Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan
program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri
oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di
itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan
memberikan hasil yang banyak pada musim depan.
Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang,
seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur
biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan
program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu
mempunyai unsur-unsur syirik.
Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu)
Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan ‘ritual’ tersebut
bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah
melakukan perkara sepertinya.
“Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara
yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.
“Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita
teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan
tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus
atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.
“Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan
kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah
tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada
unsur syirik.
“Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya
dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual
tetap” katanya.
Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang ‘double
standard’ sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat
program ‘ancak’ yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.
“Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni
boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh” tegas beliau lagi.
Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap
sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan
ketika isu ‘ancak’ hampir kesemua dari mereka tampil
menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah
Nabi Muhammad saw.
No comments:
Post a Comment