Terbukti sudah isu hudud hanyalah
gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan
politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari
bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan
dilaksanakan.
Itu teori, tapi bila masuk bab
praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini
pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.
Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang
sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya
bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk
malu nak angkat muka.
Melihatkan si Presiden dah layu
kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon
nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga
nanti jika PR memerintah.
Cara pemimpin-pemimpin muda PAS
bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi
Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120
kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika
mengambil alih pemerintahan.
Realitinya, PAS hanya mampu
angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang
dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang
akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan
utama PR.
Kata Anwar semua parti
pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28
September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama.
Ringkas kata, apa sahaja situasi
dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin
jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan
tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.
Akhirnya jadilah PAS macam ayam
jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala
bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam
tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP
pula yang lari dari PR.
Dulu PAS tuduh UMNO lebih
mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut
dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam
kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.
No comments:
Post a Comment