jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

17/10/2012

Laporan Audit Kedah: Bukti PAS Tidak Mampu Memerintah


Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.  

Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang ‘tidak masuk akal’.  

Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.  

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.   

Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam.  Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.   

Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain.  Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!    

Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala.  Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.

Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.  

Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.  

Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.  

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja.  Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah.  Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.  

Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato’ Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.   

Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011.  Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran.   Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.   

Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri.  

Kelantan Tanggung Hutang RM1.14 Bilion


Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.

Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta. 

Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.

Tambahan angka RM200.00 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun, ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.

Tapi biasalah, Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim, mahu tak mahu, tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.

Sementara itu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan beberapa hari lepas, menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu, kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya. Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.

Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. Peningkatan lebih RM50.00 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.

Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia, diam tak diam, kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.

Bezanya, negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS, hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan.

Paling menarik, tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut. 

Sementara itu, tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti, hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.

Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.

Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion, perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah. Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat. 

Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.

JAWATAN SAMPAI MATI, MURSYIDUL AM


Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.
Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam. 

Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas. 

Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS. 

Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti.

Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu.

Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata.

Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed, kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya. Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh.

Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan. Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS. 

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.

Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad. 

Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan. 

Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat. 

ANWAR KECEWA PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA KEPIMPINAN NAJIB


Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan, kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim.
Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang baik jua.

Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.

Bayangkan pimpinan MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah terlaksana sebelum merdeka lagi.

Negara yang huru hara, penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha tersebut.

Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri, negara ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju, stabil dan progresif.

Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang berpanjangan.

Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap yang amat dibanggakan kini.

Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan tinggi.

Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.

Bukan sahaja pihak pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri.

Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima dekad akan lebih dahsyat.

Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.

Dasar pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.

Namun apabila dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah kehancuran.

Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.

PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia  bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua Pembangkang sepi dengan komennya.

Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya?

Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat kemuliaan.

Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang dicintainya, Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara.

Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada Malaysia.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang unik dan innovatif.

Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang tunai BR1M serta program KR1M, Klinik 1Malaysia, TR1MA, KADS1M dan lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan krisis ekonomi.

Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang gigih.

Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana satu kaca.

ends

13/10/2012

Undi pembangkang sama seperti undi Soros

-Utusan

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini.

Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute. Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia.

''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.

Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.

''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary.

Nyawa Penduduk Bachok Terancam

Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.

Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.

Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.

Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.

Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.

Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?

Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.

Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.

Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?

Pertelingkahan Pakatan di saat kritikal

Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing. Kata mengata, cacai mencaci sesama sendiri nampaknay sudah menjadi suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.

Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin yang juga orang nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke pusat. Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri besar.

Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu politik yang memakan diri sendiri, mangsa yang paling senang dijadikan kambing hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.

Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar apa yang beliau ucapkan minggu lalu. Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan jawatan MB jika Khalid ke Pusat?

Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi jawatan itu oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.

Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang itu tidk dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar dari Selangor sebelum PRU lagi. Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam internet baru-baru ini.

Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru menggantikan Khalid, malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya. Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas takhta politik daripada sekutunya itu.

Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat. Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan kroni dan kepentingannya.

Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun depan. Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada 2010.

Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat. Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.

Bak kata pepatah Melayu, yang di yang dikejar tak dapat yang digendong pula keciciran. Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.

Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu. Jika Anwar gagal, Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar dan tidak lebih daripada itu.

BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008. Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah urus Pakatan Rakyat di negeri itu.

Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka, menuding jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada diri sendiri.

Guan Eng dampingi gereja selamatkan kedudukan

(Utusan)

KUALA LUMPUR : Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdialog dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, selain mengukuhkan kedudukan sebagai Ketua Menteri, tindakan itu juga dilakukan oleh Guan Eng bagi mengekalkan Dinasti Lim dalam kancah politik.

Tegas beliau, kedudukan pakatan pembangkang akan difikirkan kelak selepas merasakan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu stabil dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin-pemimpin gereja.

''Itu merupakan tujuan tunggal Guan Eng iaitu menyelamatkan kedudukan peribadi beliau. Beliau juga mahu menyelamatkan Dinasti Lim dalam politik.

''Jika telah mendapat kedudukan dan sokongan, baru Guan Eng mahu memperbetulkan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Protal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin melaporkan Guan Eng dalam program dialog di Pulau Pinang menyeru penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun berasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah.'

Guan Eng berkata, walaupun penganut kristian bertanggungjawab di hadapan tuhan, adalah penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

Tambah Choo Keong, usaha Guan Eng itu juga dilihat sebagai satu tindakan untuk menanam semangat politik kebencian antara kaun dan penganut yang berkemungkinan akan mencetuskan masalah perkauman.

Katanya, tindakan itu satu yang tidak sihat dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas isu yang sama, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan memberi ceramah atau berdialog di gereja sememangnya menjadi perkara biasa buat pemimpin DAP.

Katanya, ia jelas terbukti semasa pilihanraya umum Serawak pada 2011 apabila beberapa ahli parlimen pembangkang yang beragama Kristian menggunakan gereja dan kekuatan rumah ibadat untuk berkempen.

"Perkara ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Oleh itu rakyat perlu faham sekiranya ia tidak dijaga dan ditanggani dengan baik, institusi keagamaan akan runtuh.

"Kempen atau program yang dilakukan di rumah ibadat itu bukan ke arah keagamaan sebaliknya ke arah politik," katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin DAP, Tat Tuan Tat berkata, tindakan Guan Eng itu sesuatu yang tidak baik.

Katanya, tindakan mendekati pemimpin gereja itu dilihat salah satu cara untuk menarik penyokong menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Guan Eng tidak perlu bersusah payah jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. Apa yang penting beliau perlu menjaga kebaikan akar umbi terlebih dahulu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...