jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

31/05/2012

OBAMA, ANWAR BERCAKAP LINGO SAMA SOKONG ISRAEL


Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.

Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'. 

Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.

Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan bangganya berkata:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."

Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.

Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.

AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.

Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?

Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.

Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.

Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu.

Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.

Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.

Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan.

Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.

Pertubuhan yang melimpah ruah  dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.

PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.

Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.

Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya.

"...support all efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam kategori 'friend of the West'.

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?


SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa.  Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra  Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini.  Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan.  Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin?  Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video?  Itu tunggu dulu kot.  Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun.  Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya.  Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat.  Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.  Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan.  Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak, malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati.  Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya

DAP Pun Tidak Bebas Dari Salahguna Kuasa Dan Korupsi


HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.  Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.  Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.  Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat.  Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti.  Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.  Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.  Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbuktidi Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP.  Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.  Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? 

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut.  Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

Masa Kelas BM Patut Dipendekkan: Sikap Rasis Dong Zong


Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014. Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya.
Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris.

Dan penulis masih ingat akan pengalaman penulis menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris!

Itulah gambaran yang penulis ingin sampaikan tentang orang Cina di Malaysia. Berani mereka mengangkat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga mahu mendapat hak Bumiputera!
Dan Dong Zong masih lagi berdegil dan tidak mahu ada sebarang pertalian dengan Malaysia. Guru Cina, Sekolah Cina, Bahasa Cina, Cina sini, Cina sana. Rasis hardcore.

Negara China pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain untuk memperluaskan perniagaan mereka. Walaupun negara tersebut telah berjaya 'menawan' dunia, mereka kini masih lagi bermasalah.

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat di China mungkin berjaya meraih keuntungan yang banyak daripada perniagaan di seluruh dunia. Namun, mereka mungkin boleh mendapatkan lebih jika mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pembelajaran bahasa-bahasa lain dan budaya luar. Orang-orang Cina tidak boleh menerima perkara ini, tetapi terdapat hebat tawaran banyak yang hilang kerana masalah bahasa. Penghantaran yang salah, arahan salah, terjemahan salah, tafsiran yang salah adalah sesuatu yang agak besar.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan sendiri sikap kiasu orang Cina. Masalah yang timbul dari sikap 'kiasu' atau sombong adalah anda lebih cenderung untuk hilang dari dunia realiti dan akhirnya akan menjadi rugi.

Dong Zong mungkin rasakan bahawa orang Cina kini cukup kuat dan tidak perlu orang lain untuk membuat keuntungan, tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa tetapi boleh mendapatkan lebih banyak keuntungan jika mereka bercampur dengan masyarakat. Sebagai contoh, rakan penulis yang ingin membeli kereta sebentar tadi akhirnya membeli kereta di syarikat Bumiputera kerana kecewa dengan sikap jurual Cina dari syarikat yang sebelumnya.

Kesimpulannya, Dong Zong perlu memilih samada mereka mahu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap China atau mula bercampur dengan budaya Malaysia. Dalam erti kata lain, Dong Zong tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi kurang Cina dan lebih Malaysia, atau berhenti berjuang untuk mendapatkan hak sama rata, atau lebih baik lagi, melepaskan kerakyatan mereka

PAS Takut Peneroka Untung, Takut BN Semakin Kukuh di Felda


Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka.  Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan.  Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri.  

Semalam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.  

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang.  

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM).   Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang.  

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF).   Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu.  Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula.  

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini?  Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF.  Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang.  

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.   Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali.  

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti.  Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja.  

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini.   

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda.  

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

30/05/2012

ISU SIAPA PM: PAS, DAP TIKAM BELAKANG ANWAR


Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka. Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP. Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR. Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat. Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali. Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum. Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM. Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi.Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun. Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing. Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'. Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

Air Selangor: Khalid Tak Guna Otak


RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.

Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.  Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah?  Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang.  Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan. 

Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya.  Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.  Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.  Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?

Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat. 

Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.  Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan N semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. 
Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.
Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan.  Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.   Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.   
Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab.  Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’.   Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli  konon tidak tahu menahu mengenainya. 
Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had.  Ada Azizan kisah?  Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa. 
Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.   
Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan.  Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu.   Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan. 
Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu.   Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini.    Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.  Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut. 
Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan.  Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu.  Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum. 
Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah. 
Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut.   Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina?  Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?  
 Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang  membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.   PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya.

Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km. 
Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai  bayaran pahala kepada mereka.    Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.
Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.   Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.  
Menarik sekali!  Cuma kita ada sedikit kemusykilan:
Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala?  Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya?  Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?  
Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram?  Apakah mereka juga mendapat pahala?   Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan? 
Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz?  Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi? 
Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.  
Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.  Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.  
Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol.  Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.” 
Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana. 
Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?   Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?  
Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.    
Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T.    Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.  Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat. 
Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.  
PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.  
Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran.   Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya?  Bagaimana hendak ke syurga jika kufur?   Apakah hanya dengan mengundi PAS?  
Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?  
Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...