jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/10/2013

Seriuskah PAS Menentang COMANGO?

Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO. Katanya, “Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul.” Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO.


Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO.


Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.

Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara ‘borong’ dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran?


Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu.

Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai ‘pejuang Islam’ yang tulin.


Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu ‘segan’ untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang.

Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan ‘perkauman’.


Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR. Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang.


Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS. Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.

Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...