jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

13/10/2012

Guan Eng dampingi gereja selamatkan kedudukan

(Utusan)

KUALA LUMPUR : Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdialog dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, selain mengukuhkan kedudukan sebagai Ketua Menteri, tindakan itu juga dilakukan oleh Guan Eng bagi mengekalkan Dinasti Lim dalam kancah politik.

Tegas beliau, kedudukan pakatan pembangkang akan difikirkan kelak selepas merasakan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu stabil dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin-pemimpin gereja.

''Itu merupakan tujuan tunggal Guan Eng iaitu menyelamatkan kedudukan peribadi beliau. Beliau juga mahu menyelamatkan Dinasti Lim dalam politik.

''Jika telah mendapat kedudukan dan sokongan, baru Guan Eng mahu memperbetulkan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Protal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin melaporkan Guan Eng dalam program dialog di Pulau Pinang menyeru penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun berasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah.'

Guan Eng berkata, walaupun penganut kristian bertanggungjawab di hadapan tuhan, adalah penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

Tambah Choo Keong, usaha Guan Eng itu juga dilihat sebagai satu tindakan untuk menanam semangat politik kebencian antara kaun dan penganut yang berkemungkinan akan mencetuskan masalah perkauman.

Katanya, tindakan itu satu yang tidak sihat dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas isu yang sama, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan memberi ceramah atau berdialog di gereja sememangnya menjadi perkara biasa buat pemimpin DAP.

Katanya, ia jelas terbukti semasa pilihanraya umum Serawak pada 2011 apabila beberapa ahli parlimen pembangkang yang beragama Kristian menggunakan gereja dan kekuatan rumah ibadat untuk berkempen.

"Perkara ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Oleh itu rakyat perlu faham sekiranya ia tidak dijaga dan ditanggani dengan baik, institusi keagamaan akan runtuh.

"Kempen atau program yang dilakukan di rumah ibadat itu bukan ke arah keagamaan sebaliknya ke arah politik," katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin DAP, Tat Tuan Tat berkata, tindakan Guan Eng itu sesuatu yang tidak baik.

Katanya, tindakan mendekati pemimpin gereja itu dilihat salah satu cara untuk menarik penyokong menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Guan Eng tidak perlu bersusah payah jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. Apa yang penting beliau perlu menjaga kebaikan akar umbi terlebih dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...