jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

10/05/2012

PM Rasmi Serentak 4 Acara BN Selangor hari ini

SHAH ALAM, Selasa, 8 Mei 2012 – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan merasmikan secara serentak empat acara anjuran BN Selangor termasuk Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) di pejabat UMNO negeri di sini pada jam 12.30 tengah hari Khamis ini.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, Perdana Menteri akan turut melancarkan lagu Sayangi Selangor Yakini BN , penubuhan Persatuan Barisan Artis Nasional (BRAN) peringkat nasional dan flag-off teksi-teksi tempatan.

Beliau berkata, hadiah istimewa disediakan bagi pemanggil bertuah yang dapat bercakap dengan Perdana Menteri  ketika majlis perasmian PAKAR BN Selangor yang dijadualkan antara jam 1.30 petang dan 2 petang.

Penduduk tempatan boleh menelefon PAKAR BN Selangor di talian 1300-22-2626 untuk menyampaikan sendiri sebarang aduan mengenai pelbagai masalah di negeri ini kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor.

Lagu Sayangi Selangor Yakini BN  akan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Lim Kok Wing manakala pelancaran BRAN bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air termasuk  Erry Putra,  Lutfya AF dan Ayu OIAM,  
Perdana Menteri juga akan melakukan flag-off sekumpulan pemandu teksi anggota Persatuan Pemandu Teksi Selangor yang berpakaian baju BN dan memasang bendera BN pada teksi masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...