jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

31/10/2013

Tuk Guru Haji Hadi Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi


Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.

Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.

“Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.

“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap” katanya.

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.


“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.

Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.


Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

30/10/2013

Seriuskah PAS Menentang COMANGO?

Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO. Katanya, “Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul.” Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO.


Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO.


Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.

Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara ‘borong’ dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran?


Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu.

Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai ‘pejuang Islam’ yang tulin.


Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu ‘segan’ untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang.

Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan ‘perkauman’.


Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR. Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang.


Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS. Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.

Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin.

29/10/2013

Mahfudz Pula Jadi Juara Kaum Cina

Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri. 
 
Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 
 
Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS.  Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina.  Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. 
 
Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya.   
 
Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO.  Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. 
 
Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib dalam PRU yang lalu.  Tetapi, dari konteks sokongan Melayu, UMNO telah menandingi PAS kerana berjaya menambahkan bilangan kerusi sementara PAS pula kehilangan beberapa kerusi lagi.  Ini bermakna sekiranya PR menang, PAS tidak akan mempunyai suara yang lantang dalam kerajaan. 
 
Bagaimanapun, PAS masih tidak belajar apa yang UMNO telah pelajari iaitu berpada-pada dalam menarik sokongan pengundi dan jangan sampai digadai segalanya semata-mata demi kerusi.   Oleh itu, PAS masih lagi tersorong-sorong pipi cuba memancing hati masyarakat Cina sehingga sanggup menggadai agama. 
 
Terbaru, PAS cuba membela masyarakat Cina dengan menghentam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri.   Untuk itu, Mahfudz Omar menuduh PM dan BN berdendam dengan masyarakat Cina sehingga membelakangkan kaum itu dalam agihan peruntukan.  BN dikatakan memberi peruntukan yang lebih kepada kaum India atas dasar 'terima kasih' iaitu satu tindakan yang sengaja menyindir masyarakat Cina. 
 
Mahfudz merujuk kepada peruntukan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pendidikan kaum India di dalam Bajet 2014.  Selain itu terdapat juga dana sejumlah RM50 juta bagi program pembangunan usahawan India. 
 
Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan tepat dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.  Seperti yang kita sedia maklum, selain bumiputera, kaum India juga masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. 
 
Perlu diingatkan bahawa kewujudan kumpulan samseng India yang ramai sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi mereka.  Oleh itu keputusan kerajaan untuk membantu masyarakat India adalah keputusan yang bijak dan bakal membawa kebaikan untuk semua kaum juga. 
 
Masyarakat Cina sebaliknya tidak memerlukan bantuan dari segi ekonomi kerana mereka telah pun mendominasi aktiviti ekonomi dalam negara.  Sikap mereka yang angkuh dan sering mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi, dengan sendirinya menafikan segala bantuan kepada mereka.   
 
Hakikatnya, tindakan kerajaan tidak menggariskan bantuan ekonomi kepada masyarakat Cina dalam Bajet 2014 adalah tindakan yang tepat, logik serta praktikal.  Sekiranya masyarakat Cina atau Mahfudz ingin melihatnya sebagai sindiran, maka terpulanglah kepada mereka. 
 
Apa yang menarik  ialah Mahfudz  cuba menjadi juara kaum Cina di kala DAP giat menindas Melayu yang menjadi ahli parti itu.  Mungkin Mahfudz menyangka dengan cara ini maka masyarakat Cina akan mengundi PAS dalam PRU-14. 
 
Bukankah lebih baik Mahfudz bangun membela Melayu di dalam DAP dan juga di Pulau Pinang daripada bertindak membela masyarakat Cina dalam soal Bajet negara? 
 
Tidakkah Mahfudz mendengar luahan hati Melayu di dalam DAP seperti Zulkifli Mohd Noor? Atau bekas Melayu DAP seperti Tunku Aziz?  Atau Melayu-melayu rakyat marhaen yang dirampas gerai dan tanah mereka oleh DAP?  Atau yang rumah mereka dilanda banjir tetapi langsung tiada bantuan dari DAP? 
 
Siapakah di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan membela mereka ini?   Jika Mahfudz dan PAS turut memperjuangkan Cina, siapa yang akan memperjuangkan Melayu? 
 
Nampaknya, tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahajalah harapan Melayu - dahulu, kini dan selamanya. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

Syiah Bantu Jentera Pas Di Sungai Limau

Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen. Setelah diselidiki, rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa universiti negara.

Dikatakan mereka di bawakan secara khas bagi mengikuti program 'anak angkat'anjuran sebuah NGO yang pro pembangkang. Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik, namun apabila disiasat, kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen calon Pas.

Mungkin ada yang merasakan itu adalah merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya. Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu jentera kempen?

Ini kerana umum mengetahui, rata-rata di kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. Apakah pembangkang sedang berusaha untuk menghalalkan Syiah di Malaysia?

Tambah memeranjatkan, mereka juga turut menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon Pas. Salah seorang petugas Pas yang ditemui, diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.

Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas. Mungkin ada logiknya, tapi apabila difikirkan balik mungkin, mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu bersekongkol dengan BN. 

Tambahan pula, selama ini Umno adalah merupakan satu-satunya parti yang menghalang dang menentang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim, antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah.

Malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.

Melalui kajian ilmu, Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Antara strategi yang digunakan ialah, memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, ABIM, JIM, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.

Kesimpulannya, para pelajar asing dari Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen, mereka mungkin digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah kepada para pengundi di Sungai Limau.
Sent from my BlackBerry® smartphone

28/10/2013

Hudud PAS:  Apa Lagi Halangan Kerajaan Kelantan?  

Kita sangkakan, lagu 'hudud' akan terus tenggelam dari dinyanyikan oleh PAS semenjak parti itu giat menyokong puak Kristian menyebar dakwah melalui muslihat Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah.   Namun, PRK Sg. Limau telah memaksa PAS memainkan lagi lagu hudud melalui Harakah.  Pastinya, ia bertujuan bagi mengingatkan pengundi Sungai Limau bahawa PAS itu masih lagi 'berminat' dengan Islam dan bahawa tindakan parti itu memejamkan mata dalam isu murtad hanyalah strategi politik semata-mata.
 
Kali ini, lagu hudud dinyanyikan oleh Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob.  Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan serius ingin melaksanakan hudud serta tidak lemah semangat untuk terus berusaha agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan DUN Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya. 
 
Soalan kita, jika benar serius, kenapakah ia belum dilaksanakan lagi?  Apakah halangannya?
 
Alasan yang biasa PAS berikan ialah hudud tidak boleh dijalankan selagi tidak mendapat persetujuan kerajaan persekutuan.  Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah menolak enakmen itu atas alasan terdapat terlalu banyak kelemahan yang mana menjejaskan proses keadilan terutamanya terhadap wanita, dalam membuktikan kejadian rogol. Enakmen tersebut juga telah didapati meragukan kerana menghalalkan liwat dalam hubungan suami isteri.  Selain itu, proses pemilihan hakim dan saksi juga tidak dapat digariskan dengan terperinci bagi mengelak sebarang ruang manipulasi atau berat sebelah berlaku. 
 
Justeru, menurut PAS, kerajaan persekutuan merupakan halangan terbesar bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud. 
 
Namun, sekiranya PAS benar-benar serius dan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan, bukankah langkah yang terbaik ialah memperbaiki Enakmen itu bagi menangani segala kelemahan dan keraguan tersebut? 
 
Kenapa perlu didesak ke atas sebuah undang-undang yang ada kelemahannya?  
 
Kenapakah tidak diusulkan deraf undang-undang yang baru?  Jika perlu dideraf beratus kali sekalipun PAS wajib melakukannya bagi memastikan ia sebuah enakmen yang sempurna.  Bukankah undang-undang Allah SWT itu adalah sempurna?  Bukankah undang-undang Allah SWT itu adil? 
 
Maka jika PAS ingin melaksanakan undang-undang Allah SWT, maka PAS wajib menterjemahkan undang-undang itu dengan sempurna juga.  Mana mungkin hukum Allah itu ada kelemahan seperti Enakmen Jenayah Syariah 1993 Kelantan itu?
 
Oleh itu, selagi ia tidak diperbaiki dan dipertingkatkan sehingga sempurna, selagi itu akan tetap ditolak oleh kerajaan pusat.   Sekali gus, ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak serius untuk melaksanakan hudud tetapi sengaja ingin membiarkan ia tergantung untuk dijadikan modal politik dalam menyerang UMNO. 
 
Hakikatnya, hukum Allah SWT itu memerlukan perlaksanaan yang tepat dari semua segi dan tidak boleh ada sedikit pun kelemahan atau keraguan.  Ketepatannya wajib diambilkira dari proses pemilihan hakim, pemilihan saksi, keadaan masyarakat serta siasatan yang sempurna dan hukuman pula perlu mengambilkira latarbelakang individu mengikut kes.     
 
Kesukaran itu memaksa manusia menilai keupayaan sendiri untuk menghukum atas hukum Allah SWT. 
 
Atas dasar itu, Al-Quran telah menjelaskan bahawa keadilan seharusnya mengatasi undang-undang.  Dalam kata lain, biar apapun undang-undangnya, yang penting ialah keadilan itu terlaksana. 
 
Namun, PAS telah menjadikan hukum Allah SWT ini sebagai modal politik, sebagai mainan dan bahan promosi untuk meraih kuasa. 
 
Kesimpulannya, PAS bukan sahaja tidak serius mengenai hudud, tetapi mempermainkannya pula.  Sebaiknya PAS tutup sahaja isu hudud dan tumpukan secara serius tentang cara-cara untuk memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya. 
 
Sent from my BlackBerry® smartphone

25/10/2013

Ahli PAS Akan Mengundi BN di PRK Sungai LImau

Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS.


Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini. Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan. Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau.


Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan.


Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun rakyat. Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya.


Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu.

Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut. Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN.

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut.


Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti.

24/10/2013

Tabung Memali Hantui PAS Sungai Limau, Kedah

Walaupun pada dasarnya Pas mengatakan mereka yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Namun apabia dilihat kepada jentera dan gerakan yang dilakukan parti itu selama ini, ramai merasakan Pas bakal berdepan dengan laluan yang 'sedikit'sukar

Ini kerana walaupun kerusi DUN Sungai Limau boleh dikatakan sebagai kubu kuat buat parti itu, dan Umno hanya turun sebagai calon ' underdog' namun pelbagai isu dan faktor tambahan dirasakan mampu menyebabkan Pas tidak senang duduk bagi berdepan dengan calon BN/umno.

Antaranya isu Tabung Memali, yang dboleh diibaratkan sebagai 'mimpi ngeri' buat parti itu. Ini kerana, umum melihat bagaimana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam, begitu rakus membahamkan jumlah kutipan derma yang selama ini dikutip atas nama jihad, balu dan anak-anak yatim di kampung Memali, Baling.

Tabung yang ditubuhkan oleh pihak pengurusan Pas hasil dari sumbangan ahli, penyokong dan orang perseorangan itu dikatakan telah mencecah ke angka jutaan ringgit. Namun didakwa telah diselewengkan oleh pimpinan parti itu seperti yang telah didedahkan oleh CN Al Afghani atau Zainon Ismail melalui buku Air Mata di Bumi Memali.

Malah Zainon yang juga merupakan bekas ahli Pas seumur hidup, mendakwa wang tersebut telah diratah pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam kepimpinan Pas negeri.

Namun sehingga kini, mereka yang didakwa masih enggan memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. Tambah memeranjatkan, kepimpinan Pas peringkat pusat juga mengambil pendekatan mendiamkan diri seolah-olah 'membutakan mata dan hati' terhadap penyelewengan tersebut.

Menurut Zainon, wang yang dikumpulkan ekoran tragedi Memali pada 1985 itu seolah-olah telah hilang tanpa dapat dikesan. Tambah mengelirukan akaun penyata tabung tersebut juga seolah-olah tidak wujud, walaupun kutipan derma dilakukan hamper setiap tahun, yang mengunakan nama balu dan anak-anak yatim di Memali.

Hasil pendedahan Zainon itu juga, Pas pusat dikatakan telah mengambil tindakan menutup tabung ini, walaupun pada ketika itu, akaun tabung masih berbaki sebanyak RM65,000.

Mengikut rekod, masih ada sembilan balu Memali yang masih hidup dalam keadaan daif dan masih ramai anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.

Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.

Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.

Dan kini, Pas berdepan dengan isu yang tidak pernah dijelaskan dan memandangkan PRK Sg Limau akan berlangsung beberapa hari lagi, parti itu perlu menjawab semua tuduhan yang dibangkitkan sebelum ini.

Ini kerana rakyat khususnya pengundi Sungai Limau perlu diberikan penjelasan mengenainya. Ini kerana, menurut sumber ada dikalangan pengundi Sungai Limau yang mempunyai hubungan keluarga dengan balu dan waris di Memali.

Kesimpulannya, Pas bukan sahaja bertanggungjawab terhadap penyelewengan tabung tersebut, namun yang paling penting perlu membersihkan diri dari semua tuduhan yang dibangkitkan itu. Sebagai sebuah parti yang mengunakan Islam sebagai alat untuk memancing undi, Pas tertu sedar, antara dosa besar di dalam Islam ialah memakan harta anak yatim.
Sent from my BlackBerry® smartphone

23/10/2013

Ceramah PAS DUN Sungai Limau Tiada Sambutan

Walaupun secara rasminya, tempoh berkempen masih belum bermula, namun Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mula mengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong parti itu. Dengan menggunakan slogan 'Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam Abd Samat' mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.

Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yang mengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebut walaupun pihak penganjur menggunakan khidmat 'Leman Badut Lawak Pas' bagi menarik kehadiran penduduk.

Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagai pengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana. Walaupun kalah dan tersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulu, namun ternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT. Cuma bezanya, dulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini dia menjadi BADUT di pentas ceramah.

Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cuba mengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnya mereka yang berjuang bersama  Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.

Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cuba menghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pas dilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana akur dengan 'ARAHAN' DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untuk terus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutan gereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.

Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut dengan pendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245 undi.

Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampak sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun Pas mendakwa calon mereka dikenali ramai.

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

22/10/2013

Pulau Memulau Amalan PAS di Sungai Limau



Takut kena ‘pulau’, itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bakal bertanding esok.


Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru. Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.


Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita ‘penglipur lara’ di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.


Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno.


Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku.


Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian. “Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk. “Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.


Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awangdimainkan.
Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.


Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.


Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian.

Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

21/10/2013

Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti

Semalam adalah merupakan detik yang panjang untuk semua baik di kalangan mereka yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di jawatan tertinggi Umno Malaysia. Bagi yang menjadi penunggu setia di PWTC semalam graf keputusan yang sekejap naik dan turun, ada kalanya cukup meresahkan sehinggakan ada yang tidak senang duduk. Atau dalam bahasa perumpamaan, mengalahkan saat menunggu ketika bini ingin bersalin.

Namun itulah realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan. Pasti ada yang akan kalah dan menang. Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan, namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.

Walau apa pun, yang berlaku pemilihan Umno untuk sesi kali ini telah 'selesai' dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.

Sebagai generasi perwakilan dan ahli Umno yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memperkenalkan sistem baru ini, rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu.

Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui Umno sedikit sebanyak dilihat bakal membantu Umno untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Apa yang pasti, pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik. Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik. Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.

Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum, perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik.

Walaupun Umno merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu, itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi. Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Tiada senioriti mahupun pilih bulu, siapa yang layak untuk dibantu, haruslah diberikan bantuan. Ini dapat memastikan Umno dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.

Hapuskan budaya politik wang, hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan Umno. Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden Umno adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.

Jelas Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti, oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.

Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini, sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain.

Umno perlu mara untuk rakyat Malaysia.
Sent from my BlackBerry® smartphone

18/10/2013

Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik Dalam Kes Isu Kalimah Allah

Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh
beberapa pihak. Nama 'Allah' yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai 'Father' atau 'Lord' tanpa
nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan penganut Kristian menjadikan nama 'Allah' sebagai isu besar. Mereka ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan 'Father' kepada 'Allah'.

Mereka berhujah bahawa kalimah 'Allah' bukanlah nama khas tetapi
perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum. Bagaimanapun, di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa menggunakan 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang kekeliruan dan kemungkinan 'terpesong akidah' sehingga menjadi Islam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang merasa bimbang sekiranya penggunaan nama 'Allah' di dalam risalah Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad. Kebimbangan ini adalah berasaskan usaha giat dari kalangan pendakwah Kristian untuk memurtadkan umat Islam kebelakangan ini.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah wajar bagi mengekang
kebimbangan umat Islam dengan menghalang pengedaran The Herald.

Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah
mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks
kebebasan beragama. Kononnya, kerajaan Malaysia telah mengambil
langkah yang berat sebelah, silap, mundur dan kononnya umat Islam di negara ini mengalami ketakutan yang tidak berasas. Mereka juga
berhujah bahawa Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan terjemahan 'Allah' sebagai Tuhan dan ia tidak menimbulkan masalah.

Hakikatnya, isu ini adalah terhad ke atas The Herald sahaja dan
keputusan mahkamah yang menyebelahi umat Islam itu adalah berdasarkan kes tersebut semata-mata tanpa melibatkan mana-mana gereja atau majlis terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Dalam kata lain, ia bukan satu isu pun kerana yang menjadi subjek di
sini hanyalah The Herald, dan bukan amalan Kristian secara
keseluruhan.

Oleh itu, kita melihat tindakan pihak yang membela The Herald adalah keterlaluan, terkeluar dari batasan dan berniat jahat.

Kita percaya, Kristian juga menuntut penganutnya agar patuh pada undang-undang dan tidak membuat kekacauan. Malangnya, apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah terdapat usaha untuk mencabar mahkamah dan tidak menghormati undang-undang oleh pihak pembela The Herald. Keadaan ini mampu mencetuskan kekacauan.

Apa yang lebih penting lagi ialah, tidak semua penganut Kristian
bersetuju untuk menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan
mereka.

Malah, sehingga kini, tiada lagi gereja yang memuji-muji 'Allah' dalam 'khutbahnya'. Nama 'Allah' tidak pernah diamalkan dalam perbualan mahupun ceramah agama Kristian. Maka, kenapa The Herald perlu berdegil untuk menggunakannya sedangkan tindakan itu jelas mencetuskan permusuhan?

Bukankah lebih baik memilih perdamaian? Apakah dengan tidak
menggunakan nama 'Allah' dalam The Herald maka penganut Kristian akan berdosa? Atau akidah mereka terjejas? Atau doa mereka tidak makbul lagi?

Dalam kata lain, sebelum berhujah tentang kenapa umat Islam tidak
harus menghalang The Herald menggunakan nama 'Allah', bukankah lebih
baik senaraikan dahulu sebab musabab kenapa The Herald perlu, wajib,
harus, mesti menggunakan kalimah tersebut? Apakah yang akan dapat
dicapai melaluinya dan apakah yang tidak akan dapat tercapai tanpanya?
Sent from my BlackBerry® smartphone

17/10/2013

Agenda Pecah Belah Orang Islam

Isu Kalimah Allah yang masih hangat (terutamanya untuk orang Kristian), yang dipelopori oleh para mubaligh agama tersebut di dalam DAP. Pihak mahkamah telah menghalang mereka untuk menggunakan nama tuhan ornag Islam untuk penyiaran dan keguanaan percetakan telah dianggap oleh DAP sebagai satu tamaparan hebat.

Sebagai buli yang tersohor, DAP selalunya akan meragam apabila kehendak tidak tercapai. Setelah keputusan dibuat oleh mahkamah, parti tersebut masih lagi menyalak dan menyalahkan orang Islam dan sesiapa sahaja yang menentang mereka. Sekarang DAP bukan sahaja menyalak kepada PDRM dan ROS, tetapi juga kepada sistem kehakiman negara.

DAP ialah satu parti yang sangat bising. Entah bagaimana, salakan DAP ini telah didengari oleh agensi berita antarabangsa BBC. BBC pula dengan menipu Cuba menyatakan bahawa UMNO dan PAS sedang bergaduh untuk menentukan samada nama “Allah” boleh digunakan oleh orang-orang Kristian. BBC tidak menyebut langsung tentang salakna DAP yang semakin lama semakin nyaring dan kuat.

Malah, Jennifer Pak dari BBC News Kuala Lumpur telah menyatakan bahawa ia adalah satu perlumbaan antara UMNO dan PAS sahaja. Mungkin jua Jennifer telah tersilap pandangan dan menyatakan PAS dan DAP adalah satu entity. Kalau begitu dia mungkin separuh betul kerana DAP dan PAS adalah sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat.

Dan kita tahu bahawa PAS telah terpecah dua berkenaan isu ini, dan ini sahaja di dalam golongan Ulama’. President PAS, Hadi Awang masih lagi tidak menyatakan apa-apa tentang pendirian berliau tentang perkara ini. Namun begitu, Harun Taib, Ketua Majlis Ulama’ telah menyatakan bahawa PAS bersama kerajaan untuk tidak membenarkan The Herald untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada “Allah”.

Patutnya, sebagai wartawan yang professional, mereka perlu menyebut tentang fakta bahawa kes tersebut secara terang-terangan adalah Kerajaan Malaysia Vs Persekutuan Kristian di Malaysia. Tapi Jennifer Pak telah tersalah tafsir fakta yang paling penting dan terus dengan melulu telah menuduh ia adalah satu pertarungan politik antara UMNO dan PAS. Kenyataan yang beliau katakan adalah “analisis” tersebut merupakan satu perkara yang amat kelakar.

Tetapi, nada laporan beliau bertukar serius apabila kononya, Masjid dan Gereja telah diserang akibat daripada keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah pada 2009. Sedangkan perkara ini tidak pernah terjadi di negara ini.

Mungkinkah tentang beberapa orang budak Cina yang membaling cat merah kepada Surau yang akhirnya dimaafkan oleh komuniti Islam ditempat tersebut dikirakan sebagai serangan, kita tidak tahu apa yang Jennifer sedang katakan.

Orang Malaysia tidak bodoh. Ya, kita mungkin tidak faham tentang politik atau keadaan semasa di luar negara tapi kita tidak bodoh. Kita tahu bahawa BBC sedang melaga-lagakan orang Islam di Malaysia. Dan juga mereka ingin melaga-lagakan umat Islam dan orang Kristian di negara ini.

Secara terus terang, UMNO tidak mencampuri urusan mahkamah dan ia telah dibuktikan dimana saban kali Ketua Pembangkang dituduh beliau akan terlepas dan ramai juga pemimpin UMNO dipenjarakan disebabkan oleh jenayah.

UMNO dan pihak kerajaan adalah dua entiti berbeza dan ia memerlukan tahap professional yang tinggi supaya ianya tidak mencampuri urusan satu sama lain. Mungkin Jennifer sepatutnya bertindak sebagai seorang professional juga.

Dari awal lagi , Jennifer sepatutnya mengambil sedikit masa untu menganalisa tentang kepentingan akhbar kristian the Herald untuk menggunakan “Allah” menggantikan perkaraan God di dalam akhbar mereka.

Adakah sebarang keburukan akan berlaku sekiranya the Herald menggunakan nama “lord” atau “Father” seperti yang selama ini digunakan oleh mereka? Perkara ini perlu dijelaskan sebelum menerjah kedalam unsur sosio politik yang beliau sendiri tidak faham langsung.


16/10/2013

Banjir di Pulau Pinang: Dosa Rakyat Bukan Pemimpin DAP?

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di sekita Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang.   Kejadian ini menjadikan Hari Raya Aidil Adha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana. 

Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi tsunami yang pernah melanda negeri itu.  Kerana itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya. 

Sejak hari kejadian sehinggalah ke hari ini, kita masih tidak mendengar kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagi menunjukkan keprihatinan pada penduduk Balik Pulau. 

Malah, bukan sahaja tiada kenyataan, bantuan juga tidak dihulurkan secara bersungguh-sungguh.  Secara dasarnya, hampir keseluruhan tindakan menyelamat dan membantu diletakkan di atas bahu kerajaan pusat dan pihak-pihak yang berkaitan kebajikan dan bencana alam. 

Media milik pembangkang juga, tidak kira Roketkini, Harakahdaily, Keadilandaily mahupun laman-laman sosial rasmi termasuk blog pemimpin PR langsung tidak memberi perhatian kepada 1000 penduduk Balik Pulau seolah-olah mereka bukan satu isu langsung. 

Sebaliknya, semua media pembangkang lebih menumpukan kepada usaha untuk membela penjenayah sambil menyerang Menteri Dalam Negeri.  Selain itu, mereka juga sibuk memperkatakan tentang Pemilihan UMNO. 

Lebih ironi lagi apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi keutamaan kepada penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak berbanding Pulau Pinang.  Melalui program Impian Sarawak, Guan Eng terus bercakap tentang membela nasib rakyat Sarawak dengan memperbaiki infrastruktur negeri itu sedangkan di masa yang sama meminggirkan rakyat Pulau Pinang yang amat memerlukan perhatiannya. 

Mungkin bagi Guan Eng, apa yang berlaku kepada penduduk Balik Pulau bukanlah tanggungjawabnya kerana cuaca bukanlah di bawah kawalannya.  Justeru, mereka tidak berhak menuntut pembelaan atau bantuannya sekiranya menghadapi masalah yang disebabkan oleh cuaca.  

Bagaimanapun, tidak mustahil Guan Eng tidak begitu berminat untuk membantu penduduk Balik Pulau kerana majoriti mereka adalah orang-orang Melayu.  Kita faham, Guan Eng hanyalah Ketua Menteri untuk satu kaum, iaitu Cina.  Beliau akan pantas membela kaum Cina sekiranya menghadapi masalah tetapi akan pantas pula menindas kaum Melayu dan India sekiranya dianggap sebagai membawa masalah. 

Sesungguhnya, hipokrasi dan sikap rasis Guan Eng sudah tidak dapat ditutup lagi.  Semakin hari semakin terserlah betapa busuknya hati Tokong ini.   Semoga rakyat Sarawak dapat menilai sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang dan dijadikan pengajaran agar nasib yang sama tidak menimpa mereka. 



09/10/2013

Zahid Hamid Patut Saman Malaysiakini

 
1.      Kita tertanya-tanya, apakah satu laporan berbahasa Inggeris di Malaysiakini baru-baru ini yang bertajuk 'With Criminals, We Shoot First, Admits Home Minister' (Dengan Penjenayah, Kita Tembak Dahulu, Akui Menteri Dalam Negeri) merupakan satu deklarasi perang olej portal berita itu terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi?.   

2.      Antara kandungan laporan tersebut menyebut 'Zahid Hamidi indicated in a speech that it was best to shoot first and ask questions later' (Zahid Hamidi menyatakan dalam ucapannya bahawa adalah wajar untuk tembak dahulu dan soal kemudian). 

3.      Bagi menguatkan ceritanya, Malaysiakini turut menyertakan pautan video rakaman kenyataan tersebut oleh Zahid Hamidi.  

Apa yang pelik ialah video tersebut tidak dapat dilayari. 
 
Lebih pelik lagi, apabila transkrip kenyataan Zahid di dalam portal berita yang sama melaporkan Menteri itu sebagai berkata "kita dapat bukti, kita tembak dulu." (if we get the evidence, we shoot first).   Kenyataan ini juga dijadikan tajuk bagi laporan yang sama dalam versi Bahasa Malaysia. 
 
Nampaknya, Malaysiakini memang sengaja ingin mengajak Zahid bermain tembak-tembak. 
 
Sebenarnya, 'Permainan kotor' Malaysiakini bukanlah sesuatu yang asing bagi kita.  Kenapa portal ini harus meletakkan tajuk yang berbeza bagi terjemahan laporan yang sama, sebenarnya tidak sukar untuk difahami. 
 
Majoriti pembaca bagi artikel berbahasa Inggeris adalah masyarakat bukan Melayu yang mana menjadi sasaran mudah pembangkang untuk dihasut agar membenci kerajaan. Manakala, laporan berbahasa Melayu adalah untuk masyarakat Melayu dan harus kelihatan lebih 'lembut' dalam memperkatakan perihal kerja-kerja polis yang mana majoritinya Melayu juga. 
 
Namun, itu bukan soalnya.  Soal yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah hakikat bahawa mesej yang disampaikan melalui laporan itu adalah berniat jahat dan berunsur menghasut, kalaupun tidak jatuh sebagai fitnah.   
 
Ini kerana Ayat 1. 'kita tembak dulu, soal kemudian' dengan 2. 'kita dapat bukti, kita tembak dulu' amatlah berbeza dari segi maksudnya.   Ayat pertama yang digunakan oleh Malaysiakini untuk mengulas kenyataan Zahid, memperlihatkan bagaimana portal itu cuba membentuk imej Zahid sebagai Menteri yang kejam dan tidak mengikut undang-undang. 
 
Sedangkan, ayat kedua yang mana merupakan transkrip kenyataan Zahid yang sebenar, membuktikan sebaliknya, di mana beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan polis haruslah berasaskan bukti. 
 
Hakikatnya, Zahid bukan Menteri yang samseng, tetapi tegas.  Yang samseng itu adalah mereka yang membela penjenayah seperti Malaysiakini. 
 
Dan ketegasan Zahidlah yang membuatkan Malaysikini tidak keruan.  Hanya kerana Zahid telah menegur sikap wartawan portal itu yang gemar memutarbelit, maka portal itu ingin membalas dendam dengan terus memutarbelit kenyataan Zahid lagi serta cuba memburukkan imej beliau. 
 
Bagaimanapun, yang mungkin terhasut dan sakit hati dengan Zahid setelah membaca laporan putarbelit Malaysiakini hanyalah para penjenayah, samseng, gangster dan kongsi gelap sahaja.   Sedangkan rakyat keseluruhannya bertepuk sorak meraikan ketegasan Menteri itu. 
 
Memandangkan Malaysiakini masih tidak serik-serik memutarbelit kenyataan Zahid, maka kita sarankan agar Zahid saman sahaja portal berita itu.  Apa yang dapat dilihat ialah wartawan Malaysiakini ini sama saja perangainya dengan DAP iaitu mereka tidak malu menipu dan terus menipu walaupun telah terkantoi dan terus terkantoi.  
 
Justeru, bagi memastikan mereka mendapat pengajaran yang setimpal, eloklah mereka disaman saja atas tuduhan berniat jahat dan menghasut orang ramai agar bersangka buruk terhadap Menteri dan kerajaan. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

07/10/2013

Ulama PAS Mula Berperang Sesama Sendiri

PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.  
 
Namun, hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif  PAS yang asal.
 
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya.  Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah
 
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru. 
 
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan. 
 
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan.  Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti. 
 
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa. 
 
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa.  Malah, mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.  
 
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya. 
 
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama. 
 
Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS.  Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan. 
 
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan  hala tuju parti.  Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula.  Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi. 
 
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian.  Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain.  Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO. 
 
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme.  Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.   
 
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri.  Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.   
 
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan'?  
 
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot.  Namun, itu bukan soal besar.  Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru. 
 
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri.  Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong.  Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

PAS Hina Peranan Kaum Ibu

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum ibu. Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.

"Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya."-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja. Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.

Dengan menggunakan analogi 'isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat" adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.

Tuan Ibrahim Tuan Man perlu sedar bahawa kenyataan beliau benar-benar menampakkan kecetekkan akal fikirannya berkenaan sejarah dan pengamalan Islam di dalam kehidupan manusia. Beliau harus bertaubat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berunsur kufur yakni menolak kemuliaan para nabi yang terdahulu.

Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa ibu bukan sahaja memikul tanggunjawab yang sangat besar, tetapi golongan ini juga sangat-sangat dimuliakan di dalam Islam. Hatta Rasulullah sendiri pernah telah menyatakan sendiri melalui banyak hadis berkenaan darjat dan ketinggian status seorang ibu.

‎ع‎َ‎ن‎ْ ‎أ‎َ‎ب‎ِ‎ي‎ْ ‎ه‎ُ‎ر‎َ‎ي‎ْ‎ر‎َ‎ة‎َ ‎ر‎َ‎ض‎ِ‎ي‎َ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ُ ‎ع‎َ‎ن‎ْ‎ه‎ُ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ج‎َ‎ا‎ء‎َ ‎ر‎َ‎ج‎ُ‎ل‎ٌ ‎إ‎ِ‎ل‎َ‎ى ‎ر‎َ‎س‎ُ‎و‎ْ‎ل‎ِ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ِ ‎ص‎َ‎ل‎َ‎ّ‎ى ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ُ ‎ع‎َ‎ل‎َ‎ي‎ْ‎ه‎ِ ‎و‎َ‎س‎َ‎ل‎َ‎ّ‎م‎َ ‎ف‎َ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ :‎ي‎َ‎ا ‎ر‎َ‎س‎ُ‎و‎ْ‎ل‎َ ‎ا‎ل‎ل‎ه‎ِ‎، ‎م‎َ‎ن‎ْ ‎أ‎َ‎ح‎َ‎ق‎ُ‎ّ ‎ا‎ل‎ن‎َ‎ّ‎ا‎س‎ِ ‎ب‎ِ‎ح‎ُ‎س‎ْ‎ن‎ِ ‎ص‎َ‎ح‎َ‎ا‎ب‎َ‎ت‎ِ‎ي‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎؟ ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ك‎َ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎ث‎ُ‎م‎َ‎ّ ‎م‎َ‎ن‎ْ‎، ‎ق‎َ‎ا‎ل‎َ ‎أ‎َ‎ب‎ُ‎و‎ْ‎ك‎َ

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu, belia berkata, "Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Beliau menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi,' Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Kemudian ayahmu.'" (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Di dalam Al-Quran juga tertulis tentang peranan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang wanita bergelar ibu, untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia di muka bumi ini. Allah mengangkat darjat wanita dan kaum ibu agar kaum itu dipandang mulia di dunia dan juga di akhirat. Keperitan tanggungjawab seorang ibu dijelaskan di dalam surah Luqman ayat ke 14

‎و‎َ‎و‎َ‎ص‎َ‎ّ‎ي‎ْ‎ن‎َ‎ا ‎ا‎ل‎ْ‎إ‎ِ‎ن‎س‎َ‎ا‎ن‎َ ‎ب‎ِ‎و‎َ‎ا‎ل‎ِ‎د‎َ‎ي‎ْ‎ه‎ِ ‎ح‎َ‎م‎َ‎ل‎َ‎ت‎ْ‎ه‎ُ ‎أ‎ُ‎م‎ُ‎ّ‎ه‎ُ ‎و‎َ‎ه‎ْ‎ن‎ا‎ً ‎ع‎َ‎ل‎َ‎ى ‎و‎َ‎ه‎ْ‎ن‎ٍ ‎و‎َ‎ف‎ِ‎ص‎َ‎ا‎ل‎ُ‎ه‎ُ ‎ف‎ِ‎ي ‎ع‎َ‎ا‎م‎َ‎ي‎ْ‎ن‎ِ ‎أ‎َ‎ن‎ِ ‎ا‎ش‎ْ‎ك‎ُ‎ر‎ْ ‎ل‎ِ‎ي ‎و‎َ‎ل‎ِ‎و‎َ‎ا‎ل‎ِ‎د‎َ‎ي‎ْ‎ك‎َ ‎إ‎ِ‎ل‎َ‎ي‎َ‎ّ ‎ا‎ل‎ْ‎م‎َ‎ص‎ِ‎ي‎ر‎ُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Qs. Luqman : 14)

Oleh itu, apakah natijahnya Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan bahawa didikan ibu adalah punca kepada kesombongan anak-anak nabi yang terdahulu. Adakah Tuan Ibrahim merasakan bahawa para nabi yang telah dilantik oleh Allah telah gagal melaksanakan tugas mereka di muka bumi ini? Kesimpulannya, Tuan Ibrahim perlu bertaubat kepada Allah dan segera bermuhasabah diri. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku di dalam sebuah parti yang kononya memperjuangkan Islam.
Sent from my BlackBerry® smartphone

04/10/2013

Mesyuarat PAS Batu kecoh, diadakan semula 6 Okt

Mesyuarat agung serta pemilihan PAS Kawasan Batu pada 29 September lalu menjadi kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi.

Sumber-sumber yang turut hadir memberitahu Malaysiakini bahawa keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dengan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu.

Menurutnya, ada juga suara-suara yang "memujuk" supaya pemilihan itu diteruskan.

Sumber-sumber itu mendakwa perwakilan daripada cawangan Taman Datuk Senu digantung sehari sebelum tarikh pemilihan tersebut kerana didakwa cawangan tersebut telah menghantar dua kumpulan perwakilan ke mesyuarat tersebut.

no to 118 mega tower movement launch 050113 ishak surin 02Ketika dihubungiMalaysiakini pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin mengesahkan perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat parti.

"Masalah ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakinipagi ini.

Berikutan itu, katanya, kawasan Batu telah diarahkan mengadakan semula mesyuarat agung dan pemilihan pada 6 Oktober ini.

Berhubung perwakilan cawangan Taman Datuk Senu, Ishak berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menentukan senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat agung tersebut.

"Tapi kalau kita ambil senarai perwakilan lama, nanti kata kita pilih kasih. Memandangkan masa sudah suntuk, Dewan Harian kawasan memutuskan tidak membenarkan kedua-dua perwakilan hadir

"Kita tubuh jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini. Kedua-dua tidak dibenarkan hadir pada Ahad ini (untuk menyambung semula mesyuarat yang tertangguh)," kata Ishak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...