jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

19/01/2012

PAS TIDAK LAYAK PEGANG EXCO ISLAM DI SELANGOR

PAS tidak layak menyandang Exco Islam di Selangor, mungkin agaknya Parti PAS yang selama ini di kenali begitu sinonim dengan Islam kini dilihat pula sudah mula kurang membela Islam.
Terbaru Kerajaan Negeri di Pimpin oleh Parti Keadilan telah melantik Dr. Ahmad Yunus (ADUN Sijangkang -PAS) mengantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahlian PAS.  
Walaubagaimanapun PKR sebaliknya mengambil alih dua portfolio penting iaitu Hal Ehwal Islam, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, manakalan Dr. Ahmad (PAS) hanya ditugaskan untuk menjaga portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
Jelas PAS kini sudah tidak lagi membela Islam, PAS hanya sibuk untuk membela sekutunya ( DAP & PKR) sahaja.

10/01/2012

PELIWAT ISLAM DITATANG, PEJUANG ISLAM DITENDANG!
PENYINGKIRAN Y.B DATUK DR. HASAN ALI
PERJELASKAN PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR!
Rata-rata rakyat tahu, YB Datuk Dr. Hasan Ali adalah seorang pejuang yang mempertahankan Islam, Bangsa dan Institusi Diraja. Atas prinsip yang dipegan inilah YB Datuk Dr. Hasan Ali terpaksa terima padahnya oleh parti PAS sendiri.
Pejuangan YB Datuk Dr. Hasan Ali tidak lagi selari dengan PAS. PAS juga sudah tidak lagi dilihat memperjuangkan Islam, Bangsa dan Institusi Diraja. PAS sudah semakan hanyut mengikut arus sejak mula berkawan dengan sekutnya iaitu DAP dan PKR. Nampak jelas PAS mengikut telunjuk sekutunya dengan memecat YB Datuk Dr. Hasan Ali.
Barangkali sesiapa hari ini dalam PAS yang memperjuangkan prinsip-prinsip yang dibawa oleh YB Datuk Dr. Hasan Ali menjadi dosa besar dalam perjuangan PAS, memperjuangkan Islam, mempertahkan Ketuanan Melayu dan mempertahankan Institusi Diraja adalah kesalahan yang tidak akan diampun bagi PAS.
Perjuangan Islam yang di sebutkan oleh PAS hanyalah retorik politik, mainan politik yang penuh hipokrit, Perjuangan PAS hanya lakonan semata-mata hanya dengan menutup diri dengan jubah dan memakai serban di atas kepala.

06/01/2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAP SELAMAT TAHUN BARU 2012

Sempena dengan lembaran baru 2012 marilah seluruh umat Islam sekalian sama-sama kita membina cinta negara dengan memupuk perpaduan umat dan keamanan. Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah, janganlah kita menjadi seorang muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita. Insafilah bahawa keamanan negara ini bukan datang bergolek tetapi adalah datang daripada pengorbanan semua pihak samada rakyat atau pemimpin. Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar mereka yang terpengaruh dengan golongan ini diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung perpaduan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan dikalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan  usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

CINTA NEGARA

Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab  untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara. Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan. Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah. Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...