlu melapor segala aktivitinya kepada pejabat Menteri Besar Selangor.

Itu kalau nak dihujah dari segi logik. Tapi dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu dipegang oleh Anwar Ibrahim, tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (yang dilantik ke jawatan Menteri Besar oleh Anwar) ada kuasa ke atas pejabat tersebut, menjadikan semua kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri yang diketuai Rafizi, beraja di mata bersultan di hati.

Malah tidak keterlaluan dikatakan disini bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah jauh lebih berkuasa daripada pejabat Menteri Besar sendiri!

Dengan ‘kekuasaan’ yang begitu besar, mustahil ada pihak lain terutama di kalangan kakitangan kerajaan Negeri yang berani menyentuh Rafizi, memikirkan kepada siapa dia melapor.  Itu yang penulis sebutkan di atas, apa pun masalahnya yang membawa kepada perletakkan jawatan Rafizi adalah antara dia dengan Anwar sahaja, tidak ada orang lain.

Tak tahulah kalau Azmin sudah main jarum lebih besar.  Ini satu kemungkinan juga, sebab kebelakangan ini kelihatan Azmin bulldoze semua orang dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor yang kelihatan tidak sebulu dengannya seperti Hasan Ali dan terbaru Faekah.

Mana-mana satu pun, penulis lihat ini bukan masalah yang besar mana pun.  Apatah lagi memikirkan kehebatan Anwar sebagai pelakon dan pengarah yang hebat sebelum ini, lagilah penulis tak hairan mana.  Psikologi menawan hati lelaki lembut ni bukan susah sangat pun, maklum, dia bukan perempuan sejati, hajat-hajat nak jadi perempuan sahaja.

Nanti Anwar tepuk mana bahagian yang patut-patut, eloklah Rafizi tu

SUARA KEADILAN PENIPU!


Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

KENAPA NAK IKUT?


Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut?‏

Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut?
Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.
Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.
Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.
Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.
Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.
Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.
Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.
Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.
Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.
Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.
Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.
Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.
Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.
Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.
Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.
Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.
Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.
Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.
Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.
Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.
Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.
Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=34836
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...