Perlancaran NGO TIBAI di Kelab
Sultan Ibrahim Kampung Baru beberapahari lalu ternyata mendapat sambutan
hangat diluar dugaan dan lebih meriah dari sangkaan awal.
Kira-kira 3,000 orang hadirin
tidak melepaskan peluang menyertai majlis tersebut yang perlancaran rasminya
disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang juga
Presiden PERKASA.
TIBAI (Tolak Individu Bernama
Anwar Ibrahim) yang pendiriannya tegas menolak Anwar Ibrahim, digerakkan oleh
ramai bekas pemimpin PKR yang rata-ratanya berpengalaman luas semasa PKR (dulu
KeAdilan) ditubuhkan selain pernah mempunyai hubungan rapat dengan Anwar
Ibrahim.
Sasaran awal hanyalah sekitar
1,000 orang sahaja, berikutan kehadiran luar jangkaan menyebabkan dewan yang
hanya mampu menampung 1,500 orang saja pada satu-satu masa penuh sesak.
Sebahagian besar yang lain yang
tidak berpeluang masuk ke dalam dewan terpaksa bersesak-sesak di luar dewan.
Satu pemandangan yang cukup jelas menggambarkan semangat mereka semua.
Di tempat yang sama seminggu
lalu, NGO Bersih 3.0 melancarkan majlis pra perlancaran kempen Bersih 3.0 namun
sambutan jauh tersasar dari yang dikehendaki apabila hanya menarik kehadiran
sekitar 700 orang sahaja berbanding sasaran asal 10,000 pengunjung.
Sekalipun ramai pimpinan besar
pembangkang seperti Nurul Izzah, Tian Chua, Elizabeth Wong, dan lain-lain tapi
tetap gagal menarik perhatian orang awam untuk menyertainya.
Demikian halnya dengan suasana
suram majlis Pra Bersih 3.0 di tempat lain misalnya di Dataran Shah Alam yang
hanya mengamit sekitar 200 hadirin dan Perlancaran Bersih 3.0 oleh Nizar
Jamaluddin di Dun Trong, Perak yang dihadiri lebihkurang 100 orang sahaja.
Kesemuanya seakan memberi
gambaran awal demonstrasi Bersih 3.0 Sabtu nanti bakal berdepan dengan masalah
sambutan hangat-hangat tahi ayam.
Satu perkara lagi yang cukup
menarik dengan TIBAI ialah penggunaan gelaran pemimpin utamanya sebagai
Mursidul Am TIBAI yang sekarang ini disandang oleh cucu Tun Ghafar Baba, Zahip
Mat Arip mirip seperti gelaran Mursyidul Am Pas.
Selain itu, satu lagi kebetulan
yang menyamai struktur PAS ialah 28 orang ahli Majlis Syura TIBAI menyerupai
keahlian 28 orang ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat.
Melihat kepada kebetulan yang
serupa itu, mungkin secara tersiratnya TIBAI juga bermaksud menyindir
kepimpinan PAS yang dilihat terlampau menurut segala kata Anwar Ibrahim hingga
tergadai segala prinsip asas yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini.
Apapun, walaupun usia masih muda
belia, TIBAI telah membuktikan dirinya memiliki faktor wow yang pastinya
mempunyai impaknya yang tersendiri terhadap prestasi pembangkang yang
dijangkakan akan jatuh merudum dalam pilihanraya kelak.
No comments:
Post a Comment