Isu
Kalimah Allah yang masih hangat (terutamanya untuk orang Kristian), yang
dipelopori oleh para mubaligh agama tersebut di dalam DAP. Pihak mahkamah telah
menghalang mereka untuk menggunakan nama tuhan ornag Islam untuk penyiaran dan
keguanaan percetakan telah dianggap oleh DAP sebagai satu tamaparan hebat.
Sebagai buli yang tersohor, DAP selalunya akan meragam apabila
kehendak tidak tercapai. Setelah keputusan dibuat oleh mahkamah, parti tersebut
masih lagi menyalak dan menyalahkan orang Islam dan sesiapa sahaja yang
menentang mereka. Sekarang DAP bukan sahaja menyalak kepada PDRM dan ROS,
tetapi juga kepada sistem kehakiman negara.
DAP
ialah satu parti yang sangat bising. Entah
bagaimana, salakan DAP ini telah didengari oleh agensi berita antarabangsa BBC. BBC
pula dengan menipu Cuba menyatakan bahawa UMNO dan PAS sedang bergaduh untuk
menentukan samada nama “Allah” boleh digunakan oleh orang-orang Kristian. BBC
tidak menyebut langsung tentang salakna DAP yang semakin lama semakin nyaring
dan kuat.
Malah,
Jennifer Pak dari BBC News Kuala Lumpur telah menyatakan bahawa ia adalah satu
perlumbaan antara UMNO dan PAS sahaja. Mungkin
jua Jennifer telah tersilap pandangan dan menyatakan PAS dan DAP adalah satu
entity. Kalau begitu dia mungkin separuh betul kerana DAP dan PAS adalah
sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat.
Dan
kita tahu bahawa PAS telah terpecah dua berkenaan isu ini, dan ini sahaja di
dalam golongan Ulama’. President PAS, Hadi Awang masih lagi tidak menyatakan
apa-apa tentang pendirian berliau tentang perkara ini. Namun begitu, Harun
Taib, Ketua Majlis Ulama’ telah menyatakan bahawa PAS bersama kerajaan untuk
tidak membenarkan The Herald untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada
“Allah”.
Patutnya,
sebagai wartawan yang professional, mereka perlu menyebut tentang fakta bahawa
kes tersebut secara terang-terangan adalah Kerajaan Malaysia Vs Persekutuan
Kristian di Malaysia. Tapi Jennifer Pak telah tersalah tafsir fakta yang paling
penting dan terus dengan melulu telah menuduh ia adalah satu pertarungan
politik antara UMNO dan PAS. Kenyataan yang beliau katakan adalah “analisis”
tersebut merupakan satu perkara yang amat kelakar.
Tetapi,
nada laporan beliau bertukar serius apabila kononya, Masjid dan Gereja telah
diserang akibat daripada keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah pada 2009.
Sedangkan perkara ini tidak pernah terjadi di negara ini.
Mungkinkah
tentang beberapa orang budak Cina yang membaling cat merah kepada Surau yang
akhirnya dimaafkan oleh komuniti Islam ditempat tersebut dikirakan sebagai
serangan, kita tidak tahu apa yang Jennifer sedang katakan.
Orang
Malaysia tidak bodoh. Ya, kita mungkin tidak faham tentang politik atau keadaan
semasa di luar negara tapi kita tidak bodoh. Kita tahu bahawa BBC sedang
melaga-lagakan orang Islam di Malaysia. Dan juga mereka ingin melaga-lagakan
umat Islam dan orang Kristian di negara ini.
Secara
terus terang, UMNO tidak mencampuri urusan mahkamah dan ia telah dibuktikan
dimana saban kali Ketua Pembangkang dituduh beliau akan terlepas dan ramai juga
pemimpin UMNO dipenjarakan disebabkan oleh jenayah.
UMNO
dan pihak kerajaan adalah dua entiti berbeza dan ia memerlukan tahap
professional yang tinggi supaya ianya tidak mencampuri urusan satu sama lain.
Mungkin Jennifer sepatutnya bertindak sebagai seorang professional juga.
Dari
awal lagi , Jennifer sepatutnya mengambil sedikit masa untu menganalisa tentang
kepentingan akhbar kristian the Herald untuk menggunakan “Allah” menggantikan
perkaraan God di dalam akhbar mereka.
Adakah
sebarang keburukan akan berlaku sekiranya the Herald menggunakan nama “lord”
atau “Father” seperti yang selama ini digunakan oleh mereka? Perkara ini perlu
dijelaskan sebelum menerjah kedalam unsur sosio politik yang beliau sendiri
tidak faham langsung.
No comments:
Post a Comment