Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di
sekita Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini menjadikan Hari Raya
Aidil Adha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana.
Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga
masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi
tsunami yang pernah melanda negeri itu. Kerana
itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing
mengenainya.
Sejak hari kejadian sehinggalah ke hari ini, kita masih tidak
mendengar kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagi
menunjukkan keprihatinan pada penduduk Balik Pulau.
Malah, bukan sahaja tiada kenyataan, bantuan juga tidak dihulurkan
secara bersungguh-sungguh. Secara
dasarnya, hampir keseluruhan tindakan menyelamat dan membantu diletakkan di
atas bahu kerajaan pusat dan pihak-pihak yang berkaitan kebajikan dan bencana
alam.
Media milik pembangkang juga, tidak kira Roketkini, Harakahdaily,
Keadilandaily mahupun laman-laman sosial rasmi termasuk blog pemimpin PR
langsung tidak memberi perhatian kepada 1000 penduduk Balik Pulau seolah-olah
mereka bukan satu isu langsung.
Sebaliknya, semua media pembangkang lebih menumpukan kepada usaha
untuk membela penjenayah sambil menyerang Menteri Dalam Negeri. Selain itu, mereka juga sibuk
memperkatakan tentang Pemilihan UMNO.
Lebih ironi lagi apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi
keutamaan kepada penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak berbanding Pulau
Pinang. Melalui program
Impian Sarawak, Guan Eng terus bercakap tentang membela nasib rakyat Sarawak
dengan memperbaiki infrastruktur negeri itu sedangkan di masa yang sama
meminggirkan rakyat Pulau Pinang yang amat memerlukan perhatiannya.
Mungkin bagi Guan Eng, apa yang berlaku kepada penduduk Balik
Pulau bukanlah tanggungjawabnya kerana cuaca bukanlah di bawah
kawalannya. Justeru, mereka
tidak berhak menuntut pembelaan atau bantuannya sekiranya menghadapi masalah
yang disebabkan oleh cuaca.
Bagaimanapun, tidak mustahil Guan Eng tidak begitu berminat untuk
membantu penduduk Balik Pulau kerana majoriti mereka adalah orang-orang
Melayu. Kita faham, Guan
Eng hanyalah Ketua Menteri untuk satu kaum, iaitu Cina. Beliau akan pantas membela kaum Cina
sekiranya menghadapi masalah tetapi akan pantas pula menindas kaum Melayu dan
India sekiranya dianggap sebagai membawa masalah.
Sesungguhnya, hipokrasi dan sikap rasis Guan Eng sudah tidak dapat
ditutup lagi. Semakin hari
semakin terserlah betapa busuknya hati Tokong ini. Semoga rakyat Sarawak dapat menilai
sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang dan dijadikan pengajaran agar nasib
yang sama tidak menimpa mereka.
No comments:
Post a Comment