SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK)
mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, penulis lihat sedikit sahaja yang
keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya. Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari
mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang
mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.
Sama ada dia sendiri atau orang
lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.
Tapi yang nyata, sekali lagi
Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah. Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan
Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar
biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.
Apa yang susah sangat dengan
isytihar harta? Setakat jawab dalam
twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat. Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku
salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini. Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk
percaya dengan penafian Azmin.
Penulis juga pelik bila Azmin
memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan
lapang sudah ada di depan mata.
Macam kes derhaka dengan ibunya
jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan
kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu. Kalau tak selesai dari segi hubungan anak
beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa
hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan.
Tapi sehingga kini, Azmin masih
gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan
ibunya tidaklah sampai sepelaung. Malah
Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin
masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan
masalah rakyat. Ambillah peluang untuk
jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.
Atau Azmin tak pernah round aka
tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?
Seseorang pernah memaklumkan
kepada penulis bahawa Azmin ini orangnya sombong. Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat,
lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan
Nasional 2010 yang penuh huru hara itu.
Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam
keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.
Bagi orang biasa yang tidak
melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan
dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat
dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya.
Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu
yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya
dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun
buktinya.
Inilah yang berlaku kepada Azmin
sekarang.
Tapi Azmin silap, dia fikir dia
untouchable ka? Kalau Anwar pegang
jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh
berbeza. Orang dah naik jelak dengan
pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang
membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab
olehnya
No comments:
Post a Comment