jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

27/08/2012

Kuin Diambil Alih Syarikat Swasta?


PADANG TERAP : Kerajaan Negeri Kedah diminta menjelaskan dengan segera mengenai desas-desus kononnya sedang berlaku pengambilalihan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh sebuah syarikat swasta dari luar negara.

Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Mahdzir Khalid berkata, mengikut sumber pihaknya, kerajaan negeri dikatakan sedang mempertimbang untuk menjual saham dan pengurusan kolej itu kepada syarikat swasta tersebut.

"Surat menyurat kerajaan negeri dan syarikat swasta tersebut memang ada dan perkara ini berlaku sejak dua bulan yang lalu.

"Oleh itu saya minta kerajaan negeri segera jelaskan perkara ini kepada rakyat kerana mereka berhak tahu hal sebenar.

"Kalau boleh urus kenapa nak beri kepada orang lain. adakah kerana tidak mampu untuk mengurus kuin maka kerajaan negeri mahu menjadikan kolej ini satu badan perniagaan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu di Padang Kerasak, Naka, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, jika penswastaan Kuin berlaku maka matlamat asal penubuhan Kuin yang mahu memberi kemudahan pembelajaran kepada orang ramai khususnya rakyat Kedah tersasar jauh.

"Kerajaan dengan syarikat adalah satu perkara yang berbeza sebab kerajaan pada akhirnya kita tidak memikirkan pasal keuntungan kerana kita mahu beri pendidikan kepada rakyat. Bila dah diuruskan oleh sebuah syarikat swasta sudah tentu keuntungan yang dicari mereka," ujarnya.

Tambah beliau, jika kuin diswastakan sudah tentu segala kos pengajian akan bertambah dan pelajar yang kurang berkemampuan akan menerima kesannya.

Dalam pada itu, Mahdzir memberitau sehingga kini juga krisis kewangan Kuin masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri. 

"Sehingga kini pihak Kuin masih belum beri pelarasan gaji sebanyak 13 peratus kepada kakitangan Kuin.

"Ini tidak adil kepada kakitangan Kuin kerana mereka dipilih untuk jawatan mengikut sistem Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi bila bab gaji mereka tidak dapat apa yang dinikmati oleh kakitangan awam," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...