Dulu sewaktu penubuhan PAS pada
1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan
Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan
sebaliknya. Sekian banyak fakta dan bukti
sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak
tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan
agama Islam.
PAS pernah keluar dari jemaah
besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik
berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan
Yang Dipertua UMNO (Presiden).
Sekalipun tika itu, keseluruhan
orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut
kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu
hdimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses
kemerdekaan Tanah Melayu.
Andainya perancangan British
membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu
berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita
masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.
Mujurlah keputusan pilihanraya
1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur
dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu
dari penjajahannya.
61 tahun berlalu, kini PAS sekali
lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama.
Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim
Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan)
pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti
dalam pilihanraya umum.
Menurut Tuan Ibrahim, langkah
tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan
pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.
Kalau sekalipun benar pilihanraya
umum diadakan dalam musim haji,
sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah
ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.
Peluang mengerjakan haji bukannya
sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat
yang lain sedang menanti giliran.
Kuota 28,000 untuk rakyat
Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja
bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk
kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah
Haram.
Bayangkan seorang ahli PAS yang
sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa
ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi
tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?
Pilihanraya jika terlepas peluang
untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji
bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan,
bukan begitu?
Sepatutnya pemimpin PAS terutama
sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan
yang mana wajib dan yang mana harus.
Jangan kerana taksub pada
keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang
tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam
pilihanraya.
Sia-sia saja perkataan ISLAM
menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih
utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie
No comments:
Post a Comment