jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

10/08/2012

Sektor Awam di Hina


Longgar Syarat Kemasukan Hina Sektor Awam

Laporan Sin Chew Daily mengenai kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang menyarankan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis.   Apatah lagi bila mendengar alasan beliau iaitu: “Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain.”

Apakah layak Yin Huah bercakap mengenai ‘jurang antara kaum’ apabila beliau adalah antara juara yang berdegil ingin memastikan jurang tersebut terus wujud dan semakin besar bermula dari bangku sekolah lagi?  Beliau dan juga Dong Zong sama-sama tegar memperjuangkan agar jurang ini diteruskan sehingga sekolah menengah malah hingga peringkat universiti dengan menuntut agar sijil dari Universiti-universiti tertentu yang bertunjangkan bahasa Cina diiktiraf.  

Justeru, apakah Yin Huah begitu bodoh kerana tidak tahu bahawa jurang antara kaum tidak akan wujud jika semua anak-anak Malaysia bersekolah bersama-sama?   Atau lebih tepat, jurang antara kaum mungkin telah lama terhapus jika Hua Zong, Dong Zong dan NGO-NGO yang seangkatan dengan mereka tidak wujud sama sekali di Malaysia.  

Meloyakan sekali apabila kini Yin Huah tiba-tiba ‘merasa risau’ pula jika jurang tersebut menjadi lebih besar di alam pekerjaan.  

Cadangan Yin Huah agar kemasukan ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikapnya yang dwistandard.  Kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan.  Ini adalah sesuatu yang ‘semulajadi’ memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Pastinya, Yin Huah sedar bahawa penyebab kurangnya kaumnya diterima masuk ke sektor awam adalah kerana ‘kredit Bahasa Melayu’ ini dan kerana itulah beliau menyarankan agar syarat ini dilonggarkan.  

Kita telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum Cina juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati ‘citarasa’ mereka?   

Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan ‘standard’ atau kualiti kakitangan awam.  

Sedangkan kita marah apabila taraf kelayakan di universiti diturunkan bagi memastikan lebih ramai mereka dari latarbelakang yang susah berpeluang melanjutkan pelajaran.  Maka, kenapa kita perlu menerima saranan penyelesaian yang sama iaitu menurunkan taraf kelayakan semata-mata untuk meramaikan kaum lain (baca: Cina) di dalam sektor awam?  

Yin Huah tidak perlu berlakon seolah-olah beliau prihatin dengan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia kerana kita tahu bahawa itu tidak benar.  Kita faham apa yang Yin Huah risaukan di sini ialah mengenai meningkatkan penguasaan kaumnya di dalam sektor awam.  Dalam ertikata lain, Yin Huah hanya risaukan mengenai nasib kaumnya semata-mata.  

Dan ini terbukti dalam penjelasan panjang lebarnya bahawa dengan penambahan kaumnya di dalam sektor awam maka ia akan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih baik bagi kaum Cina di satu-satu kawasan itu.  Kenyataan Yin Huah ini seolah-olah menunjukkan yang kaum Cina tidak mendapat perkhidmatan terbaik dari kerajaan.  

Memandangkan masih ramai kaum Cina warga Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka mereka seringkali menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor awam.   Dan inilah sebenarnya yang merisaukan Yin Huah, bukannya soal perpaduan.  

Bagaimanapun, penyelesaian yang disarankan oleh Yin Huah iaitu menambah bilangan kaum Cina di sektor awam adalah satu cadangan yang chauvinis, tidak praktikal, pentingkan diri dan menggambarkan sikap perkauman yang amat kronik.  

Sedangkan sepatutnya Yin Huah menyeru agar kaum Cina memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam.  Malah, lebih baik lagi jika Yin Huah menyeru agar kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini. 

Seharusnya, Yin Huah menuntut kaum Cina agar belajar menyesuaikan diri untuk ‘survival’ dan bukannya menuntut supaya seluruh sistem, undang-undang, perlembagaan, prosedur dan seluruh struktur sosial di Malaysia disesuaikan dengan kehendak dan keperluan kaum Cina!

Apakah signifikannya ‘kaum Cina’ berbanding kaum lain di Malaysia?

Sesungguhnya, hipokrasi Yin Huah dan Hua Zong amatlah memualkan.  Sampai bila agaknya mereka ini akan berpijak di bumi nyata, menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi berada di negara China tetapi telah menjadi warga Malaysia, iaitu negara berbilang kaum dengan penduduk asalnya adalah Melayu yang beragama Islam serta menggunakan Bahasa Melayu?  

Kita cabar Hua Zong agar membuang sifat hipokrit dan berdiri atas nama ektremisme Cina yang sebenar tanpa perlu berselindung lagi.  Tidak perlu pura-pura mengeluh risaukan jurang antara kaum, atau menuntut orang lain agar mendahulukan Malaysia sebelum bangsa, kerana bukan semua orang lain itu bodoh sehingga tidak dapat membaca agenda anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...