KENYATAAN yang dibuat Datuk
Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan
dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR
tidak berapa lama sebelum itu. Tapi bila
kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan
ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah
dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.
Orang pembangkang penulis tahu,
trauma tengok TV, lebih lagi TV3. Tapi
yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan
Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.
Ini pun satu hal juga, dalam pada
bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media
tertentu. Kebebasan suara apa macam ini?
Tapi tidak mengapalah, penulis
tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya
kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya? Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah
(statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?
Ini perkara serius. Anwar bukan
calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh
isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in
the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah
segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik
beradik sendiri.
Semasa demo Bersih itu hari,
penulis lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah
bayang-bayang Anwar saja pun.
Penulis sendiri bangga dengan
Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak
sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh
saja. Kebanggaan menjadi Melayu,
bertambah kuat setelah menonton video itu.
Ini sekadar nak menunjukkan
betapa hebatnya Anwar.
Tapi siapa sangka, di antara
semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza
dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej
pemimpin tertentu. Yang dedah bukan
orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri.
Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan
Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul
Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!
Sudah tentu cakap Zul Nordin ada
merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai.
Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam
biasalah – saman.
Tapi kalau tanya penulis, memang
dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah
yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini
adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam.
Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem
perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan
orang Islam sahaja.
Jangan kita lupa, Anwar tolak
amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah
yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.
Sudah tentu tuduhan terlibat
dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin
(RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman
terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan
Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang
yang dituduh itu benar-benar terlibat.
Sebab itu akibat dari dakwaan Zul
Nordinini besar. Bukan sedikit orang
yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh
Altantunya. Apa nak jadi dengan
orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab
tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?
Ada yang jenis orang ini yang
penulis kenal, bergelar pak Haji tau.
Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia
mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena
dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.
Tapi bila sebut pasal silap
Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis
habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan
Najib Razak.
No comments:
Post a Comment