Dataran Merdeka
Sebahagian daripada penyokong Himpunan Janji Demokrasi yang berkumpul di kawasan Dataran Merdeka malam ini.
Dataran Merdeka
Penyokong Himpunan Janji Demokrasi berhimpun berhampiran Dataran Merdeka malam ini.
KUALA LUMPUR  - Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu di Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning dan bertulis "bersih".
Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal setakat ini.
Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.
Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan.
Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.
Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.

AKAN MENYUSUL