PROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13
Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku
Ibrahimmeninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya
tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang
rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.
Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku
Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu
jawatan tinggi.
Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi
satu mimpi paling ngeri baginya.
Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu
meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip
'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya
sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem
diktator.
Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya
pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila
mengkritik perhimpunan Bersih 3.0. Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan
kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu. Beliau membuktikan bahawa
projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah
gagal.
Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang
Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu. DAP yang cuba
menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua
muka dan hipokritnya. Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari
oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.
Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi
tangan dalan Bersih 3.0. Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang
bodoh dan jahil. Sementara PAS dan PKR
menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku
semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin,
patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.
Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap
hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut
segala kehendak parti itu. Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana
kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan
oleh DAP.
Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang,
dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang
prihatin kepada nasib orang Melayu.
Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan
Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada
sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang
kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita
lihat sekarang.
Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya
atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan
diri mereka kepada parti rasis Cina itu. Kini pimpinan tertinggi DAP dalam
keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.
Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi
cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu. Bagi Tunku Aziz dan orang
Mekayunyang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua
tidak mungkin disengat lagi.
No comments:
Post a Comment