jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

31/12/2013

Guna Pemuda Jatuhkan Kerajaan

Setelah kehabisan modal untuk digoreng bagi menyerang kerajaan, pembangkang menggunakan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sebagai pembuka tirai tahun baru 2014.

Seperti biasa puak-puak pembangkang yang kurang akalnya suka benar membuat kecoh untuk rosakkan mood rakyat bercuti keesokan harinya.

Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang berapi-api menghasut supaya anak-anak muda turun berdemonstrasi di bandaraya Kuala Lumpur tetapi mereka sendiri entah hilang ke mana.

Khabarnya ramai yang keluar negara untuk bercuti panjang hujung tahun bersama keluarga.

Ini bermakna mereka tidak akan menyertai perhimpunan untuk 'menumbangkan kerajaan' pada malam tahun baru itu.

Ini juga bermakna anak-anak muda yang akan terjerit terlolong seperti melihat polong, telah berjaya diperalatkan untuk kepentingan peribadi dan agenda politik Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncu.

Sementara anak-anak muda yang tidak mengerti agenda perjuangan sebenar Anwar akan merelakan diri mereka digunakan sepenuhnya, pemimpin-pemimpin yang mereka sanjung dan sokong sedang berpesta dan berseronok-seronok di luar negara.

Tidakkah anak-anak muda dan mereka yang teringin sangat untuk ikut serta dalam perhimpunan itu sedar mereka sebenarnya telah diperangkap dalam jerat yang telah disediakan oleh pembangkang?

Mengapa mereka tidak menggunakan sedikit daripada akal sihat dan kemampuan berfikir yang dianugerahkan Tuhan untuk merenung sejenak apa yang mereka lakukan.

Pemimpin seperti Anwar tidak pernah menilai atau menyanjung sumbangan mana-mana penyokongnya bermatian berjuang menentang kerajaan kerana menganggp beliau telah dianiayakan.

Cuba soal diri mereka ke mana dan di mana kedudukan pejuang-pejuang asal dan paling awal gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu.

Adakah mereka diangkat sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu atau dilantik dalam mana-mana anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka?

Persoalan seterusnya mengapa Anwar meninggal dan mengabaikan pejuang reformasi begitu sahaja.

Sebaliknya Anwar hanya mementingkan kawan-kawan dan kroni-kroninya sahaja apatah lagi jika mereka berduit.

Kebanyakan calon PKR pada PRU13 umpamanya tidak dipilih daripada pimpinan peringkat cabang atau negeri tetapi sebaliknya ramai orang luar yang diimport untuk bertanding.

Ini membuktikan PKR hanya pandai mengeksploitasi semangat dan usaha penyokongnya sahaja tetapi apabila keuntungan politik sudah diraih, janganlah untuk mendapat apa-apa bantuan atau pertolongan dari mereka.

Inilah yang bakal terjadi kepada anak-anak muda yang meluap-luap semangat mereka tanpa disedari mereka hanyalah biduk atau 'pawn' dalam permainan licik politik pembangkang.

Mereka tidak sesekali berfikir dua kali untuk menggunakan tenaga muda untuk ditolak kedepan berdepan dengan pasukan keselamatan pada perhimpunan yang akan diadakan kelak.

Soal samada pemuda pemudi yang berdepan dengan tindakan undang-undang tidak menjadi persoalan pembangkang.

Isu masa depan golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian kehilangan biasiswa atau pinjaman pendidikan jika mereka sabit kesalahan menyertai perhimpunan haram juga pada pembangkang tidak timbul.

Malangnya ramai di antara penyokong pembangkang yang begitu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan hanya atas isu kenaikan sedikit harga barangan tidak mahu berfikir langsung tentang buruk baik perbuatan mereka.

Anggota keempat-empat pertubuhan yang dikenal pasti sebagai dalang perhimpunan haram itu semuanya terdiri daripada anak-anak muda.

Sememangnya generasi muda sentiasa menjadi sasaran musuh untuk memusnahkan kerajaan sesebuah negara.

Samada bermula dari Revolusi Perancis pada abad ke 18 hinggalah kepada Revolusi Mesir ang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, kebanyakan yang terlibat adalah golongan muda.

Malah yang paling ramai terkorban adalah golongan muda yang masih perjalanan dalam kehidupan mereka.

Lain senarionya jika golongan muda mara ke hadapan untuk melawan musuh negara yang ingin menakluk atau menyerang kedaulatan wilayah.

Tetapi jika tujuannya adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan ditubuhkan melalui proses pilihan raya secara demokratik, ini adalah sesuatu yang ganjil.

Jika ia ganjil sudah tentu ada sesuautu yang tidak kena dengan agenda yyang ingin dijayakan kerana sudah tentu tujuannya bukanlah demi kepentingan negara atau rakyat.

Sebelum terlambat eloklah lupakan hasrat dan cita-cita yang jauh terpesong daripada nilai-nilai jatidiri orang Melayu dan juga undang-undang negara.
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/12/2013

FlashMob Pakatan Rakyat Bermula

Bertempat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, telah diadakan satu #flashmob bagi membantah kenaikan tarif elektrik yang dikatakan bakal membebankan rakyat. Program yang dipercayai anjuran pakatan pembangkang itu turut dihadiri oleh pimpinan dari Pas Wilayah Persekutuan.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan petisyen kononnya untuk ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap program yang djalankan. Menurut salah seorang ahli jawatankuasa penganjur yang ditemui, mereka menjangkakan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab menjelang acara kemuncak yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru.

Program yang bermula dari 5.00 petang itu, berakhir pada jam 7.00 petang di beberapa lokasi LRT antaranya Stesyen Masjid Jamek, Damai, Keramat, Segambut, Kampung Baru, dan Bangsar.

Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan seperti yang dharapkan. Menurut pemerhati yang hadir di program tersebut, hanya sekitar 50-70 orang warga kota sahaja yang berminat untuk menandatangani petisyen yang disediakan oleh pihak penganjur itu.

Lebih malang lagi, petisyen tersebut langsung tidak menepati seperti kebiasaanya. Ini kerana mereka yang ingin menurunkan tandatangan, tidak perlu mengunakan nama sebenar, nombor kad pengenalan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja boleh menurunkan tandatangan dan orang yang sama boleh mengunakan pelbagai nama dengan berulang kali.

Menarik bukan! Ini bermaksud pengajur cuba menipu orang ramai kononnya program yang dianjurkan mendapat sokongan. Ertinya walaupun mereka hanya mampu mengumpulkan 500 tandatangan, namun ada kemungkinan wujud penipuan bagi memastikan kononnya ia mendapat sambutan.

Kesimpulannya, selepas GAGAL merampas pentadbiran Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang lalu, pembangkang tidak lagi mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan. Malah pelbagai penipuan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim di dedahkan kepada umum, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka.

Maka untuk mengembalikan keyakinan rakyat, mereka perlu mementaskan dram penipuan yang baru, bagi memastikan sokongan dapat diraih kembali. Namun bak kata orang dulu-dulu, mana mungkin rakyat tertipu lagi.
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/12/2013

Himpunan 'Turun' Bantah Kenaikan Harga Barang

 
Media pembangkang pada masa ini sedang sibuk mempromosikan Himpunan 'Turun' iaitu satu gerakan membantah kenaikan harga barang.  Khabarnya, himpunan ini juga membawa matlamat untuk menggulingkan kerajaan. 
 
'Turun' bakal diadakan pada malam tahun baru iaitu 31 Disember, pada jam 8.00 malam.  Setakat ini, lokasi perhimpunan belum lagi diumumkan.   Bagaimanapun, kita yakin pembangkang akan menggunakan strategi yang sama iaitu 'menumpang tempat di mana orang ramai berhimpun' sempena menyambut tahun baru. 
 
Ini bagi mengelakkan malu sekiranya jumlah peserta tidak memberangsangkan, selain memudahkan mereka membuat kecoh dan huru-hara.  Ia juga bagi memudahkan liputan dibuat oleh media asing bagi menggambarkan seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan yang tidak selamat. 
 
Strategi kotor pembangkang ini dengan dengan sendirinya membuktikan hipokrasi mereka dalam memperkatakan tentang nasib rakyat.  Apa yang jelas, pembangkang hanya inginkan publisiti murah sambil menangguk di air keruh. 
 
Hakikatnya, jika benar mereka prihatin, mereka tidak akan mengadakan demonstrasi, apatah lagi di malam tahun baru yang mampu menggugat kestabilan dan memburukkan imej negara di mata asing.  Bukan mereka tidak tahu bahawa tindakan sedemikian hanya akan mengundang risiko negara kehilangan pelaburan dan mengalami kemusnahan.  Sekiranya ini berlaku, yang akan menanggung akibatnya ialah rakyat juga. 
 
Tiada siapa dapat menafikan bahawa peningkatan harga barang setakat ini tidak menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.  Kita percaya tahun baru ini juga akan disambut meriah seperti biasa.  Dalam kata lain, secara dasarnya, tiada siapa yang perlu melakukan perubahan drastik semata-mata untuk 'menyesuaikan' diri dengan peningkatan kos sara hidup. 
 
Namun, jika pembangkang berjaya membuat huru-hara dan menggulingkan kerajaan pada malam 31 Disember ini, maka bersedialah kita ke arah kehidupan yang benar-benar sukar.      
 
Kita telah melihat sendiri bagaimana nasib rakyat di negara-negara yang telah 'berjaya' menggulingkan kerajaan.  Tidak ada satu pun dari negara-negara itu yang memperlihatkan nasib rakyat yang lebih baik dari sebelumnya.  Semuanya menyaksikan kemusnahan yang bertimpa-timpa dan kesusahan yang berpanjangan. Iraq, Mesir, Libya, misalnya terus meraba-raba mencari pegangan untuk bangun berdiri kembali.  Sehingga kini, keadaan masih terus buruk dan lebih buruk berbanding sebelum kerajaan digulingkan. 
 
Apabila sesebuah kerajaan digulingkan secara kekerasan perkara yang pertama berlaku ialah pelabur akan lari yang mana menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.  Industri pelancongan juga akan terjejas teruk dan negara akhirnya kehilangan pendapatan.  Lalu, siapapun yang menjadi pemerintah pada ketika itu,  akan terpaksa menggunakan segala rezab yang ada dan membuat pinjaman bagi memulihkan keadaan.  Ini bermakna, tanggungan yang lebih untuk kerajaan dan rakyat juga akan menanggung kesengsaraan. 
 
Sekarang cuba bayangkan ia berlaku di Malaysia.  Sudah tentu negara yang telah musnah tidak mampu memberi pendidikan peringkat rendah dan menengah secara percuma lagi.  Kerajaan juga tidak lagi mampu membantu bumiputera dan tidak lagi mampu meneruskan saki baki subsidi.  Bumiputera akan kehilangan daya beli dan perniagaan kaum lain juga akan terjejas teruk.  Bank-bank pula pastinya akan mengetatkan syarat-syarat pinjaman dan rakyat akan semakin tertekan. 
 
Akhirnya, perjuangan himpunan untuk membantah kenaikan harga barang tadi, hanya membawa kenaikan harga barang yang lebih tinggi dan seterusnya kepada kesukaran untuk hidup. 
 
Senario ini bukanlah satu gambaran untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi ia adalah sesuatu yang pasti berlaku sekiranya kerajaan sesebuah negara digulingkan dengan kekerasan. 
 
Justeru, kita menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan tegas untuk mencegah pembangkang dari melakukan kemusnahan.  Contohilah cara Singapura menangani karenah perusuh baru-baru ini.  Buktikan yang kerajaan bukan mengejar populariti tetapi hanya melakukan apa yang terbaik untuk negara ini. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

18/12/2013

Anwar Cadangkan Program Baru Bagi Mengganti Seksualiti Merdeka?

 
Ketidakhadiran Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 11 & 12 Disember lalu bagi mendengar Rayuan Kes Liwat II mengukuhkan kedudukannya sebagai 'bersalah' di mata rakyat.  Apatah lagi dengan alasan ketidakhadiran itu adalah untuk menghadiri seminar anjuran IIIT di Georgetown University Amerika Syarikat.
 
Hakikat bahawa IIIT mempunyai sejarah skandal liwatnya sendiri dan University Georgetown juga merupakan antara universiti yang mengambil pendekatan 'mesra' LGBT, menjelaskan kenapa Anwar lebih mementingkan seminar tersebut daripada usaha untuk membersihkan namanya di mahkamah.
 
Bagaimanapun, maklumat dalaman memberitahu bahawa seminar yang dihadiri Anwar hanyalah sebahagian kecil dari tujuan utama beliau ke sana. 
 
Tujuan utama Anwar ke sana, antaranya adalah untuk berjumpa dengan Nate Tisa, iaitu seorang homoseksual pertama yang dilantik sebagai Presiden Pelajar university itu. 
 
Selain Nate, Anwar juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ryan Fecteau, iaitu jurucakap homoseksual pertama bagi Catholic University of Amerika.
 
Seperti juga agama Islam, agama Kristian turut mengalami ancaman hebat dari kumpulan LGBT. 
 
Kumpulan songsang LGBT dilihat sebagai telah berjaya meruntuhkan pertahanan Kristian dengan bersaranya Pope Benedict dari Vatican secara tiba-tiba awal tahun ini.  Beliau merupakan Pope pertama yang bersara sejak 600 tahun dahulu.   
 
Ramai yang melihat persaraan beliau sebagai bertitik tolak dari ancaman dan tekanan dari kumpulan liberalis yang kurang senang dengan ketegasan beliau menentang LGBT.   Keraguan ini dikukuhkan lagi dengan tindakan media barat yang seolah-olah memperlekeh-lekehkan beliau dengan mengaitkan beliau dengan Islam sejurus selepas beliau bersara.  Pope Francis yang menggantikan Pope Benedict kemudiannya pantas digambarkan oleh media barat sebagai lebih terbuka terutama terhadap masalah LGBT.    
 
Maka tidak hairanlah, pada hari ini mula terdapat pihak Catholic Kristian yang mula membicarakan, malah mengaku mewakili kumpulan LGBT dalam agama itu secara terbuka.  Kononnya, amalan homoseksual tidak semestinya akan menjejaskan iman dan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ. 
 
Kita melihat perjumpaan Anwar dengan beberapa personaliti homoseksual Kristian ini sebagai kesinambungan usaha kumpulan yang sama untuk 'menembusi' agama Islam pula.  Setakat ini, agama Islam digambarkan sebagai satu-satunya agama yang menentang LGBT sedangkan hakikatnya ia turut dikecam dan diharamkan oleh Kristian dan juga Judaism. 
 
Namun, hari ini hanya Islam yang dijadikan sasaran utama memandangkan Kristian dan Judaism sudah berjaya ditembusi mereka. 
 
Dari situ, kumpulan ini secara tidak langsung mengajak 'dunia' menentang Islam atas alasan ajarannya yang 'rigid' dan tidak adil. 
 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 17 Mei merupakan Hari Menentang Fobia Terhadap LGBT Sedunia (International Day Against Homophobia and Transphobia)  atau IDAHO.   IDAHO disambut besar-besaran di seluruh dunia oleh kumpulan pro-LGBT dengan sambutan terbesar dibuat secara bergilir antara negara yang terlibat.  Antara yang menjadi pendokong kuat IDAHO termasuklah Nick Xenophon, ahli parlimen Australia yang beberapa kali berusaha untuk memujuk kerajaan negaranya agar masuk campur dalam PRU Malaysia atas permintaan Ambiga dan Anwar Ibrahim. 
 
Sekadar mengimbas kembali, Anwar juga pernah ke Perancis pada ketika sambutan terbesar IDAHO diadakan dinegara itu. 
 
Khabar menyatakan bahawa perjumpaan Anwar dengan kumpulan homoseksual di Amerika turut membincangkan mengenai sambutan terbesar IDAHO tahun hadapan.  Menurut sumber, terdapat cadangan untuk mengadakannya di Malaysia bagi menggantikan program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh kerajaan. 
 
Kita tidak pasti sejauh mana khabaran ini benar.  Namun begitu, ketidakhadiran Anwar ke rayuan kes liwatnya dengan sendiri meyakinkan kita bahawa ianya benar belaka.
 
Justeru, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar mungkin bukan satu ancaman kepada negara, tetapi beliau mampu menjadi ancaman kepada akidah dan pegangan kita serta generasi akan datang sebagai umat Islam. 
 
Dan sekiranya masih ada penganut Kristian yang berpegang kepada ajaran Kristian sebenar, maka Anwar juga wajar dilihat sebagai ancaman kepada agama itu.  Bagaimanapun, melihat dari perkembangan terkini dalam agama Kristian di Malaysia, nampaknya penganut agama itu di sini juga telah 'berubah' mengikut rentak Pope Vatican yang baru, malah jauh lebih terbuka lagi dengan sama-sama membela dan menyokong kumpulan LGBT. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

17/12/2013

Husam Semakin Malang

Nampaknya 'badi malang' yang melanda Naib Presiden Pas, Husam Musa seperti tiada penghujugnya. Lepas satu-satu musibah melanda dirinya walaupun sebelum ini ramai mengatakan kemenangannya dalam pemilihan muktamar lalu seperti menandakan sudah ada sinar baru dalam karier politiknya. Namun ramai yang mengatakan kemenangan Husam hanyalah 'nasib baik' kerana undi kumpulan liberal berpecah dua antara Mahfuz Omar dan dirinya.

Pemilihan di Muktamar Pas ke-59 yang lalu menyaksikan Husam hanya mampu menang tipis apabila memperolehi 520 undi berbanding Mahfuz yang memperolehi 504 undi dengan 16 majoriti. Dalam erti kata lain, kemenangan Husam itu membuktikan dia tidak mendapat sokongan penuh para perwakilan Pas yang lebih cenderung memilih penyandang jawatan Salahuddin Ayub dengan 917 undi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili kumpulan ulama dengan 849 undi.

Mungkin atas faktor itu kepimpinan Pas negeri Kelantan membuat keputusan untuk menurunkan pangkatnya dengan melantik dia sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan III. Sedangkan sebelum ini, ketika Nik Abdul Aziz Mat masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Husam adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan II.

Mungkin ada yang mengatakan ia adalah merupakan perkara biasa dan 'asam garam' dalam dunia politik, namun para pemerhati politik merasakan sebaliknya. Ramai yang berpendapat, penurunan pangkat Husam ini adalah merupakan'rentetan episod balas dendam' terhadap Husam yang dilihat semakin biadap terhadap kumpulan ulama Pas.

Malah menurut sumber, sejurus selepas berjaya mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden, sudah ada gerakan kempen untuk memastikan jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan diberikan kepada Husam. Namun bak kata pepatah, lain yang dirancang, lain yang jadinya apabila jawatan tersebut akhirnya diberikan kepada Ahmad Yakob atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Tidak cukup dengan itu, ada yang mengatakan kekalahan calon Timbalan Presiden, Nik Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada penyandang jawatan Mat Sabu adalah berpunca dari Husam.

Episod balas dendam terhadap Husam ini dikatakan bermula apabila kepimpinan kerajaan negeri Pas Kelantan, memutuskan untuk tidak melantiknya semula bagi mengisi jawatan Exco kerajaan negeri walaupun dia berjaya memenanggi kerusi DUN Salor dalam pilihanraya umum yang lalu.

Sedangkan sebelum ini, dia adalah merupakan Exco kanan kerajaan negeri dengan memegang portfolio Pengerusi, Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.

Paling menarik apabila, ketika sesi penggulungan sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Husam dikatakan telah bertegang urat dan membidas beberapa anggota Exco yang dikatakan gagal mengurus tadbir dengan baik, berlaku kepincangan dan wujud penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan. Mungkin kerana tidak tahan dengan semua tuduhan yang dilemparkan itu, beberapa anggota Exco dikatakan bangun untuk menafikan semua tuduhan tersebut.

Kesimpulannya, air mata Husam Musa menandakan badi malangnya tidak pernah hilang. Dan bakal kekal untuk merosakkan dirinya.  
Sent from my BlackBerry® smartphone

13/12/2013

Mat Sabu Gelabah Hadi Awang Kata PAS Akan Ambil Tindakan Ahli Syiah.

Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam pasti membuatkan tidur Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semakin tidak lena. Ini kerana pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penelitian, siasatan yng dijalankan, kenyataan serta tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.

Dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.

Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.

Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidmendedahkan pihak KDN mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.

Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan, bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu, sedangkan ketika pendedahan itu dilakukan, Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama individu. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Mat Sabu dengan pantas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut.

Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, Mat Sabu dengan segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.

Selain pihak KDN, ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan. Malah ia turut diakui sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar, Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya. Dia mengeluh kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan oleh para pengikut dan penyokong Pas.

"Aku dituduh Syiah!" begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa.

 "Apa Syiah buktikan dulu. Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk menghadapi Umno. Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…" katanya lagi 

Disebabkan pendedahan yang dilakukan semalam, Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal pembangkang, bagi membela Mat Sabu. Namun apabila diteliti semula artikel tersebut ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu.

"Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al "Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas" katanya.

Menurutnya lagi, parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.

"Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. Pas tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

"Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah" tegasnya lagi.
Sent from my BlackBerry® smartphone

11/12/2013

Singapura Tidak Lagi Selamat? 

 
Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.  Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura. 
 
Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu.  Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah. 
 
Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan.  Bagi mereka, Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya. 
 
Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu: 'dikuasai oleh kaum Cina'. 
 
Namun, negara yang terkenal sebagai 'bandar saman' itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia.  Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga, tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu. 
 
Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali.   Akibatnya, dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969. 
 
Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah. 
 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu.  Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik. 
 
Ternyata, Singapura itu adalah indah khabar dari rupa.  Tiada keadilan yang sebenar dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini.  Penindasan merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa. 
 
Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama-lamanya.  Hipokrasi pasti terdedah jua. 
 
Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia. 
 
Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya. Ketahuilah bahawa hampir tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka dalam  membendung rusuhan. 
 
Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia, belum apa-apa tentunya sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam.  Tidak cukup dengan itu, pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan mengecam kerajaan sendiri. 
 
Kesimpulannya, jika kita ingin mencontohi Singapura, contohilah sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan. 
 
Tetapi, dalam pada itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai negara itu adalah baik.  Sikap hipokrit, kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi. Apapun, dalam segala segi, percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik dari Singapura. 
 
Buktinya, setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak tidak akan berjaya - bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.    
Sent from my BlackBerry® smartphone

10/12/2013

Mat Sabu Perlu Saman Ahli Pas Bukannya Zahid Hamid

Pendedahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengenai isu Syiah yang melibatkan parti politik tertentu, telah menyebabkan segelintir mereka yang dikaitkan dengan fahaman sesat itu seperti cacing yang kepanasan.

Ekoran pendedahan tersebut, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata dia sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid yang mendakwanya mengamalkan ajaran Syiah. Dia yang terkenal dengan panggilan manja 'Mat Sabu atau Abang Mat' itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan Zahid cuba membuat tuduhan jahat.

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Terdahulu, ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013, Zahid mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.

Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan, bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Paling menarik apabila Pas, seolah-olah cuba 'cuci tangan' bagi mengelakkan isu Mat Sabu itu dikaitkan secara langsung dengan parti itu. Menurut Setiausaha Agung parti itu Mustafa Ali, dakwaan terhadap Mat Sabu adalah merupakan serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.

"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. "Kita tak akan masuk campur" katanya

Namun, apa yang menghairankan ialah, apabila diteliti ucapan yang disampaikan oleh Zahid itu, beliau langsung tidak menyentuh atau menyebut nama, mana-mana individu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah itu. Yang menyebut nama Mat Sabu secara khusus adalah Mustafa Ali sendiri. Apakah ini bermaksud Pas memang telah lama menghidu dan mengetahui penglibatan Mat Sabu dengan Syiah?

Malah sekiranya dilihat daripada kenyataan Mat Sabu ketika kempen sebelum Muktamar Pas baru-baru ini, dia turut mengakui 'diserang' oleh ahli dan pengikut dengan cara yang paling kotor.

''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''

Ketika sesi wawancara bersama salah sebuah portal pembangkang sebelum ini, Mat Sabu menjelaskan pelbagai kempen 'kotor' telah dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui dengan menjadikan Facebook, SMS dan blog sebagai medan utama.

''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' katanya.

Ini bermaksud, ahli dan penyokong Pas telah terlebih dahulu melabelkan Mat Sabu sebagai pemimpin berfahaman Syiah dan bukannya Umno. Patutlah Mustafa Ali siang-siang dah buat kenyataan cuci tangan, dan terus mengaitkan Mat Sabu dengan pendedahan Zahid itu.

Oleh itu sekiranya benar Mat Sabu ingin mengambil tindakan undang-undang, ada baiknya ia dilakukan terhadap 'musuh-musuhnya' di dalam Pas terlebih dahulu. Zahid ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu ini berkata pihaknya mempunyai bukti bagi menyokong pendedahan yang dilakukan sebelum ini.

"Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara. Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Malah beliau turut menegaskan akan mengadakan satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bukti tersebut. Katanya, sidang akhbar itu akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah.

Kepada Mat Sabu, apa kata tunggu sidang akhbar tersebut sebelum meloncat tidak tentu fasal. Atau Mat Sabu sememangnya sedar, tembelang dan pendekatan 'taqiyyah' (berpura-pura) telah mula terbongkar dan tidak mampu untuk diselindungkan lagi.

Sent from my BlackBerry® smartphone

09/12/2013

Islam Agama Islam Persekutuan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.

"Dalam hal ini, kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima. Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana Umno berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.

"Oleh itu, saya nyatakan, Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan, dan berkefahaman ASWJ," katanya.

Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung pada Selasa lalu.

Selain daripada itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.

Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.

Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.

Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.

Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79.  Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.

Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone

07/12/2013

Perbezaan PAS dan UMNO

SALAH satu isu yang turut mendapat perhatian pemimpin dan perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013 ialah berkaitan pendekatan politik Pas yang kini seolah-olah terperangkap dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas sepanjang perhimpunan berlangsung bukanlah kerana parti itu adalah musuh politik UMNO, tetapi UMNO membuat peringatan itu demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.

UMNO tidak mahu orang Melayu terperangkap dengan mainan politik Pas yang hakikatnya sedang diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk mendapat kuasa.

Bagaimanapun kita percaya Pas tidak akan mempedulikan apa juga kata UMNO kerana bagi Pas apa yang penting ialah meranapkan kuasa politik UMNO dan menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Sebab itulah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sandaran orang Melayu dan umat Islam. Sudah terlalu banyak jasa UMNO dalam usaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan memartabatkan Islam.

Apa yang UMNO katakan dalam soal itu bukan untuk mendabik dada tetapi ia adalah realiti. Untuk memberikan gambaran lebih jelas berikutan penulis paparkan perbezaan antara UMNO dan Pas yang seharusnya menjadi sandaran kepada orang Melayu kenapa mereka harus menjadikan UMNO sebagai harapan untuk melakar masa depan lebih jelas.

1-Memartabatkan Islam

- UMNO yang mengemudi kerajaan melalui kerjasama dalam BN telah berjaya membawa negara ini menjadi negara Islam contoh. Di mana-mana juga pemimpin-pemimpin Islam memuji usaha UMNO memartabatkan Islam.

- Pas pula lebih banyak bercakap soal Islam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Malah di negeri yang mereka perintah pun, pelaksanaan Islam tidak ke mana, ia lebih banyak berkisar kepada slogan dan laungan sahaja.

2-Membina Masjid Dan Mewujudkan Institusi Islam

- UMNO bertanggungjawab memastikan peruntukan khas disediakan untuk membina masjid di seluruh negara. Masjid dijadikan tempat untuk memperkembangkan syiar Islam dan mengukuhkan perpaduan ummah.

- Pas tidak membina masjid tetapi menjadikan masjid sebagai medan untuk memecah belahkan ummah melalui khutbah, kuliah dan tazkirah yang berbaur politik.

3-Menyatukan Umat Islam

- UMNO seperti mana kata Najib sentiasa bersedia untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik, demi melihat umat Islam kembali bersatu.

- Pas bersedia bersahabat dan berpeluk mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi memandang sinis salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO. Malah ada pemimpin Pas pernah berkata, lebih rela makan babi bersama pemimpin DAP daripada minum kopi bersama Perdana Menteri.

4-Menghormati Ulama

- UMNO menghormati apa juga pandangan alim ulama tanpa mengira apa juga latar belakang politiknya. Asalkan apa yang diusahakan oleh ulama itu boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, UMNO akan patuh.

- Pas hanya mendengar apa kata ulama mereka. Ulama di luar parti itu biar pun memberi pandangan yang betul akan dianggap 'suara UMNO' dan 'suara kerajaan'. Malah mana-mana ulama yang berada dalam UMNO akan dicemuh, diejek dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan.

5-Berhujah Atas Dasar Kebenaran

- UMNO biar pun bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan Islam, sentiasa berhujah dan bercakap atas dasar kebenaran. Dalam apa keadaan pun, UMNO tetap tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan umat Islam.

- Pas pula dilihat terlalu takut dengan PKR dan DAP. Apa sahaja yang mereka hendak lakukan hatta berkaitan dengan Islam sekali pun mereka seolah-olah perlu mendapat persetujuan PKR dan memperoleh restu DAP.

6-Tegas Dalam Menjaga Agama

- UMNO sentiasa tegas mempertahankan akidah umat Islam termasuklah dalam memastikan umat Islam berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. UMNO juga secara lantang menolak segala kesesatan termasuk usaha mengembangkan fahaman Syiah. Sebab itulah dalam perhimpunan agungnya kali ini UMNO mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan agama rasmi Persekutuan adalah Islam berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

- Pas pula dilihat teragak-agak dalam soal ini khususnya untuk memberi penegasan terhadap penyebaran fahaman Syiah.

7-Mengajar Rakyat Erti Berterima Kasih

- UMNO sentiasa mengajar rakyat negara ini khususnya umat Islam bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tahu berterima kasih kepada mereka yang berbudi.

- Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP 'mendidik' rakyat untuk menolak segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka menguar-uarkan segala bantuan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan justeru tidak perlu berterima kasih atau mengenang budi yang ditabur.

8-'Menjatuhkan' Hukum

- UMNO dan BN sama sekali tidak akan mengamalkan sikap menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada musuh politiknya.

- Pas pula begitu mudah menghukum pemimpin-pemimpin UMNO. Malah tanpa mengkaji kebaikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR. Pas menuduh kerjasama UMNO dalam BN adalah haram.

9-Pentas Ceramah

- UMNO menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan dasar kerajaan dan membuat penjelasan.

- Pas pula menggunakan pentas yang sama untuk memaki hamun pemimpin UMNO dan kerajaan serta menyebarkan dakyah dan fitnah.

10-Dominan Dalam Kerjasama

- UMNO adalah parti dominan dalam BN, namun kedudukan itu tidak pernah disalah gunakan untuk menunjukkan siapa lebih kuat. Sebaliknya kelebihan itu digunakan oleh UMNO untuk tegas memperjuangkan orang Melayu dan memartabatkan Islam, di samping membela nasib kaum lain.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...