PELIWAT ISLAM DITATANG, PEJUANG ISLAM DITENDANG!
PENYINGKIRAN Y.B DATUK DR. HASAN ALI
PERJELASKAN PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR!
Rata-rata rakyat tahu, YB Datuk Dr. Hasan Ali adalah seorang pejuang yang mempertahankan Islam, Bangsa dan Institusi Diraja. Atas prinsip yang dipegan inilah YB Datuk Dr. Hasan Ali terpaksa terima padahnya oleh parti PAS sendiri.
Pejuangan YB Datuk Dr. Hasan Ali tidak lagi selari dengan PAS. PAS juga sudah tidak lagi dilihat memperjuangkan Islam, Bangsa dan Institusi Diraja. PAS sudah semakan hanyut mengikut arus sejak mula berkawan dengan sekutnya iaitu DAP dan PKR. Nampak jelas PAS mengikut telunjuk sekutunya dengan memecat YB Datuk Dr. Hasan Ali.
Barangkali sesiapa hari ini dalam PAS yang memperjuangkan prinsip-prinsip yang dibawa oleh YB Datuk Dr. Hasan Ali menjadi dosa besar dalam perjuangan PAS, memperjuangkan Islam, mempertahkan Ketuanan Melayu dan mempertahankan Institusi Diraja adalah kesalahan yang tidak akan diampun bagi PAS.
Perjuangan Islam yang di sebutkan oleh PAS hanyalah retorik politik, mainan politik yang penuh hipokrit, Perjuangan PAS hanya lakonan semata-mata hanya dengan menutup diri dengan jubah dan memakai serban di atas kepala.
No comments:
Post a Comment