jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/08/2012

Takut Cina Lari


Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengajamemutarbelitkan kenyataannya.

Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?

Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan 'keinginan' PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?

Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada 'cita-cita' PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Patutnya jika betul PAS serius mahu laksanakan hukum hudud, Mat Sabu ataupun siapa sahaja pemimpin PAS tidak perlu melatah bilamana Sin Chew Daily menyiarkan berita tentang keinginan PAS untuk pinda perlembagaan negara demi menegakkan hukum hudud.

Inilah masanya yang sesuai untuk PAS buktikan isu hudud yang sering digebang siang malam di atas pentas politik selama ini bukannya sekadar modal politik dan umpan menarik sokongan orang Islam semata-mata.

Tapi bilamana Mat Sabu tiba-tiba sahaja menafikan berita tersebut, nampak sangat sebenarnya PAS tidak pernahpun bersungguh-sungguh untuk realisasikan janji perlaksanaan hukum tersebut.

Sahihlah PAS terlalu takut akan kehilangan undi orang Cina pro DAP dan PKR berbanding prioriti mengotakan janji perlaksanaan hukum hudud yang sudah bertahun-tahun menjadi umpan politik kepartiannya.

Soal perlaksanaan bukannya matlamat utama PAS, sebaliknya janji menegak hukum hudud hanya bertujuan untuk dipolitikkan bagi mengabui mata khalayak supaya yakin PAS adalah pejuang Islam, itu sahaja.

Sekarang, janji perlaksanaan hukum hudud sebagai senjata politik sudah bertukar menjadi boomerang yang mengasak tepat ke dahi PAS.

Terbukti benar polemik hudud sejak lebih 20 tahun lalu hanyalah senjata politik untuk kepentingan kepartian PAS sahaja bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...